Wednesday, January 12, 2011

Mata kita tak pernah tidur rupanya.

Assalamualaikum.


Berat jugak isu ni. Susah sel neuron nak kasi pikir, apalagi mentafsir. Kredit pada Abe Naim dan Abe Kamal, selaku pencetus kepeningan ini. Ngeh-ngeh-ngeh (ketawa orang-orang ada jati diri). Circle PINTAR yang kejap, tapi masyuk, walaupun aku dengan Khidir datang lambat setengah jam sebab pergi melantak nasi beriyani lepas Isyak. Lapar kot, dari pagi perut aku dah main siri-siri lagu underground mintak dituang minyak. Nak jawab exam pun macam tak selesa. Alhamdulilah, exam setel (sambil mengesat-ngesat tangan seolah-olah baru lepas main pasir).


"Sebenarnya mata kita ni tutup ke bukak?" Ah sudah. Abe Naim mula buat provokasi dah.


Aku tau kalau soalan tu kena kat kau, mesti kau jawab:


"Apa kemendelah abe ni, bagi le soalan mencabor sikit. Tanyalah macam mana Albert Enstein mati ke, apa pharmacokinetic ubat phenytoin ke, siapa orang paling gemuk kat dunia ke..Ni bagi soalan budak tadika yang minum susu botol.."


Unik seh soalan ni. Hatta maka berfalsafahlah Abe Naim dengan untaian kata hikmat penuh keramat, menjunjung penuh kata pujangga silam... (pehal tiba-tiba aku berhikayat pulak ni?)


Ya, mata kita sentiasa bukak. 24 jam sehari. 


1) Kalau kita jaga, sah-sahlah mata kita bukak terbeliak, betul tak? Tengok itu, tengok ini. Nampak benda elok, nampak benda tak elok. Main kenyit-kenyit, main kelip-kelip, dan sebagainya. Part badan mana yang kontrol tu? Ya, otak kita, atau nenek aku sebut selalu sebagai occipital lobe of brain. 


2) Ada jugak kes orang yang jaga tapi seolah-olah tak jaga, sebab fikiran dia entah berjoget ke mana. Semua orang aku sure pernah rasa benda ni, tak payah nak tipu. Time kelas, nampak lecturer macam nampak pokok. Nampak member macam nampak kebab. Badan membatu dalam dewan, tapi sebenarnya teringat bau syawarma kat kedai. Mata tengok buku, tapi kalau bagi pelempang dengan tangan yang bersudut 60 darjah pun belum tentu dia rasa sakit. Ataupun, sebenarnya kita dah ada kat Mahsyar, cuma fikiran kita masih di dunia??


3) Lagi satu kes, bila kita berjaga dalam lena. Mimpi. Tu yang mimpi macam-macam, nampak hantu itu ini, nampak Dalik, nampak bla..bla.. sebab mata kita sebenarnya masih 'terjaga'. Lagi sekali, apa yang kontrol? Ya, otak kita.


Konklusinya mata kita memang berjaga 24 jam. Yang kontrol tu semua adalah otak kita, aset berharga yang Tuhan dah bagi siap-siap, elok letaknya kat kepala, bukan kat patella dan condyle lutut. Tapi, otak tak berfungsi sendiri, mesti ada sesuatu yang menggerakkannya. Ya, Allah yang menguasai otak kita, setiap pergerakan, tutur kata, lenggok gaya, rupa, semua kat bawah penguasaanNya. Subhanallah.


Lalu, tak segan ke kita kalau salah guna semua deria, yang letaknya di bawah penguasaan Yang Esa?


Anda jawab.


Wallahua3lam.




yucks! huduh benar mata lagu ni..
p/s: sedap giler kek coklat yang Khidir buat, spesial for PINTAR malam ni. keh3.
p/s/s: aku macam ada terbau-bau aroma kebosanan cuti sem ni. Arghh!!!
p/s/s/s: arigatok Abe Naim nge Abe Kamal sebab kasi pinje buku, len kali buleh doh kawe pinjam lagi..haha

2 comments:

  1. naz perlu berkahwen lebih awal bg menundukkan pandangan beliau..

    ReplyDelete
  2. the last picture scared me! hehe...
    in case of bored:
    - http://www.youtube.com/user/paradiseewood
    - http://www.youtube.com/user/laguuntukmu

    nice introduction to our next subjects. you are great man! :)

    ReplyDelete

siapakah?

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
sk taman daya (99~04). smka johor bahru (05~09). intec shah alam (mei~ogos 2010). jordan university of science and techno (2010~2016). "fastaqim kama umirta"