Thursday, May 5, 2011

acetabulum

Assalamualaikum


Kalau anda rasa ngantuk, boleh amalkan meminum kopi yang dibeli kat kafe JUST, murah je harga dia, 15 girish dah boleh dapat secawan. Pastikan anda pakai cawan kertas yang ada tulis 'Dalmatyr' (rasanyalah) sebab anda akan feeling meminum kopi tersebut sambil menikmati burung-burung berkicauan membelah awan, bau udara segar berhembus-hembusan...

Stop.

Hampeh, intro takde kaitan. Abaikan. Mungkin aku tengah kemaruk kopi kat kafe, sebab tu jadi angau macam tu. Sekian.

Petang tadi ada exam. Anatomy Lab. Alhamdulillah, selesai.

Exam yang pada dasarnya boleh dikatakan simple, tapi atas kecuaian serta kerabunan dan kekeliruan, ia boleh jadi sesuatu yang membuatkan aku rasa noob (ouh, ayat apa ni?). Exam paling best pernah aku ambil, exam paling kejap pernah aku rasa, exam pertama dalam hidup yang aku tak duduk atas kerusi langsung, exam pertama pakai labcoat, exam pertama yang pakai buzer..bla..bla.. Bak kata sorang kawan aku, exam kali ni macam sukaneka dan ayat ni jugak yang membuat aku rasa macam nak ketawa guling-guling sampai depan kedai Simsimah. Ok, takde kaitan. Sekali lagi, abaikan.

Exam ni ala-ala OSCE, tapi lagi kejap kot. Ada 15 stesen yang menuntut kau untuk  menjawab dua soalan kat setiap stesen, dalam masa 30 saat. Wow! Sempat jugak aku usha orang lain yang dah masuk lagi awal, cantik je flow dia, bila masing-masing pusing dari satu stesen ke satu stesen.

Maka, lepas beratur untuk beberapa minit kat luar bilik exam, sampai turn aku untuk masuk. Lepas daftar nama, terus Dr Haidari suruh aku pergi stesen pertama. Bila memikrkan 30 saat bukanlah satu jangka masa yang panjang untuk tulis dua nama yang berbelit, aku abaikan niat suci lagi murni untuk tulis jawapan dengan tulisan paling lawa pernah aku buat. Memang tak sempatlah kalau nak tulis cantik macam font ni.

Masuk stesen satu..

1: External occipital protuberance
2: Mandibular fossa

Habis 30 saat, kedengaran kat hujung bilik ada suara instructor dan bunyi buzer...

TINGTING! Yallah! (Move!)

Agak comel suara tu, tapi aku tak sempat tengok siapakah beliau memandangkan aku pun tengah bergelut dengan kecuakan.

Sampai je kat stesen empat, aku nampak ade satu tag bernombor yang tunjuk kat salah satu muscle tangan. Aku dah start kalut sebab tag tu bernombor LAPAN! Habis, mana nombor tujuh?? Kalau ikutkan, dekat stesen empat nilah sepatutnya ada tag nombor tujuh. Aku belek-belek model tangan tu nak cari tag tujuh (sebenarnya tak bole sentuh setiap model, tengok je boleh). Tiada!

TINGTING!

Masa kat stesen tu dah abes. Argh! Macam mana ni? Aku biar kosong soalan nombor tujuh, terus pergi stesen lima. Haih.

Habis je stesen lima belas, maka aku pun guna teknik membantai dengan meletakkan nama muscle yang terlintas time tu kat soalan tujuh. Terus hantar kertas jawapan. Keluar.

Kat luar, bila tanya kanak-kanak lain yang dah habis, baru aku sedar yang aku sebenarnya tertipu. Agak tricky di situ. Model dengan tag tujuh sebenarnya memang wujud! Tapi aku tak perasan sebab model tu adalah hipbone yang putih bersih dengan tag putih, letaknya atas meja warna putih, betul-betul sebelah dinding warna putih.

Argh! Tidak!!!

tag tujuh tu adalah ACETABULUM rupanya! Waaa~

lubang bulat kat depan tu lah acetabulum~
Pesanan khidmat masyarakat: Jangan kalut dan jangan tertipu serta diselubungi misteri.

Sekian.


Wallaua3lam.

p/s: tangan berpeluh, pen buat hal, memang menambah nervous. Heh.











No comments:

Post a Comment

siapakah?

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
sk taman daya (99~04). smka johor bahru (05~09). intec shah alam (mei~ogos 2010). jordan university of science and techno (2010~2016). "fastaqim kama umirta"