Thursday, September 9, 2010

Teruskan ruh Ramadan!

Assalamulaikum...

Syawal menjelma lagi. Ramai dah di antara kita di’sibuk’kan dengan macam-macam persiapan nak raya. Sengaja menyibukkan diri kot. Segalanya berganti baru. Daripada pakaian sampai ke alatan rumah, semua nak baru. Yang lama terus dibuang. Memang trend agaknya, orang Malaysia kalau nak raya memang bersemangat bebeno. Fuhh, segala jalan yang ada untuk ke shopping complex (BACA: SHOPPING COMPLEX) memang jam habis ah. Kalau bawak kereta confirm bole gerak seinci dua je. Tu belum kira lagi ‘kesabaran dan ketabahan’ yang diperlukan untuk cari parking. Just for parking!
Tapi, dalam sibuk mengutip segala keperluan raya, timbul persoalan:

ADAKAH SEMANGAT KITA MENYAMBUT RAYA SEIRING DENGAN SEMANGAT KITA MENGHAYATI RUH RAMADAN??

Hakikatnya, Ramadan Kareem adalah suatu medan untuk kita bermuhasabah diri, menilai sejauh mana kita betul-betul menjadi abdi kepada Ilahi. Saya suka untuk untuk berkongsi salah satu artikel yang saya baca (x berapa ingat di mana) yang membawa title “Layakkah Kita Beraidilfitri??”. Benar, sewajarnya kita perhatikan adakah kita calon yang layak untuk bertemu Syawal? Bagaimanakah pengisian kiata sepanjang Ramadan? Dari segi bahasa pun, Aidilfitri tu pun bermaksud perayaan fitrah, kembali kepada kepada fitrah asal manusia dijadikan, jadi, mereka yang tidak kembali kepada fitrah dan nature asal, layakkah beraidilfitri?? Tepuk dada, tanya iman. Anda buat, anda dapat.

Apa-apa pun, Syawal yang bakal dirayakan seharusnya diisi dengan kesyukuran dan menghindari pembaziran. Beristiqamahlah dengan ruuh Ramadan yang dah diterapkan sebelum raya. Ramadan telah pergi dan harapnya kita diberi kesempatan lagi untuk bertemu dengannya, Insya Allah.


p/s: Kat kesempatan ini, saya dengan ikhlas hati, (betul2 ikhlas) nak mohon maaf kpd semua individu yang    kenal saya, baik syabab mahupun akhowat, atas segala keterlanjuran kata2, segala action2 yang terkhilaf pada pandangan saya, atas semua kekurangan yang saya tunjukkan, semuanyalah senang citer! Doakan kejayaan saya dan anda fiddunya wal akhirah..


Assalamualaikum.







No comments:

Post a Comment

siapakah?

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
sk taman daya (99~04). smka johor bahru (05~09). intec shah alam (mei~ogos 2010). jordan university of science and techno (2010~2016). "fastaqim kama umirta"