Assalamualaikum
Tup-tap-tup-tap rupanya tak lama lagi musim sekolah baru nak bukak. Patutlah aku tengok adik aku yang kecik bukan main over lagi, semua benda nak baru. Baju sekolah, kasut, beg, botol air Power Rangers, itu, ini. Nasib baik aku bukan kat Malaysia sekarang, kalau tak, kau tak merasa pakai attire baru sebab abang dengan kakak akan persuade mak dengan ayah supaya kau pakai yang lama je. Membazir kot.
Dah setahun kot aku tinggalkan sekolah. Memori betul ah. Kalau dulu, aku excited gaban nak tunggu sekolah bukak. Dari zaman aku main polis sentri sampai ah zaman aku main Counter Strike sekarang, aku rasa zaman sekolah ah zaman ter-best sekali. Haha.
Sekolah menengah ah yang paling banyak bawak cerita. Sekolah aku ni strategik. Letaknya betul-betul tengah kawasan perumahan elit. Keliling semua rumah orang Cina, orang Melayu berapa kerat je. Yang paling gerek, kawasan tu jugak dikenalpasti sebagai salah satu 'kawasan hitam' kat Malaysia (maknanya banyak jenayah ah..). Belakang sekolah ada masjid jamek. Kiri sekolah ada gereja yang dikatakan sebagai yang terbesar kat Asia Tenggara (tapi memang besar pun). Depan sekolah ada pusat kegiatan Kristian. Keluar pagar sekolah jumpa anjing liar. Jalan depan sikit ada Jusco, Tesco, bowling centre, sport complex, Giant, disko...semua ade. Itulah cabarannya,bila sebuah sekolah agama terselit kat tengah-tengah. Apatah lagi sebagai pelajar kat sekolah tu..
Sekolah.
Tempat aku dan kawan-kawan kenal ABC. Tempat kami belajar jadi 'manusia'. Tempat kami kena marah, kena puji. Tempat kami bina ukhuwwah, perkukuh mahabbah. Tempat kami membentuk karakter. Tempat kami ketawa. Tempat kami ber-party dengan lebihan makanan dewan makan pada waktu prep. Tempat kami mengampu cikgu untuk dapat markah lebih. Tempat kami bertekak bila budak perempuan naik minyak sebab budak laki malas bersihkan kelas.Tempat kami lenguh kaki sebab berdiri lama sangat time perhimpunan. Tempat kami ter-selalu tidur dalam kelas bila tengah hari menjelma (orang cakap sindrom ni memang kat semua sekolah berasrama ada, betul ke?) Tempat kami terus terjaga bila loceng akhir berdentang.
Asrama.
Tempat aku tido, makan, minum, solat, main, etc. Tak bole lupa time main basketball dengan member-member dalam hujan lebat walaupun warden dah bagi amaran. Tak luput memori main kejar-kejar kat koridor pukul 12 tengah malam. Tak terhapus kenangan melompat pagar untuk fly malam-malam. Tak lekang dari ingatan bila kami terjerit-jerit dari tingkat atas ke tingkat bawah untuk ajak member pergi makan malam setiap hari. Tak lupa kenangan tumpang tido bilik member bila ada khabar angin cakap ada budak kena sampuk. Tak bole lupa lagi bila kena marah sebab lewat pergi prep.
Itu cuma sebahagian. Ada beribu lagi kenangan. Biar ah terus tersimpan. Yang baik boleh aku jadikan teladan. Pedoman masa depan. Yang tak berapa nak baik bole buat sempadan. Agar tak terus tersungkur kat tengah jalan.
Rindu ah dengan kenangan sekolah kita. Rindu dengan member-member lama. Rindu dengan ukhuwwah kita. Tadi aku terjumpa satu lagu, memang best ah:
Walau berapa banyak pun aku tulis, aku sedar bahawa giliran aku untuk zaman tu dah berlalu. Tak bole lagi dah nak gatal-gatal pakai seluar hijau, baju putih, kasut kulit hitam tu. Tapi zaman itulah yang membentuk manusia menjadi seorang hamba yang akur pada Pencipta. Zaman untuk kenal tulis baca, agar dapat menghargai dunia ciptaan-Nya, supaya dapat tangkap isi kalam-Nya. Zaman membentuk diri dan peribadi sejati seorang da'ie, seorang khalifah yang bakal memakmurkan bumi.
Kepada adik aku, junior sekolah lama aku, dan kanak-kanak sekalian, selamat kembali ke sekolah ye. Tajdid niat anda dalam menelusuri laluan jihad ni. Belajar jugak sebenarnya satu jihad. Semoga Allah mempermudahkan.
"sebahagian aku yang wujud pada hari ini adalah cebisan kenangan masa lalu"
Wallahua3lam.
peh.mantap!
ReplyDeletepart yang tido waktu tghari tu memang aku setuju gila.
memang trademark budak yg duduk asrama kot.
dan kau adalah salah seorang penghidap sindrom tu, betol tak?? *ngeh3
ReplyDelete