Saturday, November 27, 2010

Control sikit marah tu!

Assalamualaikum.

Control perasaan, satu usaha yang tidak payah tapi tak mudah. Tak kisahlah, perasaan jiwang ke, sedih ke, marah ke. Kalau gembira pun kena control jugak, taku-takut orang cakap kau terlalu 'bahagia', takpun orang akan pandang badi, seolah-olah kau baru lepas pergi toilet, tapi kantoi tak flush appropriately.

Tapi aku nak cakap kat sini pasal anger management. Benda yang paling susah sekali kita nak conduct, pada pendapat akulah. Sebab kalau suhu darah dah capai boiling point, we tend to act 'involuntarily', including throwing out some you-know-what words, showing off our taekwondo skills, and even getting a gigantic brick to be thrown onto the opponent faces. Di kala tu, setan-setan gemok semua bertepuk tangan, bersorak-sorai, siap buat photoshoot lagi, meraikan tewasnya seorang manusia pada hawa nafsu tiga beradik yang bernama Marah, Dendam, dan Benci. Tapi kena ingat, kekasih kita, Nabi Muhammad (s.a.w) ada ajar banyak petua how to defeat and vanish them together with all of the setan gemok.

1) Ambik wuduk. Gerenti berkesan.
2) Pergi main jauh-jauh dari tempat kejadian. Blah je terus, tak payah nak tunggu-tunggu.
3) Berta3awwuz seinfiniti mungkin.
4) Duduk kalau kau hot time berdiri, baring kalau kau berang time duduk.
5) Doa


                         

 “Aku berlindung kepada Allah dari godaan syaitan yang terkutuk. Ya Allah, ampunilah dosaku dan hilangkanlah kepanasan hatiku dan lepaskanlah aku dari gangguan syaitan yang terkutuk.


Memang betul orang cakap, sabar kita ada limit. Lepas je limit tu, semua benda boleh jadi. Aku pun pernah berkali-kali rasa benda yang serupa. Kalau nak cerita budak Arab cari pasal, it's seems to be annoying to be stated here. Memang menyakitkan hati. Member-member aku yang kena, aku tak tahulah pulak apa diorang rasa. Seronok kot..hehe. Tapi benda ni dah seakan jadi penyakit (atau style?) dalam umat hari ni, umat yang aku dan kau adalah salah satu unitnya. Bukan ke Nabi Muhammad pernah gambarkan bahawa akan tiba satu masa di mana masyarakatnya kena penyakit yang orang-orang dulu kala pernah kena jangkit, iaitu MEWAH dan MARAH. 



Sampaikan pernah satu ketika sorang sahabat ni datang jumpa nabi, lalu berkata,

"Berilah aku pesanan.."

Nabi jawab,"Janganlah kau marah"... (Hadis riwayat Al-Bukhari). 

Nabi siap ulang 3 kali lagi, nak tunjuk, berapa pentingnya kalau kita dapat control marah tu.

Dalam situasi aku pulak, kadang-kadang aku rasa bersalah nak marah orang, lagi-lagi mat Arab. Time dia buat onar, aku boleh sabar lagi untuk kali pertama. Kali kedua, hm...tahan lagi, tapi kadang-kadang aku dah setting dalam otak, apa aku nak buat dengan mamat ni kalau terus buat hal untuk kali ketiga kejap lagi. Sampai tahap aku dah listkan apa kalimah-kalimah tak bagus yang aku nak ucap. 

Tapi tiba-tiba, dia buat baik dengan aku pulak! Boleh kata member aku sendiri pun tak buat baik macam tu. Siap offer bantuan lagi. Tu yang aku rasa bersalah tu. 

"Ish, kenapalah kau buat baik time macam ni..."

Ish...memang betullah, pemikiran orang Arab ni susah nak diramal. Sudahnya, aku pulak yang terharu, (apakah??) tak sangka, orang yang bikin aku panas, tiba-tiba  bikin aku sejuk sesejuk-sejuknya...Haih~

Dulu, kat sekolah, Ustaz Shakur selalu cakap satu quote tentang sifat manusia yang sampai sekarang aku lekat elok-elok dalam cerebellum aku.


Orang yang berbuat baik kepada orang yang berbudi kepadanya, itulah orang yang berjasa.
Orang yang berbuat jahat kepada orang yang mengkhianatinya, itulah orang yang biasa.
Orang yang berbuat jahat kepada orang yang berbudi kepadanya, mungkin itu istidraj kepadanya.
Orang yang berbuat baik kepada orang yang jahat kepadanya, itulah orang yang mulia.


