Wednesday, June 30, 2010

usrah di intec

Salam 'alaik...sedar tak sedar dah dua bulan aku berstatus sebagai student INTEC. Rasanya baru semalam aku lapor diri kat kolej Cemara yang tersergam indah tu. Cepat betul masa berlalu dan selama itulah aku jumpa macam-macam karenah manusia, pelbagai suasana hidup yang aku tak pernah rasa, of course as a university student.. Baguslah, sebab dunia tak meriah kalau semua orang sama je.. Dekat kolej ni, aku rasa ada satu benda yang aku hairan tentang kafeteria dia yang guna bekas plastik, senang cerita aku sebut "tupperware" untuk bungkus makanan. Selalunya peniaga just masuk dalam polisterin je.. Bukan ke kos nak beli bekas plastik tu lagi mahal?? Tapi aku tak kisah sangat sebab nampak smart sikit kalau beli makanan bungkus, cuma rasa sayang bila nak buang masuk tong sampah, yelah, plastik kan boleh bawa pencemaran pada alam sekitar kalau tak diurus dengan betul..( ceh, jadi aktivis alam sekitar pulak!) Kat sini pun banyak taiko-taiko basketball yang aku tak tahu kenapalah diorang tak jadi wakil negara pergi Sukan Komanwel ke... Pernah sekali aku mintak tunjuk ajar sorang senior bangsa Cina macam mana nak skor betul-betul, uish..nak dekat semua shoot dia masuk...Yelah, aku inferior sikit main
dengan member-member power ni... Kadang-kadang kalau main dengan member dari program lain macam Rusia, Korea, Jepun, secara tak langsung aku dapat jugak tangkap sikt-sikit bahasa asing tu kan..

                                         
                    Parts of Cemara: aku saja-saja snap gambar ni dari bilik aku..haha

Lagi satu benda yang aku baru faham kat INTEC ni ialah fungsi usrah. Sebelum ni kalau kat sekolah, usrah tu ada, tapi sang naqib pun buat usrah tu sambil lewa, hasilnya usrah tu jadi satu perjumpaan yang tak bawa apa-apa makna selain gelak ketawa dan sesi pembacaan buku. Sebenarnya usrah ni kalau ikut konsep sebenar kira suatu charger untuk kita majukan diri, pupuk ukhwah, bukan sekadar meeting yang kering. Macam mana pulak kita nak belajar kenal diri?? First sekali kenalah tahu sejarah kita, umat Islam. Bila dah faham sejarah kita dan tahu kegemilangan Islam dahulu kala, kita boleh tahu apa yang istimewa ada pada kita untuk kita teruskan legasi tu, betul?? Oleh itu, kita kena pastikan tujuan kita hidup di muka bumi ni untuk mengabdikan diri padaNya dan menebarkan tali khalifah atau dalam kata lain, dakwah...


                                                    

No comments:

Post a Comment

siapakah?

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
sk taman daya (99~04). smka johor bahru (05~09). intec shah alam (mei~ogos 2010). jordan university of science and techno (2010~2016). "fastaqim kama umirta"