Friday, September 3, 2010

persiapan raya

Salam.. Entry title kat atas tu aku rasa dah cukup untuk menggambarkan apa yang bakal aku tulis kejap lagi. Persiapan raya. Klau tanya kat kawan-kawan aku yang lain mesti mereka cakap dah settle. Lebih-lebih lagi budak perempuan. Tak tahulah berapa banyak baju raya yang diorang dah angkut dari shopping complex agaknya. Tu tak masuk lagi kasut, tudung, dan segala macam aksesori yang pada aku tak penting pun, tapi di’penting’kan oleh mereka. Tahun ni, persiapan raya aku macam nak tak nak je kot. Entah kenapa, aku takde mood nak raya. Mungkin sebab tengah tunggu result final exam yang haunting, atau sebab aku duduk goyang kaki je kat rumah nak dekat raya ni, ataupun sebab aku lebih utamakan persiapan untuk terbang tinggi. Bila parent aku ajak shopping raya je, aku pun ikut dengan malasnya. Nak beli baju raya aku lagi satu hal sebab aku ni cerewet  sikit. Tak kisahlah, shopping kat mall ke, pasar malam ke, even kat bazaar Ramadhan pun aku macam ni. Bukan apa, aku jenis susah nak buat pilihan. Kalau nak pilih baju tu, aku kalau boleh nak mintak pandangan pakar sebab tak tau nak beli yang mana. Last-last, aku balik tanpa beli apa-apa, badan penat, siap dapat pakej kena marah dengan parent lagi. That’s why aku lebih suka jalan, tengok-tengok sikit dan balik. Kalau nak beli jugak, biarlah mak ayah aku yang pilihkan. Lagi satu yang aku malas time shopping raya ni, orang punyalah ramai berduyun-duyun sampai kadang-kadang aku terpikir,
“Dah raya ke??? Tapi rasanya penyimpan mohor tak keluar tv lagi”
Apa-apa pun, memang hari lebaran hari yang semestinya kita rayakan seraya-rayanya untuk meraikan kejayaan kita di bulan Ramadhan Tapi, pada masa yang sama, jangan nak membazir lebih-lebih, kuih raya 100 macam, baju raya sepenuh gobok, lauk raya sekawah, padahal family member 3 org je...Ini amalan raya yg tidak bagus ye...

1 comment:

  1. aku pon cam tak de mood nak lebih2 sangat....haha..besenye mmg mak aku belikan je baju melayu baru..raye nih best jumpe sedare mare..ziarah kwn2..duit raya..tv time raya...sembang ngan spupu..jenjalan..tu r,,tp seriesly miss ramadhan... :)

    ReplyDelete

siapakah?

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
sk taman daya (99~04). smka johor bahru (05~09). intec shah alam (mei~ogos 2010). jordan university of science and techno (2010~2016). "fastaqim kama umirta"