Thursday, February 3, 2011

selamat pulang kawan-kawan mesir

Assalamualaikum


Alhamdulillah. Hari ni, kerajaan dah start proses nk angkut balik rakyat Malaysia kat Mesir. Ramai akan ke Jeddah dulu, then baru balik ke Malaysia dengan apa cara sekalipun. Macam-macam cara, kapal tentera ada, flight ada. Member-member kat sana pun dah makin galak online aku tengok sejak-sejak duduk kat Malaysian Hall ni. Yelah, dah seminggu kot tak boleh nak kontek mak ayah yang tengah risau.




Ada sorang member aku ni cakap, berita yang sampai kat kita 'lebat' sangat, tu yang mak ayah risau tu. Words speaks louder than actions. Memang diorang terperangkap, tak boleh keluar, takut segala. Tapi takdelah sampai kena rogol. Yang kena tembak tu pun kena peluru getah je.

"Makanan cukup tak?". Aku tanya sebab kalau takde makanan, memang payah ah.

Dengan selamba, dia jawab:

"Cukupla makanan. Entah, aku rasa time macam ni lagi banyak makanan ade ah..."

Alhamdulillah semua selamat. Semoga korang semua selamat tiba di Malaysia, bawa perkhabaran dari Mesir. Boleh cerita kat sepupu-sepapat, cucu-cicit segala sambil tunggu nyonya seberang rumah bagi angpau.


p/s: banyak universiti Mesir dah umum cuti, ada yang sampai setahun. Wah!
p/s/s: dah takde ibu-bapa yang nak marah-marah guna emel kat Buletin Utama sebab kerajaan lambat hantar bantuan? senyap terus nampak~
p/s/s: ok, minggu depan sekolah bukak balik.



Wallahua3lam.



1 comment:

  1. crita cuti setahun tu x trgolong dlm cerita2 yg 'lebat' ka?
    haha

    ReplyDelete

siapakah?

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
sk taman daya (99~04). smka johor bahru (05~09). intec shah alam (mei~ogos 2010). jordan university of science and techno (2010~2016). "fastaqim kama umirta"