Apa-apa pun, kita kena tahan sikap asyik nak marah tu. Memang boleh dihandle, tapi kena tahu teknik, gaya, dan caranya. Ada satu hadith yang sebut, "Mukmin yang paling kuat adalah yang dapat tahan marahnya". Bukan tak boleh nak marah, berdendam, tapi biarlah kena pada tempatnya. Yang paling penting, rasa marah tu disalurkan pada dasar mempertahankan agama, membela Islam dan syiarnya. Marah ni penting jugak sebenarnya. Kalau orang mencaci maki Islam, takkan nak dibiarkan je, betol tak? Ya, marah kerana sayangkan Islam itulah marah yang 'bermakna'!


Wallahua3lam.


Monday, November 22, 2010

S.P.M

Assalamualaikum

Ya, pasal exam terhebat kat zaman sekolah dulu tu. Baru beberapa hari lepas aku tahu yang SPM nak start 23 November. Apalah, outdated betul. Tadi aku online Fesbuk kejap. Berlambak member-member aku yang tukar status diorang kepada “SPM wish mode”. Macam-macam gaya, macam-macam cerita. Seronok aku baca. Baguslah, bagi semangat sikit kat adik, junior sekolah lama, kawan-kawan. Yang paling tak menahan bila siap ada yang bagi last minute tips, soalan-soalan spot...Fufufu.

Rupanya dah lama dah aku tinggalkan zaman sekolah aku. Rasanya baru semalam aku ambik SPM. Stay-up bagai nak rak kat bilik prep sampai 2-3 pagi. Cuma bertemankan biskut yang dirembat dari locker kawan (dengan keizinan ye..), secawan Milo yang dibancuh oleh budak Tingkatan Satu dengan penuh ‘ikhlas’, aku study dengan kawan-kawan. Buat discussion sikit walaupun kadang-kadang terkeluar topik. Nak discuss pasal Biologi, tapi ter-bincang pasal movie baru yang nak keluar, nak buat Add Math, terbuat Sudoku. Tapi serius, Add Math memang best!

Pagi hari exam pulak sempat lagi ramai-ramai serbu dan usha-usha tips daripada cikgu. Masuk dewan, jawab soalan. Dah setel, keluar dewan, bincang-bincang apa aku jawab, apa kawan aku jawab. Ha, part ni aku memang paling anti. Tak suka betul bincang-bincang benda dah lepas, boleh buat aku cuak je. Sebab tu selalunya lepas habis exam aku terus blah, takdenya nak tunggu-tunggu, buat second round discussion kat depan dewan tu. Tipu ah kalau aku tak cuak, lagi-lagi kalau dapat tau jawapan yang aku bagi tadi salah.

Yang bestnya SPM ni sebab ada gap, betul tak? Hari ni exam, petang main basketball, malam keluar fly kejap, tak pun borak-borak. Tambah pulak tinggal ‘kita-kita’ yang senior ni je kat asrama, budak junior dah cuti akhir tahun, apa lagi asrama tu kami punyalah. Lepas tu baca buku untuk exam lusa pulak. Ish, tak bagus betul....jangan ikut ye..

11 Mac 2010. Pukul 10 pagi. Calling daripada cikgu pagi tu memang betul-betul istimewa. Pulak tu aku memang baru bangun tidur masa dia call.  Alhamdulillah. Syukur tak terhingga pada Yang Maha Esa. Nikmat diberi tak terkata, takde tolok bandingnya, tidak terbayar dengan harga. Memang rugi kalau disia-siakan. Sampai kat sekolah, rasa gembira lagi sebab member-member aku ramai yang well-performed. Alhamdulillah.

ahh, rindunya kelas form 5 aku!
meja aku yang ade tanda cross tu.
baris depan kot~
kenangan time last paper, Pengajian Syariah Islam 2.
habis je exam ni, semua bersorak-sorai~

da abes exam~


Tu kenangan aku. Kau macam mana? Hahaha...

Kepada semua SMKAJB-ians dan 467,970 calon yang lain, selamat berjaya. Good luck to all of you. Bergantung haraplah padaNya semat-mata. Moga kejayaan mengiringi kalian semua...

