Wednesday, December 8, 2010

Pesan Pada Pensel

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Cuti tahun baru Hijrah yang pertama aku kat Jordan ni. Ramai member aku pergi meronggeng, merendek kat Umm Qais, Jerash, Ajloun. Best sebenarnya jalan ramai-ramai ni, meriah campur seronok. Sebenarnya diorang ada ajak join sekali, tapi bila memikirkan yang aku ada program malam tu, so aku refuse baik-baik. Lagipun aku tengah takde mood nak gi jalan mane-mana buat masa ni. Tambah pulak nak struggle for final exam nanti. Lagipun Jumaat ni Insya Allah akan ke Jerash jugak masa on the way nak pergi Kedutaan Malaysia kat Amman. Penaja ajak, aku join je ah. Haha.

Agenda malam tu, kami ade sikit talk. Dah lame kot tak kumpul ramai-ramai macam tu, denagn senior-senior. Seronok gua cakap lu. Murabbi yang bagi talk pulak diimport khas dari Malaysia. Bukan calang-calang, dia akauntan lulusan negara Big Ben. Bini dia pulak dokter pakar kat Kuantan. Anak dia pulak sekolah menengah kat Mesir. (baca: sekolah menengah). Memang usrah sa3idah ah aku cakap. Gred A+ punya baitul muslim.

Nama murabbi tu Pakcik Husni. Dia lebih selesa pakai 'pakcik' instead of 'ustaz'. Aku respek spring toing-toing ah kat dia. Tak macam orang kebanyakan, ilmu ala kadar je sibuk mempromote diri sebagai ustaz.

Pakcik Husni.
Nampaknya kepala Harith memenuhi ruang~huhu

Aku suka satu cerita yang Pakcik Husni ni kongsi dengan kami. Cerita pasal sebatang pensel. Ya, pensel. Tak kiralah, Staedtler ke, Stabilo ke, Istana Faber ke, pensel kontot pun jadiklah...
aku yang oren. kau yang mana satu? haha
*****
"Sebatang pensel baru sahaja dibuat. Cantik ukirannya, kukuh badannya. Senang cerita pensel tu perfek ah. Lalu Sang Pencipta pun sampaikan beberapa pesanan pada pensel tu...

Satu: Kau takkan dapat menulis atas kertas kalau kau tak dipegang oleh tangan.

Dua: Kalau kau nak jadi tajam, kau akan rasa betapa sakitnya diasah. 

Lagi-lagi kalau pakai pengorek yang ada bekas habuk kat bawah dia tu, ah, yang macam mesin parut kelapa tu~

Tiga: Kau kena ada kemampuan untuk betulkan kesilapan yang kau lakukan dan bagilah ruang orang betulkan kesalahan pada tulisan yang kau tulis. 

Guna pemadam kat punggung kau tu, jangan asyik dok simpan, elok, putih je~

Empat: Bahagian badan kau yang paling penting adalah apa yang di dalam. Corak kat badan kau tak menggambarkan apa-apa.

Kelima: Tak kisahlah macam mana keadaan pun, jangan pernah berhenti menulis, dan tinggalkan tulisan yang jelas dan baik untuk dibaca orang.

Kau mesti faham dan janji untuk teus ingat pesan Pencipta kau apabila kau dah masuk dalam pencil box nanti, bergaul mesra dengan marker, pembaris, pemadam, highlight, Shaker, pen, krayon, dan segala jadahnya."

*****

Bagus betul analogi yang Pakcik Husni bagi tu. Cuba nisbahkan pensel tu pada diri kita sekarang ni. Tuhan dah bagi siap-siap pesanan yang mampu bentuk diri kita jadi hambaNya yang bagus dan berbakti, tak kira di mana jua, tak kira masa. Tapi kita ingat lagi ke segala 'pesan-pesan' tu?

Wallhua3lam.




p/s: ayat yang kaler merah tu cuma penambah perisa...haha

6 comments:

  1. Memang usrah sa3idah ah aku cakap. Gred A+ punya baitul muslim.
    -aku macam dah bau nasi minyak je nih.hehe

    ReplyDelete
  2. zati: nasi minyak ko tu...spe lg..haha
    zaki: sape ape? (-.-)

    ReplyDelete
  3. haha, semua nk ckp pasal nasi minyak, mcam banyak je majlis nk jamu aku nnt, hehe, kenyang2 :P

    analogi pensel tu best :)

    ReplyDelete
  4. eida: kau dulu ah bg ak merasa nasi minyak..haha (wink3)

    ReplyDelete
  5. nazreiy seorang penggemar nasi minyak :)

    ReplyDelete

siapakah?

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
sk taman daya (99~04). smka johor bahru (05~09). intec shah alam (mei~ogos 2010). jordan university of science and techno (2010~2016). "fastaqim kama umirta"