Assalamualaikum
"Kalau tidak kerana ada rakan kita kat sana, belum tentu kita se-peka ini tentang apa yang berlaku. Berapa ramai antara kita yang ambil peduli akan Tunisia, yang mengahadapi konflik yang sama, cuma pada waktu yang berbeza?"
Ada benarnya cakap hamba Allah ni. Adakah kita terlambat untuk alert atau memang kita selalu terlewat?
Alhamdulillah. Rupanya semakin dekat kita dengan sesuatu, makin terasa feeling-nya. Hampir setiap hari, ruang udara Jordan tepu dengan suara-suara pemberita yang melaporkan keadaan terkini kat Mesir. Muka akhbar pun tercetak tajuk yang sama. Perbualan harian berkisar pada isu yang serupa. Status fesbuk seolah-olah terapdet sendiri membawa khabar-khabar dari sana. Yang rata-ratanya diapdet oleh rakan-rakan di sini juga, bukan di Malaysia. Dan aku pun 'terikut' dengan suasana.
Serius, aku tak rasa yang aku akan sepeka ini dengan perihal Mesir, kalau aku masih kat Malaysia. Syukur, aku tercampak ke satu tempat yang aku boleh sama-sama rasa, nilai kesepaduan ummah dalam menolak kezaliman pemerintah. Dah lama mereka menderita, cuma kita je yang tak rasa. 30 tahun suatu tempoh yang cukup lama untuk dipijak dan dinafikan hak.
Kali ni, memang betul-betul Yaumul Ghadab (Hari Kemarahan). Orang bumi Kinanah ni dah tahan sabar lama dah. Bila tak terbendung lagi tertahan, maka 'letupan' sudah boleh diagak. Cuma tunggu masa dan ketika je.
Kepada rakan-rakan seikatan yang masih di Mesir, sama ada pelajar mahupun rakan-rakan se-Jordan yang masih terkandas selepas cuti, be patience. Anggap ni satu ujian, bukan penyeksaan. Inilah cabaran nak kutip secebis ilmu kat tempat asing. Kami di Jordan sedia je nak tolong korang.
Rakyat Mesir yang berjuang menuntut pembelaan, teruskan, hingga yang hak kembali ke tempatnya, yang batil disemadi selamanya. Cucu-cicit Hasan Banna, teruskan bersatu tentang kezaliman. Aku dapat lihat semangat tu.
Uncle Mubarak dan si pengecut-pengecut pulak, serahkanlah 'kerusi' tu pada yang selayaknya. Bukan kat situ lagi tempat korang nak bersemayam, menelan titik peluh rakyat yang dah sekian lama terjerat.
Uncle Sam, Yahudi, dan seangkatannya, jangan nak sibuk-sibuk urusan dalam kain orang lain. Urusan kain anda pun belum tentu dah setel. Tak payah nak tunjuk hebat. Kebinatangan anda ah punca semua ni. Tak payah nak offer khidmat polis dunia, sebab diri korang sendiri pun terjaga.
Pak-pak Arab, pemerintah jiran-jiran Mesir yang rasa-rasa pernah buat jenayah serupa, maka berjaga-jaga. Mungkin giliran anda seterusnya. Domino effect ni takde direction, sebab tidak semestinya 'blok domino' tu jatuh bertimpa-timpa. Tak ikut turutan pun apa salahnya?
p/s: betul, aku tak rasa apa yang pelajar Malaysia kat sana rasa, tapi aku cuba untuk merasa apa yang mereka rasa.
Wallahua3lam.
No comments:
Post a Comment