“...And there is no victory except from Allâh, the All-Mighty, the All-Wise.
 (Terjemahan Surah Ali ‘Imraan: 126)


p/s: terima kasih cikgu-cikgu...
p/s/s: dua benda yang aku tak suka jugak time exam ke, kuiz ke, tutor ke..: stomachache dan meniru! Haha~

Friday, November 19, 2010

Jaulah Laut Mati

Assalamualaikum.

Laut Mati.
Pernah hidup padanya suatu bangsa.
Yang menjadi hina.
Kerana kufur nikmat Tuhannya.
Kerana menafikan seruan Rasul dan risalah yang dibawa.
Kerana melanggar fitrah kejadian manusia.
Akhirnya dibalas Tuhan dengan bencana.
Habis binasa tidak bersisa.

Al-Quran tu memang benar. Kisah kaum Nabi Lut yang tertulis di dalamnya dibuktikan dengan kewujudan Laut Mati ni, tempat paling rendah kat muka bumi nih. Lebih kurang 800 meter bawah paras laut biasa. Punya kemasinan tahap dewa iaitu 10 kali ganda daripada laut biasa, tempat ni dah jadi tourist spot kat Jordan.

ade satu umat terlaknat pernah hidup kat sini~



Baru-baru ni aku dengan 26 member yang lain pergi Laut Mati. Sebelum tu, kitorang main paintball dulu. Tembak sana sini. Agak seronok jugaklah walaupun gracilis dengan sartorius aku still sakit (cramp sebab tak warm-up sebelum main..hehe). Tahniah kepada Red Warriors (team aku beb..) sebab menang dalam match tu. Kepada Team Ijau, boleh cuba lagi di lain masa. Hahaha. Apa-apa pun, askar team Ijau memang kejam, sanggup tembak aku berdas-das pada jarak dekat. Sakit kau tau tak...

team aku yang power tu~haha
perang!!
Petang tu baru kami gerak ke Laut Mati yang femes tu. Beli tiket (JD3.50). Tukar baju, terus terjun masuk laut secara berjemaah. Seronok. For the first time ever, I swam in the sea effortlessly. Tak payah susah-susah nak berenang kuak dada ke, kuak lentang ke, sebab komfem-komfem kau akan timbul jugak. Kena hati-hati jugak, kalau kau ter-tenggelam, air masuk mata dengan mulut, agak ‘bahagia’ rasanya. Menjerit je ah kau kat situ. Hehe. Tapi aku dapat bertahan dalam laut tu sekitar 10 minit je kot. Sebab kulit aku dah mula rasa macam nak terbakar. Pedih siot!! Tambah pulak time tu memang kulit aku tengah kering, tambah dengan bekas-bekas Mr. Nyamuk gigit malam sebelumnya, memang perit ah. Sebenarnya, ada ah jugak member aku yang 5 minit dah givap. Jangan kata mandi, even member aku yang basuh kaki dan tangan pun dah mengaduh-aduh. Lepas mandi boleh je kalau nak bilas pakai air biasa kat shower berdekatan, tapi rasanya takde efek apa-apa pun, pedih tetap pedih. Pulak tu nak tunggu dapat mandi kat shower punya la seksa, berebut-rebut dengan mat Arab. Tahan je ah rasa pedih uh.

Habis mandi, tukar baju, main jap kat funfair yang ade tercongok kat situ. Jadi kanak-kanak kejap. Haha.
Tu je kot komentar hari ni pasal aku takde mood nak tulis. Cuti raya dah nak habis. Salam...

sekitar Jordan Valley, cantik kan?? kan??

muka-muka 'kepedihan'
anak-anak, ingat pesan mak ye!
*credit to Faiz Hassan*
kami
Wallahua3lam.

p/s: time terapung-apung tu serius seronok..haha
p/s/s:pakcik bas yang bawak kami memang sporting!

Monday, November 15, 2010

Aidiladha punye cerita..



Assalamualaikum.

Lagi beberapa hari, seluruh umat Islam di seluruh pelusuk dunia akan menyambut kemuncak perayaan paling ditunggu-tunggu dalam takwim Hijri iaitu perayaan Aidiladha. Kalau dulu kat Malaysia, aku rasa perayaan yang orang panggil Raya Haji ni letaknya kat tangga kedua dalam “Carta Kemeriahan”. Aku rasalah. Manakan tidak, time Raya Haji tak banyak sale, rancangan TV tak best, raya sehari je pulak tu, paling koman pun seminggu.

Itu dulu. Kisah lama.

