Assalamualaikum
Sungguh. Mereka baru memeluk Islam, tapi kefahaman mereka terhadap Islam nyata lebih tinggi daripada mereka-mereka yang sudah Islam. Bukan persoalan 'baru Islam' atau 'sudah Islam', tapi soal 'tahu Islam' dan 'faham Islam'.
Serius, aku sebenarnya ada beratus benda nak tanya dengan mereka, Shah Kirit dan Lim Jooi Soon. Tapi, masa itu cemburu dan jeles. Pertemuan singkat dua hari mungkin tak berapa nak cukup sebenarnya.
Subhanallah. Alhamdulillah. Mereka antara penerima 'hadiah hidayah' daripada Allah.
Persidangan Tahunan Mahasiswa Malaysia Se-Jordan (PERTAMA). Tak sia-sia aku join, walaupun ni kali pertama. Insya Allah, kalau takde aral, tahun depan aku nak join lagi. Apatah lagi time tu Irbid jadi tuan rumah persidangan.
interaksi dua hala |
Forum. turut menampilkan Kak Najwa, pelajar Universiti Ali Al-Bayt |
400++ perwakilan, 4 delegasi dari 4 mantiqah berkampung di Mafraq |
berkongsi cerita dengan Brother Lim Jooi Soon |
jawatankuasa penganjuran PERTAMA edisi kelima |
Delegasi Irbid (syabab) |
Jumpa lagi tahun depan, PERTAMA edisi keenam, kat Irbid pulak.
Wallahua3lam
double like
ReplyDeletetq
ReplyDelete