Sunday, May 8, 2011

hari ibu: semalam, hari ni, esok dan selamanya

Assalamualaikum


Dua tiga hari ni, ramai taiko-taiko fesbuk dengan pantas menggambarprofilkan gambar mak memasing sempena hari ibu. Wah, hari ibu datang lagi. Buat kesekian kalinya, aku tak sambut hari ibu kat rumah macam tahun-tahun lepas. Agak terkilan di situ ye. Haha.

Imbau balik masa zaman main tengteng dulu, kami adik-beradik selalu buat wishcards untuk mak masa hari ibu. Kalau hari bapa pulak, turn ayah pulak untuk dapat wishcards. Malam sebelumnya, kitorang design kad memasing dengan mengapikasikan skills hebat Pendidikan Seni yang selalu dapat pujian cikgu sekolah rendah. Ok, aku tipu. Aku noob bab-bab kaler-mengkaler, anyam-menganyam ni. Kakak dengan adik aku power lah. Selalunya kad akulah yang paling buruk.

Esoknya, kami bagi kad tu kat mak dengan ayah.

"Selamat Hari Ibu mak..."

Sampai sekarang, aku yakin mak still simpan lagi kad-kad cantik yang kakak dan adik aku buat, serta barang buruk yang aku buat. Kenangan.

Kadang-kadang seronok jugak bila melayang-layang, ingat balik zaman purbakala.

Tapi sekarang, walaupun aku dah tak buat kad, rasa sayang kat mak dan ayah tu masih kekal sama. Skype pun Skype-lah, janji aku tak lupa nak wish kat mak.

Sebenarnya, sepanjang hari dalam hidup seorang manusia tu adalah hari ibu dan bapanya. Bukan hanya tertakluk pada suatu hari tertentu. Kalau ikut konsep jumud tu, maksudnya kita hargai mak dan ayah satu hari je ah dalam setahun? Esok lusa dah boleh lupakankah? Cenggitu?

Wow~ Romantik seh couple nih..Keh3

Buat mak, Rusidah Mohd Dan, ayah sekali, Seleman Hj Ismail, Selamat Hari Ibu Bapa, segar lagi fresh dari Jordan. Semoga panjang umur, murah rezeki, berbahagia selalu, hidup diberkati selamanya. Sayang mak dengan ayah...

Ni je hadiah yang ade. Haha.



Wallahua3lam.

1 comment:

  1. aq 150% setuju dengan pe yang ko mention kat atas tu.. we should treat our parents preciously every single day.. bukan bila tiba hari tertentu saja.. and, i like your mother's day present.. it's the best present a parent can ask 0^_^00^_^0

    ReplyDelete

siapakah?

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
sk taman daya (99~04). smka johor bahru (05~09). intec shah alam (mei~ogos 2010). jordan university of science and techno (2010~2016). "fastaqim kama umirta"