Sekarang, bila Allah bagi aku peluang nak rasa macam mana beraya kat tempat orang, aku bersyukur sangat. Rasa suasana raya yang cukup indah. Sungguh, tak keterlaluan kalau aku cakap, memang jauh berbeza. Belum raya pun aku dah rasa aura-aura raya bertiup gemalai. (ceh!). Memang betul apa yang aku pernah dengar, masyarakat Arab lagi excited nak sambut Aidiladha. Buktinya, time aku pergi balad Amman, memang meriah dengan 1001 macam barang yang dijual, sale sana-sini, dan yang paling aku teruja mestilah bila takbir raya bergema melalui corong-corong pembesar suara. Lain nadanya. Aku tak rasa sedih, malah lebih gembira dan teruja, tak tipu. Bila jumpa orang pulak, mesti dia bagi wish raya yang sarat dengan doa. Seronok bhai...




Serius aku cakap, daripada aku kecik sampailah aku besar panjang dan hensem lagi macho macam sekarang ni, sekali je aku tengok istiadat menyembelih lembu dan kambing secara live, bukan delayed telecast. Lepas tu, aku dah tak berani nak jenguk kalau ada orang buat korban. Aku duduk tepi je sambil main gameboy. Padahal banyak kali aku attend upacara tu, cuma aku tak tengok, dengar bunyi something mengerang-ngerang je. Takut kot. Akibatnya, habis aku kena ketawa dengan siblings dan parents. Apelah aku ni, dulu time sekolah rendah, bila cikgu tanya nak jadi apa, cakap nak jadi doktor, tapi lembu kena sembelih pun tak berani tengok...

“Kamu nak jadi apa bila besar nanti?”

“Saya nak jadi doktor cikgu, boleh tolong orang!”

“Oh. Jadi kamu tak boleh takut lihat darah..

“Erk~”

Lagi sekali, itu dulu. Sekarang lain.

ouh...waa~


KITA DAH BERKORBAN BELUM?

Bila aku dah sampai kat Bumi Anbiya ni, aku cuma orang biasa-biasa, punya misi yang luar biasa. Aku sedar, nak capai misi tersebut perlukan sesuatu sebagai galang ganti. Compensation, nenek aku cakap. Kat sinilah letaknya nilai seketul PENGORBANAN (betul ke seketul?). Pengorbananan untuk berkesanggupan meninggalkan keluarga, rumah, bantal busuk, komik, di negara tercinta. Pengorbanan untuk menerima segala cabaran, pahit manis, masam masin, hidup di negara orang secara bersendirian. Pengorbanan masa, tenaga ATP, jiwa raga di perantauan. Bukan untuk tujuan biasa-biasa, tapi nak galas tanggungjawab yang Allah dan beri kat aku untuk disempurnakan. Aku bukanlah si penakut yang pengsan melihat darah. Darah bukan penghadang yang menghalang misi ni.

Tapi macam mana nak suburkan jiwa sanggup berkorban dulu? Ya, semestinya dengan sekeping hati yang Allah kurniakan untuk setiap orang. Ruh nak nak berkorban tu sebenarnya terbit dari hati serta niat yang ikhlas... Sebab tu bila Nabi Ibrahim (a.s) diperintahkan oleh Allah supaya sembelih anak sendiri, baginda buat je. Tak banyak songeh. Macam tu jugak dengan anak baginda, Nabi ‘Ismail (a.s) yang sanggup merelakan tenggorokannya dihunus pisau oleh bapa sendiri. Tak kisah pun, sebab mereka punya hati yang suci, dibaluti iman yang hakiki, serta glittering dengan niat yang murni. Apa-apa pun, hati kena mapan, baru boleh berkorban.

Kalau cakap berkorban, mesti orang ingat kena angkat pedang besi, angkut perisai sikit, tak pun bawak M16, pergi medan perang. Pengorbanan ada banyak versi. Even kalau tengah menuntut ilmu pun sebenarnya tengah berkorban. Kita bersedekah pun dikira berkorban. Pengorbanan meninggalkan sanak saudara untuk sahut jemputan Allah sebagai special guest kat Tanah Suci pun dikira berkorban. Dan ramai orang tak tahu, perjuangan melawan nafsu tu merupakan pengorbanan paling utama. Apa yang jelas, pengorbanan bukanlah hanya dalam konteks mengorbankan nyawa semata. Banyak lagi pengorbanan yang boleh kita buat sebagai bukti kita syangkan Islam. Jangan kecilkan pemikiran bahawa tiada lagi bentuk pengorbanan yang lain, tapi kalau dapat anugerah penghormatan sebagai seorang syahid yang berkorban untuk agama yang tertinggi ni, alangkah seronok dan bahagianya!

