Monday, February 28, 2011

'pertama'nya aku di Pertama

Assalamualaikum




Sungguh. Mereka baru memeluk Islam, tapi kefahaman mereka terhadap Islam nyata lebih tinggi daripada mereka-mereka yang sudah Islam. Bukan persoalan 'baru Islam' atau 'sudah Islam', tapi soal 'tahu Islam' dan 'faham Islam'.

Serius, aku sebenarnya ada beratus benda nak tanya dengan mereka, Shah Kirit dan Lim Jooi Soon. Tapi, masa itu cemburu dan jeles. Pertemuan singkat dua hari mungkin tak berapa nak cukup sebenarnya.

Subhanallah. Alhamdulillah. Mereka antara penerima 'hadiah hidayah' daripada Allah.


Persidangan Tahunan Mahasiswa Malaysia Se-Jordan (PERTAMA). Tak sia-sia aku join, walaupun ni kali pertama. Insya Allah, kalau takde aral, tahun depan aku nak join lagi. Apatah lagi time tu Irbid jadi tuan rumah persidangan.

interaksi dua hala

Forum. turut menampilkan Kak Najwa,
pelajar Universiti Ali Al-Bayt 



400++ perwakilan, 4 delegasi dari 4 mantiqah
berkampung di Mafraq

berkongsi cerita dengan Brother Lim Jooi Soon

jawatankuasa penganjuran PERTAMA edisi kelima

Delegasi Irbid (syabab)


Jumpa lagi tahun depan, PERTAMA edisi keenam, kat Irbid pulak. 


Wallahua3lam

Saturday, February 26, 2011

jadilah pendakwah, bukan pendakwa

Assalamualaikum


Baru balik dari Persidangan Tahunan Mahasiswa Malaysia Se-Jordan 2011.


Tak sia-sia aku pergi.


Mantap wooo....


Wallahua3lam

Saturday, February 19, 2011

tahniah orang Mesir

Assalamualaikum



Anda memang berani ke depan. Teruskan perjuangan. Pastikan yang hak dikembalikan ke tempatnya, yang batil dihapuskan selamanya.

Allah y36ikom el 3fya.

Wallahua3lam.

Monday, February 7, 2011

menunggu 'benda putih-putih sejuk'

Assalamualaikum




Sejuk. Grrr...


Itu yang aku rasa sekarang. Sekarang ni selalu hujan, dah nak masuk spring agaknya. Pagi tadi hujan batu turun. Kejap je, 10 minit kot. Takpelah, sekurang-kurangnya aku pandai memanipulasi otak aku time tu untuk menggambarkan 'guli-guli putih' tu sebagai salji.

Nasib baik aku dalam coaster waktu tu. Takdelah kelihatan batak sangat dan sempat untuk kaver. Aku tak pasti pulak sejauh mana ke-batak-an kawan-kawan aku yang lain (yang kat universiti, yang kat kedai, yang kat rumah) sebab aku naik coaster sorang-sorang. Lagi melampau kot. Hahaha.

Tapi, aku kembali membatak bila ada sorang member kat Mafraq apdet status fesbuk dia, bahawa salji dah nak turun kat sana. Wah~

Nantikan aku kat sana! Hehehe.

p/s: ada kawan aku luka kat mulut sebab kena hujan batu
p/s/s: bosannya kalau lecturer tak masuk kelas mengajar..haih..


Wallahua3lam.

Sunday, February 6, 2011

apabila aku mula 'meneroka' diri sendiri...

Assalamualaikum

histologi itu suatu keindahan
melihat ahli terkecil yang pelbagai rupa

anatomi itu suatu kesenian
mengagumi sifat dan rupa kejadian

fisiologi itu suatu ketertiban
apabila semua memikul tugas yang diamanahkan

itu semua kerana
tidaklah Allah menjadikannya sia-sia

Hari pertama sebagai budak medik yang menyeronokkan walaupun hanya sekadar 'sesi perkenalan'. Betul, aku syukur apabila dipilih untuk menghayati tubuh badan sendiri, menghargai sebaik-baik kejadian Ilahi. Alhamdulillah.


