Hari tu aku pergi universiti sorang-sorang, bukan ramai-ramai macam selalu. Reason? Sebab aku terlambat sikit hari tu. Nasib baik sempat sampai kelas Biologi sebelum berlaku adegan ‘tutup pintu’ oleh pensyarah. Lagi teruk kalau ade drama penghalauan dari dewan kuliah. Malu satu hal, miss lecture satu hal lagi. Aku pernah kena sebab lambat, aku tahulah. Hahaha.
Pagi tu aku rasa syahdu sangat. Tak taula kenapa. Mungkin sebab sejuk, tambah pulak angin sepoi-sepoi yang buat ko menggeletar tahap dewa... Mungkin sebab aku dah lewat. Tak tahulah. Lepas je turun dari coaster, jalan kaki kejap nak pergi Mujamma3 Sheikh Khalil.. Sambil-sambil jalan, dalam lautan manusia yang berebut-rebut nak naik bas, tiba-tiba ade sorang minah Arab ni jalan selisih dengan aku. Pelan-pelan dia jalan. Bukan sebab dia rasa dia cantik pakai abaya dia. Bukan sebab dia rasa dia belum terlambat, ade masa nak kejar bas. Bukan.
Dia sama je dengan orang lain. Bawa beg di bahu, tangan sebelah pegang buku. Sama jugak tujuan: nak pegi universiti. Cuma bezanya, DIA KURANG UPAYA. Terlalu kejam kalau aku cakap dia cacat. Berjalan guna sisi tepi kaki instead of tapak kaki, aku sure giler, memang payah untuk dia. Aku macam pernah baca pasal penyakit tu, tapi lupa. Something that ends with –isis... Aku rasa sebak, kagum dengan semangat dia nak pergi cari ilmu walaupun ade physical constraints. Moga Allah permudahkan urusan minah Arab tu.
Habis je jumpa minah tu, aku nampak pulak sorang budak laki ni, nak pegi sekolah. Comel. Kecik je badan dia, tapi kat belakang dia terpikul beg sekolah yang aku rasa dua kali ganda saiz badan dia. Jalan pelan-pelan. Nak lari, nanti jatuh, berat kot beg dia. Aku sebak lagi. Tak sangka, masih ade orang yang masih sebegitu tinggi semangatnya.
Dalam bas, aku tak berhenti-henti pikir pasal benda tu. Serius, aku sebak time tu. Kalau aku yang sempurna fizikal ni, betul ke punya semangat nak cari ilmu yang setitis cuma, macam minah tu? Atau punya semangat macam budak tu walaupon aku hari-hari lenggang je ke universiti bawak beg kecik yang kadang–kadang boleh buat bantal kalau ngantuk? Tu pun sometimes aku just bawak buku dengan pen sebatang je. Lagi, aku bersyukur atas nikmat yang Allah dah bagi. Pergi universiti jalan kaki elok-elok, kalau lambat boleh lari, nak rebut bas boleh lompat. Kalau dia yang kurang upaya pun bole je jalan, meredah angin sejuk yang bukan main pagi-pagi tu, kenapa aku mesti nak merungut kesejukan time nak pergi universiti? Sedaya upaya, cuba tanam rasa syukur dalam diri dengan apa yang Tuhan dah bagi. Nampak kecil, tapi sebenarnya bawak maslahat yang besar bai...
Kenapa minah tu sanggup jalan jugak? Sebab dia sedar, ilmu tu kena cari, bukan mencari! Berkali-kali aku ingatkan diri, kenapa pergi universiti, apsal tak aku stay kat umah, belajar online je? Sebabnya, kalau kita nak sesuatu, go for it, bukan just wait and see. Orang kebuloq mesti cari pemakan, bukan tunggu makanan tiba-tiba transforms dalam perot.
Kalau kita imbau, macam mane Imam Shafie time nak belajar, sanggup pergi pejabat kerajaan, selongkar tong sampah, cari kertas yang boleh dipakai, just nak tulis apa yang dia belajar! Sanggup tulis pelajaran pakai air liur kat tangan time belajar! Subhanallah. Memang ‘semangat nak ilmu’ beliau tak terkalahkan.
Kita pecer? Semangat kita dah sampai tahap mana? Ke still kat takuk lama, tak ke depan, tak ke belakang, kat situ je? Macam mana? Aku tinggalkan persoalan tu specially designed untuk aku, kau, dia, dan semua. Skema jawapan tak tersedia sebab kitalah yang jadi penanda dan penilai.
Wallahu3alam.
subhanallah...
ReplyDeletesalah satu pembakar semangat studi kat irbid.. huhuhu
betapa nikmat Allah melimpah ruah,
SATU PERJUANGAN! =)