Buat julung-julung kalinya aku raya kat negara orang, pasti jadi memori. Insya Allah. Salam Aidiladha. Kollo 3amun wa entum bi5aeer.

Wallahua3lam.


p/s: buat ayah, mummy, kakak, Kak Cik, Kelly, Sufi, selamat hari raya Aidiladha. Dah lama tak makan sup gear box dan kaki lembu fresh di hari raya kat rumah nenek...Hehe. tapi takpe, kat sini, insya Allah ada....kot..




Thursday, November 11, 2010

sehari di sini..

Assalamualaikum.

Argh...aku penat sikit. petang tadi baru balek balad. Habis je kelas, terus aku rush pergi balad, (bukan nak mengelak muraqib, harap maklum), saje nak cari selipar baru buat ganti selipar lama yang dah ‘selamat’ kat tangan orang lain. Hilang lah tu maksudnya. Aku tak tahulah apa yang ade kat cerebellum penyangak tu time dia rembat selipar aku macam tu je. Nak kata branded, selipar lama tu aku beli kat balad jugak kot. Biasa-biasa je. Main tibai je selipar aku, sampai terpaksa aku bersegan-segan pinjam selipar toilet masjid buat teman aku sehari-hari. Takpelah. 

Aku rasa hari ni aku banyak belajar benda  baru, rasa pengalaman baru, dari pagi sampai petang, ade je  benda baru yang aku dapat. Antaranya...

PAGI YANG SEJUK

Masa keluar rumah, terjumpa sorang budak Arab ni, nama dia Abdullah. Sambil jalan-jalan nak pergi tempat tunggu coaster, kami bual-bual sikit. Bangga seh aku dapat bual dengan dia, paling tidak pun dapat tambah sikit ke-masyi-an aku berbahasa Arab. Yang best sekali, aku yang tegur dia dulu bhai, nak tunggu budak-budak Arab yang mesra dengan kami dulu, hm...harapan..

TENGAH HARI BUTA

Sebelum kelas English, aku nampak si Zaper dengan Acap Fami dok borak dengan mat-mat Arab. Ramai kot, ade ah dalam 9-10 orang dok kerumun diorang. Siap gelak-gelak lagi. Aku pun menyebok ah jugak kat situ. Nak tau jugak apekebende yag lawak bebeno kat situ. Singgah kat situ je, secara automatiknya tiba-tiba aku pun ter-join dalam geng-geng tu. Mereka ni kira macam geng-geng otai ah kalau kat Malaysia.  Kami borak macam-macam. Lama jugak ah. Siap ambik gambar lagi. Segan jugaklah, ramai student lain yang tengok. Tanya nama aku, belajar apa, aku pulak ajar mamat tu Bahasa Melayu sikit... tu pun diorang yang mintak diajarkan. Aku baru belajar cara orang Arab bergaul, memang ganas, cakap terjerit-jerit, tapi sebab dah budaya mereka macam tu, nak buat macam mana...Yang aku tak boleh handle bila ade sorang mamat ni try nak pedajal kami dengan mendakwa dia anak Presiden Universiti. Agak-agak ah kalau nak bohong pun. Baru kejap tadi lu cakap nama lu Obeidat, macamlah aku tak tau nama Presiden tu Dr. Wajih Owais. Kan jauh Owais dengan Obeidat...Hahaha... Tapi sampai satu level, diorang mintak terjemah kata-kata kesat dalam Bahasa Melayu. Aku dah start fed-up. Ape kejadah kau nak tau?

"Syu *@#$%^&^ bil malayuwiyy?"   (Apa $@#$%^ dalam Bahasa Melayu?)
          
 Gulp! Kaget jugak aku time tu.

 " 'Araftash~", aku reply. (Saya tak tau.) Kalau aku bagitau, memang habis ah...

  "Mish 'arafta? Bla..bla...bla.."
          
Dia terus desak nak tau jugak. Aku pulak time tu dah takde idea macam mane nak mengelak mat Arab ramai-ramai ni. Aku pun bagitau yang perkataan tu tak wujud. Diorang  tak percaya. Lantak kaulah.