"Now, you're already a doctor, that's why you are here"- Dr. Abu Jamal MD, PhD. 
(cikgu histo aku)




p/s: eksaitednya...


Wallahua3lam.

Saturday, February 5, 2011

anatomy, physiology, histology, organic chemistry

Assalamualaikum


Ha, tu semua 'kawan-kawan' baru aku untuk semester ni.


Ok, masa dah tamat untuk anda berhibernasi, moviethon, hyper-makan, berangan, jalan-jalan, melagho, game, dan segala yang sama waktu dengan beliau.

Sekolah dah bukak balik, sila ber'puasa' daripada benda-benda tu.

Tapi zikir, baca Al-Quran, baca ma'thurat, hafazan, study, pergi masjid, 'parti-parti' anjuran PERMAI, solat jemaah, usrah, baca buku, buat diskusi dan segala adik-beradiknya, sila teruskan. 

Non-stop.

Itu peringatan yang aku dapat daripada orang. Harap-harap dapat aku amalkan. Terima kasih kepada yang sudi nak mengingatkan.

Minggu ni, 'sekolah' dah bukak semula. Semua benda terasa baru, almaklumlah berzaman menyimpan lemak kat rumah.
Nampaknya, kami dah start secara rasminya jadik budak medik. Yang pasti, ade berjuta duri yang sedang menanti kat pertengahan jalan ni. Serius aku cuak.


"Ya Allah, tidaklah sesuatu itu mudah melainkan Kau menjadikannya mudah, maka pemudahkanlah ia untuk kami, Ya Rahman"


p/s: kepada yang terdampar lagi kat Mesir, moga anda selamat..
p/s/s: yang terdampar kat Malaysia pulak, suka eh korang dapat cuti free...

Wallahua3lam

Thursday, February 3, 2011

selamat pulang kawan-kawan mesir

Assalamualaikum


Alhamdulillah. Hari ni, kerajaan dah start proses nk angkut balik rakyat Malaysia kat Mesir. Ramai akan ke Jeddah dulu, then baru balik ke Malaysia dengan apa cara sekalipun. Macam-macam cara, kapal tentera ada, flight ada. Member-member kat sana pun dah makin galak online aku tengok sejak-sejak duduk kat Malaysian Hall ni. Yelah, dah seminggu kot tak boleh nak kontek mak ayah yang tengah risau.




Ada sorang member aku ni cakap, berita yang sampai kat kita 'lebat' sangat, tu yang mak ayah risau tu. Words speaks louder than actions. Memang diorang terperangkap, tak boleh keluar, takut segala. Tapi takdelah sampai kena rogol. Yang kena tembak tu pun kena peluru getah je.

"Makanan cukup tak?". Aku tanya sebab kalau takde makanan, memang payah ah.

Dengan selamba, dia jawab:

"Cukupla makanan. Entah, aku rasa time macam ni lagi banyak makanan ade ah..."

Alhamdulillah semua selamat. Semoga korang semua selamat tiba di Malaysia, bawa perkhabaran dari Mesir. Boleh cerita kat sepupu-sepapat, cucu-cicit segala sambil tunggu nyonya seberang rumah bagi angpau.


p/s: banyak universiti Mesir dah umum cuti, ada yang sampai setahun. Wah!
p/s/s: dah takde ibu-bapa yang nak marah-marah guna emel kat Buletin Utama sebab kerajaan lambat hantar bantuan? senyap terus nampak~
p/s/s: ok, minggu depan sekolah bukak balik.



Wallahua3lam.



siapakah?

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
sk taman daya (99~04). smka johor bahru (05~09). intec shah alam (mei~ogos 2010). jordan university of science and techno (2010~2016). "fastaqim kama umirta"