Monday, November 1, 2010

Nak saya panggil apa ye??

Assalamualaikum.

Pagi yang sejuk. (Ceh, macam nak buat cerkon pulak!). Suhu 16C. Aku tengok weather forecast, dia cakap nak hujan. Fasa-fasa awal musim shita2ie memang macam tu kot. Sekarang ni pun aku dah menggigil-gigil, apatah lagi kat tengah-tengah winter nanti. Diam tak berapa nak diam, rupa-rupanya dah sebulan dah aku duduk Irbid ni. Aku macam dah boleh adapt (kot?) environment kat sini. Ramai je budak Melayu, so takdelah rasa isolated sangat.

Baru-baru ni aku join satu program, kira macam program mutaba’ah ‘amal. Best jugak. (Apa je yang tak best kat sini ha?). Team usrah aku yang buat. Daripada game-game yang ada sampailah progaram jalan-jalan dengan Abang Maru, aku rasa sedikit sebanyak ada ah jugak pengisian. Memang layak aku bagi 5 bintang ah. Haha. Kredit jugaklah kepada Halim Kelate yang buat lawak malam tu time nak tidur... Rosak ‘kotak ketawa’ dibuatnya. Hahahaha. Sampai kena tegur dengan senior.

“Oi, tido oi...”

“Ok bang...hihihi...”

SIMPULAN TALI YANG ISTIMEWA

Macam tulah suasana hidup budak Melayu kat Irbid ni. Sebenarnya bukan kat sini je, kat mana-mana negara pun sama saja. Sebabnya, apabila keluarga bukan lagi di depan mata, maka siapa lagi yang boleh dianggap saudara? Ya, kawan kita!

Aku ingat lagi time first-first sampai sini dulu, sepatah haram muka senior  pun aku tak kenal. Ada ah jugak 2-3 muka yang aku familiar sebab dah pernah datang kat INTEC, tak pun kat Fesbuk. Bila pergi masjid, aku tegur je sape-sape yang aku nampak.

“Assalamualaikum. Sihat?”. Nak tambah lagi, tanya nama, belajar apa.

Cara paling praktikal bagi aku untuk mulakan bicara dan sebagai pemula kata. Bagi akulah... lain orang lain caranya. Ada yang baru seminit kenal dah bertepuk tampar macam dah kenal sejak zaman pakai cawat lagi, ada yang baru kenal dah ajak makan rumah, et cetera. Apapun cara yang kita guna, selagi perkenalan tu bertujuan nak erat ukhwah, tambah makrifah, dan kerana Allah, itu sudah cukup baik. Untungnya rasa dapat berukhwah dengan saudara seagama yang punya matlamat yang sama, cita-cita yang serupa walaupun fitrah dan fikrahnya berbeza. Takpe, perbezaan tu datang untuk diraikan.



ANA?  SAYA? AKU? KAWE? KITA?

Mungkin perkara ni nampak macam agak leceh dan remeh, tapi pada aku, bab-bab dhomir nilah benda penting  dalam nak jaga ukhwah dan perkenalan kita dengan orang. Lagi-lagi time baru kenal. “First impression,” nenek aku cakap. Dulu masa jadi junior kat sekolah, aku selalu ‘ter’panggil abang-abang senior sebagai ‘abang’. Dah biasa kot, asal jumpa senior, mesti panggil macam tu. Mungkin hasil didikan mak ayah aku yang suruh hormat orang yang lagi tua. Adat dan adab orang melayu, kata mereka. Sampaikan ada certain senior yang tak nak dipanggil macam tu.

“It’s ok-lah. Panggil je aku Abu.”

“Tak payahlah abang-abang ni...”

Aku faham situasi diorang yang tak berapa nak minat dipanggil ‘abang’ tu. Lepas daripada hari tu je, aku sebut jelah nama diorang. Tapi bukan semua senior aku panggil ‘abang’. Kalau ikut prinsip yang aku dan member-member pakai time tu, cuma senior yang tua dua tahun ke atas je yang kami panggil ‘abang’. Setakat tua setahun tu, kira kawan jelah...Bila aku dah jadik senior, baru aku tahu perasaannya bila junior ber’abang-abang’ dengan kita. Buat segan je. Haha.

Bila makin besar, aku makin faham macam mana nak adaptasi benda ni sebagai pendekatan yang sesuai untuk mulakan perkenalan. Lagi-lagi bila dah sampai kat Jordan ni. Ramai student-student yang datang dari institusi pendidikan yang berlatarbelakangkan agama, yang punya adab dan tatacara dalam pergaulan seharian. Jadi, aku ambik pendekatan untuk tanya apa dhomir yang dia nak guna.

“Abang nak saya panggil apa ye?”

“OK ke kalau aku ber’aku-kau’ dengan kau?”

“Anta prefer pakai ‘ana-anta’ ke?”

Kadang-kadang ada orang yang tak selesa ber’aku-kau’, ada yang rasa tak layak ber’ana-anta’, ada jugak yang rasa segan ber’abang-abang’. Aku pun segan. Tapi, honestly, kalau dah senior tu 4-5 tahun tua dari aku, rasanya lebih sopan kalau aku panggil dia abang. Kalau dia tak kasi pun, aku rasa janggal kalau panggil nama dia macam tu je. Jadi kena tanya dulu, dari perspektif orang tu, kata ganti diri apa yang dia selesa guna. Aku tak kesah sebenarnya, tapi biarlah aku bersikap universal asalkan dia selesa, aku selesa. Tak salah rasanya nak meraikan perbezaan, demi menjaga kesucian perhubungan. Nak ber’aku-kau’? On je.. Nak ber’ana-anta’? Beres....



Sebagai pencerahan, panggillah apa-apa pun selagi sesuai dengan individu tersebut. Agak-agak ah jugak, jangan main pakai belasah je ber’aku-kau’ dengan senior. Budak Yarmuk pulak tu. Takhassus Bahasa Arab lagi. Pastikan dulu. Sebab perkenalan yang diiringi etika yang betul dan tatasusila menyuburkan rasa selesa dan damai antara dua sahabat, seterusnya menanam bibit-bibit ukhwah yang erat. Insya Allah.

Wallahu3alam.

1 comment:

  1. ana biasanya sebut anta sebagai ganti abang... hormat sikit kot? hehe

    ReplyDelete

siapakah?

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
sk taman daya (99~04). smka johor bahru (05~09). intec shah alam (mei~ogos 2010). jordan university of science and techno (2010~2016). "fastaqim kama umirta"