Wednesday, January 11, 2012

damba salji

Assalamualaikum


Mengharap salji
Menyelimut bumi
Juga tiupan angin
Meniup dingin


Tapi
Alangkah lebih elok lagi
Jika pengharapan
Hanyalah pada Yang Tertinggi?




Dua tiga hari ni mungkin hari yang paling kerap Irbidians melihat langit. Termasuklah aku. Kejap-kejap tengok langit. Kejap-kejap tengok langit. Melihat langit mendung musim sejuk, yang selalunya menabur bumi dengan air rahmat. Harapan makin menggunung untuk melihat hujan yang turun bukan dalam bentuk cecair, tetapi butir-butir putih halus yang lembut dan ringan. Salji!!


Ramalan cuaca terkini menyebut salji akan turun di Amman dan beberapa tempat yang lain. Wah, satu berita baik! Tapi, ramalan tetap ramalan, kerana semua ketentuan tetap milik Tuhan. Turun hujan di bumi gersang pun sudah cukup baik, apatah lagi kalau bersalji. Satu nikmat yang jarang-jarang kita syukuri. Alhamdulillah.


Jazakallah khairan jaza.

No comments:

Post a Comment

siapakah?

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
sk taman daya (99~04). smka johor bahru (05~09). intec shah alam (mei~ogos 2010). jordan university of science and techno (2010~2016). "fastaqim kama umirta"