Monday, January 24, 2011

Hasil mahsul ronggengan

Assalamualaikum.

Wah, baru beberapa hari lepas aku balik daripada bertandang ke tempat orang (aku pernah cakap kat previous post). Agak lambat meng-update blog sebab segala otot kaki aku 'mengamuk', penyakit hyper-malas-otrophy yg bertambah teruk, tambah nak ngecas tenaga lagi, memang ambik masa.

Aku pergi 3 tempat je. Ya, tak banyak, tapi puas. Pantai Aqabah, Wadi Rum, Petra. Serius, first time aku lalu Desert Highway, memanaskan punggung dengan suhu atas sikit daripada suhu badan sepanjang nak dekat 6 jam perjalanan naik bas. Subhanallah, cantik ah view highway tu, dah macam Grand Canyon, sebatang pokok pun takde. Memang class.

Pantai Aqabah.
Macam biasa ah, pergi pantai takkan nak buat pembedahan pulak kan? Mesti ah piknik, jalan sana sini, kocak-kocak air laut, sepak-sepak pasir, bergurau senda (macam drama-drama Melayu yang tipikal tu...), main bola, snorkeling, naik bot, ambik gambar, posing, ambik angin..bla..bla..

Aqabah ni dalam Mudiriah (Daerah) Ma'an. Yang aku respek pasal bandar ni ialah mata aku agak selesa memandang jalan raya sebab se-atom sampah pun memang susah nak jumpa. Orang-orang dia pun baik-baik, takde pulak aku dengar ayat hikmat "ni hao" bergema kat telinga aku. Agaknya dah selalu terima tourists, sebab tu mereka tak batak sangat jumpa orang asing, pulak tu siap offer help lagi. Ramah pulak tu.
Aqabah ni jugak sebenarnya bandar pelabuhan dan bersempadan dengan negara haram Israel tu. Dah dekat sangat dah, boleh nampak lagi dari pantai. Klau nak pergi Mesir pun boleh ikut Aqabah, tapi kena naik feri ah.
lumut pantai






before lawan bola pantai
Wadi Rum
Tempat ni dikatakan pernah didiami puak Nabatean. Terletak kat tengah-tengah gurun yang takde orang, temapt ni memang luas. Ada orang kata Wadi Rum ni satu-satunya tempat kat dunia ni yang sebijik macam kat planet Marikh. Tak taulah sahih ke tak. Kami pergi kat kawasan gunung tu naik trak yang dipandu secara melulu oleh pakcik Arab. Kalau jatuh dari trak tu aku tak taulah. Sejuk, best, kagum, penat tergabung menjadi umami. Sempat pulak tu kami tengok sunset dalam keadaan yang sejuk, yang cukup buat aku menggeletar entah berapa frekuensi vibration-nya.

Nak tau lagi pasal Wadi Rum, maka manfaatkanlah Encik Google dan Puan Yahoo anda. Harap maklum.








Petra
Petra ni salah satu daripada 7 keajaiban dunia lepas polling oleh masyarakat dunia pada 7 Julai 2007. Aku ingat lagi time tu, kakak aku yang tunjuk pasal berita polling tu kat akhbar. Sebenarnya da lama dah (1985 kalau tak silap), Petra ni UNESCO ambik buat anak dia sebagai warisan dunia. Tempat ni memang luas. Pulak tu aku dengan beberapa kawan lagi jalan kaki (punca kaki aku lenguh sampai hari ni) walaupun kuda, keldai, baghal, unta disediakan. Bukan apa, kami kesian kat kuda-kuda tu nak bawak kami yang berat ni, tak sanggup tengok dia menderita..haha (sebenarnya tak nak keluar duit). Memang hari tu kami buat kerja gila, naik turun gunung dengan kudrat dua belah kaki dan perut yang belum sarapan. Mana ah aku tau gunung tu tinggi macam tu sekali. Tapi kalau pakai kaki pun ok jugak  sebab aku boleh berhenti kejap kalau penat, snap gambar sambil duduk-duduk kat tepi jurang dan gaung yang memang agak tinggi dan menyeramkan, ditambah pulak dengan aroma tinja keldai yang masih fresh dan basah..fuh..memang best. Sampai kat satu point, kami terserempak member-member yang naik keldai dah nak turun balik dah sedangkan kami baru separuh jalan.

"Apsal korang tak naik keldai??"

"La..ingatkan korang pun tak naik jugak, sebab tu aku tak naik!"


The main attraction kat Petra ni mestilah Al-Khazneh (The Treasury), ukiran yang dipahat pada gunung tu yang terkemas dan tercantik. Tempat ni pernah jadi set penggambaran citer Transformers 2 dan Indiana Jones tak lama dulu. Ajaib. Macam manalah orang dulu-dulu boleh ukir gunung, tepat lagi berseni pulak tu ukuran dia. Subhanallah.














Rasa beruntung bila Allah bagi aku peluang nak kenal dunia melalui pengalaman dan sejarah silam. Alhamdulillah.


Wallahua3lam.

p/s: tahniah kepada Dalek, Amal, Azwan, Amru, Acap, Nyat dan aku juga sebab berjaya naik dan turun gunung tu dengan kaki.

3 comments:

  1. sebenier takde ke? hehe

    ReplyDelete
  2. ma makna "Ada orang kata Wadi Rum ni satu-satunya tempat kat dunia ni yang sebijik macam kat planet Marikh"?

    er tak pernah sampai marikh lg :p

    ReplyDelete
  3. mida: cit. ak lupe nk bwk blek coral dr aqabah utk ko..haha

    harishah: marikh kn ade gunung2, gaung2 mcm kt wadi rum tu. pulak tu gunung2 kt wadi rum tu kaler merah mcm kt marikh, sbbb tu org ckp kwsan tu mcm kt sne.

    ReplyDelete

siapakah?

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
sk taman daya (99~04). smka johor bahru (05~09). intec shah alam (mei~ogos 2010). jordan university of science and techno (2010~2016). "fastaqim kama umirta"