Saturday, December 24, 2011

untung

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Pertama kali ke Sweileh dan bermalam di sana, rasa teruja. Damainya! Walaupun letaknya di Amman, tapi suasana desa seperti masih wujud, ditambah pula dengan kuantiti pelajar Malaysia yang sedikit, menambah lagi rasa. Selepas solat Jumaat, kedai buah-buahan di depan masjid jadi tumpuan, mendengar teriakan penjual, melihat kanak-kanak berkejaran. Cuaca pula panas, tetapi suhu tetap dingin. Bahagia.

Saya ke sana menziarah sahabat sebenarnya. Memandangkan bapanya datang berkunjung, eloklah kiranya kami meluangkan masa, mendengar perkongsian daripadanya, yang dulunya seorang mahasiswa di Amerika. 

Bagaimana mengadaptasi hidup di negara orang tatkala Islam bukan di sekeliling pinggang.
Bagaimana mereka tetap teguh tatkala akhlak segelintir rakan mulai runtuh.

Seperti kata beliau, pembawaan diri seseorang itu bergantung kepada apa yang dilaluinya, bukan sekuat mana persediaannya. Buatlah persiapan sesempurna manapun, tetapi jika persekitaran yang dicari tidak selari dengan persiapan itu, maka berjaga-jagalah. Kerana itu ada pelajar yang lupa diri, lupa usul, hanyut, dan sebagainya. 

Untung, saya di sini masih bernafas dalam atmosfera Islam. Di negara yang majoritinya adalah orang Islam. Alhamdulillah.

Jazakumullah khairan jaza.

No comments:

Post a Comment

siapakah?

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
sk taman daya (99~04). smka johor bahru (05~09). intec shah alam (mei~ogos 2010). jordan university of science and techno (2010~2016). "fastaqim kama umirta"