Sunday, April 17, 2011

Panas

Assalamualaikum

Rasulullah pernah berdoa:

"Ya Allah, jadikanlah cintaku kepada-Mu melebihi cintaku pada harta, keluarga dan cintaku pada air yang dingin di musim yang panas dan cintaku pada air yang panas di musim yang dingin"

Nak tunjuk, betapa kita rasa suka gembira bila dapat air sejuk time musim panas macam ni. Tapi, jarang kita nak suka gembira, bersyukur pada si pemberi nikmat air tu sendiri. Muhasabah diri.



Gulp!

Hari ni memang bahang. Panas. Serius aku cakap. Macam kat Malaysia rasanya. Tapi bezanya, kalau kat Malaysia, waktu panas-panas macam ni, kau boleh berkejar ke gerai ABC berdekatan, order semangkuk sambil mintak kacang dan jagung lebih, tapi harga yang sama. Bila ais tu mencair kat mulut...perghh... macam terbang ke dunia khayalan (sambil mata berkilau-kilau macam dalam manga Jepun).

wahhhh~

Kat sini takde ke?

Bukan takde. Banyak je kedai-kedai aiskrim sedap. Tinggal pilih dan telan je. Tapi tak boleh celen ABC kat negara sendiri. Orang kata aiskrim sedap kat negeri orang, aiskrim Malaysia kat negeri sendiri, lebih baik kat negeri sendiri, kan? (kalau tak tau apa tu aiskrim Malaysia, sila Google ye...)

Tapi yang tak best, bila musim panas ni, ramai Arab yang turut 'panas', atau dalam kata lain  'hot'. Betul-betul hot (panas) atau perasan hot, aku tak tau ah. 

Baju yang dulunya tebal, makin nipis dibuatnya. Kalau dulu cover leher, tapi sekarang tayang leher. Kalau dulu berkemeja, sekarang dah bersinglet je. Dulu seluar sampai ke bawah, sekarang aku tengok makin ke atas. Mungkin diorang pinjam baju adik masing-masing kot, agaknyalah. Haih.

Tapi bukan semualah. Sejuk mata tengok mereka yang setia berabaya, kalau yang lelaki still pakai proper, walaupun panas. Baguslah.


Wallahua3lam.



1 comment:

siapakah?

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
sk taman daya (99~04). smka johor bahru (05~09). intec shah alam (mei~ogos 2010). jordan university of science and techno (2010~2016). "fastaqim kama umirta"