Assalamualaikum
kapal berharga sedinar. mau beli? |
Latar masa: Lebih kurang 12.00 tengah hari
Set penggambaran: Dewan Kejururawatan atau senang sebut, Mudarraj Tamridh.
Kelas Anatomy. Hari ni turn Dr. Muhammad Al-Haidari yang mengajar lepas Dr. Rashid abeskan CNS dua hari lepas. Tak tau apsal, hari ni aku tak ngantuk. Alhamdulillah. Hepi je kalau tak ngantuk ni. Harap-harap boleh berterusan. Kelas kalau time tengah hari macam ni memang selalunya boleh mengundang setan gemuk bergayut kat mata. Bukan setakat budak Melayu je, budak Arab pun dua kali lima.
Lagi sikit kelas nak abes, aku dah start hilang fokus. Suara Dr. Al-Haidari mendayu-dayu bercerita pasal Embriology. Ramai budak yang turut lost, berdesuh-desah, mengeluh bilalah Dr nak cakap "ya'tikul 'afya". Ayat tipikal kalau kelas tamat secara rasmi.
Toleh kiri, Shahir tengah main game kat henset. Sebelum tu, sempat lagi dia bayar hutang aku time Dr. tengah mengajar..
"Naz, ni hutang," sambil letak duit sedinar atas buku aku. Aku biar je. Tak simpan.
Toleh kanan, lagi sedap, Afiq Yasim dah 'selamat'. Siap kepala atas meja lagi. Wah?
Kat depan, ada akhowat. Duduk kaku membatu. Tak taulah kalau mata dia still terbukak.
Kiri sikit, minah Arab tengah sibuk buat latihan OC walaupun tu sebenarnya kelas Anatomy.
Kat belakang belah kiri, Acap Fahmi lena dalam postur yang cukup bergaya.
Maka, aku yang tengah bergelut nak fokus ni pun ambik duit sedinar atas buku lalu menyumpahnya (baca: lipat) kepada sebuah kapal yang comel lagi kiut. Ting! Tadaaaa!
Dah lama tak buat origami ni sejak-sejak aku meninggalkan dunia main kawin-kawin dengan jiran sebelah rumah, dah lama dulu. Sambil buat origami tu, mata cuba fokus kat slaid, dengan harapan konsentrasi datang menjengah (tapi tak datang jugak...).
Setel seekor kapal, aku letak atas buku.
Habis je kelas, sorang mamat Arab pegang bahu aku.
"Apsal pulak mamat ni?"
Dia bisik sambil tunjuk kat kapal aku,
"Kalau ada polis nampak apa yang kau buat tu, kau memang nahas.Habislah. Tak boleh buat macam tu, ada gambar raja, tau tak?"
Lebih kurang macam tu ah ayat dia. Tapi guna bahasa Inggeris sebenarnya.
"Erk? Yeke? Ouh, maaf, maaf. Saya tak tau...Maaf sangat-sangat".
Aku cuma sengih penuh makna campur dengan bengang seketul dua. Lantas, refleks saraf terus beraksi. Terus aku sumbat kapal aku tu dalam beg dengan buku-buku lain sambil menanggung beban kebengangan yang melangit tinggi. Ajak Shahir dengan Khidir blah terus. Nak ketawa pun ade jugak. Haha.
Dalam hati aku fikir:
"Ouh, selama ni duit dia letak kat mana? Bukan dalam dompet? Dan dompet tu pulak simpan kat mana? Bukan dalam poket seluar belakang, posterior kepada punggung? Haih. Haha."
Ketawa dalam hati kadang-kadang best jugak.
Terusssss, kebengangan bertukar menjadi kegembiraan, bila perut diisi dengan nasi sejurus habis kelas. Alhamdulillah.
Rumusan: Jangan main dalam kelas. Sila fokus ye.
Wallahua3lam.