Seterjal-terjal mereka pun, boleh layan lagi kot (kecuali part-part mencarut tu ah) sebab langsung mereka tak kutuk orang Melayu, perkecil-kecilkan Malaysia macam yang mat Arab lain pernah buat. Gila-gila jugaklah diorang ni....

PETANG
  • Yuhuu..first time gua pergi balad sorang-sorang. Lagi berbual dengan mat Arab dalam coaster. Yang ni dari Dubai pulak, katanyalah. Budak Mechanical Engineering. Sampai je kat balad, start melilau cari kedai selipar. Yang aku bosan time pergi balad mestilah berasak-asak dengan orang ramai. Lepas tu, ada je mata-mata yang heran tengok orang Melayu, dah jalan jauh ke depan pun nak toleh tengok aku lagi. Tu belum kira budak-budak yang dok nganjing, halang jalan. Alhamdulillah, setakat ni aku belum lagi kena baling batu sampai berdarah, kena ludah, kena tempeleng, macam yang ramai kawan aku kena.
  • Kat balad, aku jumpa sorang pakcik kedai baju ni, mesra, peramah. Sempat ah jugak aku ajar dia Bahasa Melayu sikit sebab dia mintak. Siap tuliskan, ajar macam mane nak sebut, maksud ape...Hahaha. Jadi cikgu bahasa tak bertauliah kejap. Seronok berbual dengan pakcik ni.
  • Nak balik, naik teksi. Kalau aku tunggu coaster yang nak pick-up aku, haram. Alamatnya aku tak balik lagi ni. Lepas penat berjalan dan di-reject oleh beberapa pakcik teksi (tak tau kenapa, mungkin sebab aku sorang je kot, dia tak nak ambik), akhirnya ade satu teksi berhenti. Alhamdulillah. Baru nak naik, tiba-tiba  dua mamat Arab yang muncul entah dari mana main tibai masuk je dalam teksi tu. Ape hal pulak mamat ni? Nasib baik pakcik tu prihatin, negotiate sikit dengan diorang, suruh keluar dan bagi aku masuk. Mamat yang tak puas hati keluar, aku pun masuk dengan bangganya sebab ade orang bekap aku. Hahaha. Mana taknya, aku yang susah payah tahan teksi, main sedap punggung pulak dia masuk. Kau memang dah lebih mat....
selipor baru. sape tibai lagi siap ah....
penat kot aku asyik nak ganti selipor je.
kesian ah sikit..
hehe

selipor musim sejuk. pakai indoor je. haha.
 yang penting bukan aku sorang je yang ade, berlambak lagi  member2 aku yang ade jugak.
yang watak kartun pon ade!

Dalam teksi, bual lagi dengan pakcik tu. Banyak berbual nampaknya aku hari  ni. Pakcik ni baik dan sporting. Dia mintak maaf bagi pihak mat Arab tu. Segan ah pulak aku. Kami bual-bual sakan, dari bab belajar sampailah bab pilihanraya yang baru habis kat sini.

          " Ya ma'allim, ana mit-asef lianno lughati dha'eef"
          ( Pakcik, mintak maaf sebab bahasa saya kureng sikit). Aku senyum kambing je..

          "Mish mushkelah. Hahahaha." (Takpe, hahahaha...)


Wallahu3alam.

p/s: berita terkini, baru kejap tadi aku sembang dengan anak jiran yang main masak-masak dekat dengan rumaah aku pulak...

p/s/s: tadi Hakim Awang ajak pegi murakib sebab ade request lepas isyak, katanya ramai akhowat yang mintak murakib, so atas arahan senior, kami berenam jalan kaki masuk Yarmuk, jauh jugalah, tapi bila dah jumpe akhowat yang nak dimuraqib, dia kata mana ade mintak request murakib? Kami mengeluh...lepas ni kalau ade syabab yang tak nak jadi murakib tu, faham-fahamlah...(=.=)

p/s/s: banyak betul gelak hari ni akibat kes kehilangan identiti kat Fesbuk. Tak bagus ye... Ni semua angkara Fahmi dengan Azwan yang godam laptop Zaper..Hahahaha...(ketawa lagi..ish)



Wednesday, November 10, 2010

thank you Lord

Assalamualaikum

Baru-baru ni aku dengan housemate aku masak sama-sama. Seronok jugaklah. Kalau dulu kat rumah aku cuma jadi ‘juri’ masakan mak dan kakak aku je, tapi sekarang aku menghakimi masakan aku sendiri. Nyesal pulak tak belajar masak kat Malaysia dulu. Mak dengan kakak aku boleh je nak ajar masak, tapi masalahnya aku yang selalu escape cooking session tu. Haha. Padan muka aku, sekarang nak masak benda simple pun tak tahu, payah Skype, call family kat Malaysia, just to know the right way to make sambal tumis. Even kari yang aku buat pun entah berapa kali tong sampah yang tolong ‘habiskan’.

