Wednesday, January 11, 2012

pastries by dummies

Assalamualaikum

Memasuki hari Rabu, saya semakin terlupa hari ini hari apa. Belum seminggu bercuti, sindrom 'lupa hari' dah bermula. Saya tidak sedar akan itu sehinggalah seorang rakan yang datang melepak bertanya tentang hari. Kalau ada kelas, saya selalunya mengingat hari melalui subjek-subjek yang akan saya hadiri pada hari tersebut. Tapi kalau waktu cuti macam sekarang, tiada kelas, dan terasa setiap hari sama (baca: bosan) saja. Hampeh.


Maka, kebosanan lebih bagus kalau dirawat dengan sesuatu. Inilah rawatan kebosanan: masak dan makan!

Pai epal. Berguru dengan Encik Gugle. Karya saya.


Kek keju.
Tunjuk ajar rakan akhawat. Karya rakan serumah saya.

Kalau hari biasa, jangan harap benda-benda macam ni terhasil. Cuti-cuti macam ni barulah ade kesempatan nak buat dan makan benda bukan-bukan (baca: rare). Sementara menunggu tarikh untuk bercuti ke Eropah kononnya. Esok lusa, planning kuih buah melaka pulak. Ceh.


p/s: banyak benda perlu dibuat dalam masa yang singkat.


Jazakallah khairan jaza.

1 comment:

siapakah?

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
sk taman daya (99~04). smka johor bahru (05~09). intec shah alam (mei~ogos 2010). jordan university of science and techno (2010~2016). "fastaqim kama umirta"