Nyesal seh tak belajar masak. Dulu aku pikir makanan kat sini adalah sikit-sikit unsur Melayu, rupa-rupanya takde... Terpaksalah hari-hari aku bantai roti, takpun syawarma, sampai aku naik muak dah. Tambah pulak makanan peberet aku, mi, takde kat sini... Sambal setitik pun haram nak jumpa ( nampaknya aku makin lapar ah). Habis je masak, kami pun mentakdarah dengan lahapnya. Lapar kot. Tengah-tengah makan, baru aku teringat zaman muda remaja dulu bila makan berjemaah kat dewan makan sekolah. Seronok siot. I miss those days-lah...

Dulu kat sekolah, ramai asyik muttering pasal lauk yang tak kena dengan selera. Tiap-tiap minggu pekena lauk yang agak-nak-lebih kurang serupa sampai aku dah hapal dah menu sepanjang tahun. Aku OK je bab-bab makanan dewan makan ni sebab kalau dah kebuloq, rumput pun nampak macam brokoli. Tapi adelah jugak certain dishes yang aku anti jugak. Takde chemistry. Memang lemah ah senang cerita kalau dengar kat dewan hidang lauk ikan masak taucu, takpun ikan rebus. Tu yang sampai ade member-member aku yang terus tukar planning, sampai sanggup berpuasa sepanjang malam, nak ngelak jumpa ikan-ikan tu. Haha.

Then, sekarang aku sedar rupanya makanan yang paling tak kick itulah yang paling aku dambakan kat negara orang ni. Sebabnya, bila kita dalam kesempitan, baru kita nak ngidam macam-macam. Nak itu, nak ini, padahal dulu nak pandang sebelah mata pun pikir dua kali. Bila dah datang rasa rindu kat masakan Melayu, baru ah nak dok teringat makanan dewan makan yang selalu kena caci maki tu. Kesian.



Sama jugak dalam hidup yang kita (aku dan kau) tengah lalui sekarang ni. Appreciate betul-betul apa yang Allah telah, sedang dan akan bagi pada kita. Baru le jadi hamba yang bersyukur pada Tuhannya.

Tapi macam mane ek nak bersyukur?? (Tengok aku dah start cakap Johor!)
  • Hargai betul-betul apa yang Allah dah berikan pada kita. Kadang-kadang kita tak perasan (atau buat-buat tak perasan) yang sebenarnya benda alah yang kita tak suka tulah yang the best untuk kita.
  • Guna nikmat yang Allah dah bagi tu pada jalan dan cara yang betul, pada tujuan yang betul..
  • Tanbih diri bahawa setinggi mana pun kita, sebenarnya masih kekal di taraf dan darjat sebagai seorang hamba kepada Tuhannya, takkan pernah berubah status itu.
  • Terus mutaba'ah 'amal, tak kisah time susah ke, senang ke...



Even Rasulullah pun every time tak pernah berhenti dari bersyukur pada Allah. Kita macam mane ye? Lu pikiaq ah sendighi..Hehe. 

Aku suka nak kongsi satu cerita bila Rasulullah pernah kena tegur dengan isterinya, Aisyah apabila tengok baginda terus-menerus solat sampai kaki baginda yang mulia bengkak.

"Bukankah Allah telah mengampunkan dosamu yang terdahulu dan yang akan datang?
Baginda menjawab: "Salahkah aku menjadi seorang hamba yang bersyukur?"


Rasulullah adalah contoh paling-sangat-terbaik bagi kita. Baginda ajar kita macam mane nak bersyukur kepada Allah. Iaitu segala nikmat yang telah kita terima mestilah dibalas dengan semakin mendekatkan diri kepada Allah.


Wallahu3alam.

Thursday, November 4, 2010

Ilmu tu kau yang cari, bukan dia cari kau...



video

Hari tu aku pergi universiti sorang-sorang, bukan ramai-ramai macam selalu. Reason? Sebab aku terlambat sikit hari tu. Nasib baik sempat sampai kelas Biologi sebelum berlaku adegan ‘tutup pintu’ oleh pensyarah. Lagi teruk kalau ade drama penghalauan dari dewan kuliah. Malu satu hal, miss lecture satu hal lagi. Aku pernah kena sebab lambat, aku tahulah. Hahaha.

Pagi tu aku rasa syahdu sangat. Tak taula kenapa. Mungkin sebab sejuk, tambah pulak angin sepoi-sepoi yang buat ko menggeletar tahap dewa... Mungkin sebab aku dah lewat. Tak tahulah. Lepas je turun dari coaster, jalan kaki kejap nak pergi Mujamma3 Sheikh Khalil.. Sambil-sambil jalan, dalam lautan manusia yang berebut-rebut nak naik bas, tiba-tiba ade sorang minah Arab ni jalan selisih dengan aku. Pelan-pelan dia jalan. Bukan sebab dia rasa dia cantik pakai abaya dia. Bukan sebab dia rasa dia belum terlambat, ade masa nak kejar bas. Bukan.

Dia sama je dengan orang lain. Bawa beg di bahu, tangan sebelah pegang buku. Sama jugak tujuan: nak pegi universiti. Cuma bezanya, DIA KURANG UPAYA. Terlalu kejam kalau aku cakap dia cacat. Berjalan guna sisi tepi kaki instead of tapak kaki, aku sure giler, memang payah untuk dia. Aku macam pernah baca pasal penyakit tu, tapi lupa. Something that ends with –isis... Aku rasa sebak, kagum dengan semangat dia nak pergi cari ilmu walaupun ade physical constraints. Moga Allah permudahkan urusan minah Arab tu.

Habis je jumpa minah tu, aku nampak pulak sorang budak laki ni, nak pegi sekolah. Comel. Kecik je badan dia, tapi kat belakang dia terpikul beg sekolah yang aku rasa dua kali ganda saiz badan dia. Jalan pelan-pelan. Nak lari, nanti jatuh, berat kot beg dia. Aku sebak lagi. Tak sangka, masih ade  orang yang masih sebegitu tinggi semangatnya. 

Dalam bas, aku tak berhenti-henti pikir pasal benda tu. Serius, aku sebak time tu. Kalau aku yang sempurna fizikal ni, betul ke punya semangat nak cari ilmu yang setitis cuma, macam minah tu? Atau punya semangat macam budak tu walaupon aku hari-hari lenggang je ke universiti bawak beg kecik yang kadang–kadang boleh buat bantal kalau ngantuk? Tu pun sometimes aku just bawak buku dengan pen sebatang je. Lagi, aku bersyukur atas nikmat yang Allah dah bagi. Pergi universiti jalan kaki elok-elok, kalau lambat boleh lari, nak rebut bas boleh lompat. Kalau dia yang kurang upaya pun bole je jalan, meredah angin sejuk yang bukan main pagi-pagi tu, kenapa aku mesti nak merungut kesejukan time nak pergi universiti? Sedaya upaya, cuba tanam rasa syukur dalam diri dengan apa yang Tuhan dah bagi. Nampak kecil, tapi sebenarnya bawak maslahat yang besar bai...

Kenapa minah tu sanggup jalan jugak? Sebab dia sedar, ilmu tu kena cari, bukan mencari! Berkali-kali aku ingatkan diri, kenapa  pergi universiti, apsal tak aku stay kat umah, belajar online je? Sebabnya, kalau kita nak sesuatu, go for it, bukan just wait and see. Orang kebuloq mesti cari pemakan, bukan tunggu makanan tiba-tiba transforms dalam perot.

Kalau kita imbau, macam mane Imam Shafie time nak belajar, sanggup pergi pejabat kerajaan, selongkar tong sampah, cari kertas yang boleh dipakai, just nak tulis apa yang dia belajar! Sanggup tulis pelajaran pakai air liur kat tangan time belajar! Subhanallah. Memang ‘semangat nak ilmu’ beliau tak terkalahkan.

Kita pecer? Semangat kita dah sampai tahap mana? Ke still kat takuk lama, tak ke depan, tak ke belakang, kat situ je? Macam mana? Aku tinggalkan persoalan tu specially designed untuk aku, kau, dia, dan semua. Skema jawapan tak tersedia sebab kitalah yang jadi penanda dan penilai.



Wallahu3alam.

siapakah?

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
sk taman daya (99~04). smka johor bahru (05~09). intec shah alam (mei~ogos 2010). jordan university of science and techno (2010~2016). "fastaqim kama umirta"