Tuesday, March 20, 2012

bukan pra-matang

Assalamualaikum


Orang kata, pengalaman tu mematangkan. Orang katalah. Lebih kurang macam sapa melantak garam dulu, dialah yang tau rasa garam tu macam mana. Sebab lepas daripada peristiwa makan garam tulah, dia tau macam mana nak beza garam dan gula, masin atau pahit, garam tu dari gunung atau laut. Dah pro dan masyi. Dalam kata lain, matang. Matang melalui pengalaman. Analogi mudah, seorang fetus takkan pandai berjalan berlari kalau tak jatuh-jatuh dulu. Seorang budak kecik takkan tau kayu rotan tu berbisa kalau tak dihempuk sedas dua kat punggung, kasi birat, merah sana sini. 

Ada juga orang kata, mari mematangkan pengalaman. Macam mana tu? Mudah. Seorang budak mula belajar menulis ABC. Esok, dia belajar tulis perkataan. Lusa dia start buat ayat, up sikit jadi karangan. Minggu depan tiba-tiba berpuisi berpantun sampailah ke tahun depan, bila dia dah pandai berblog bagai (contohnyalah..). Pengalaman yang sama, tapi melalui proses kematangan yang semakin up dari satu level ke satu level, ala-ala main game.

Kerana tulah, setiap hari dimensi manusia perlu berbeza. Belajar sesuatu dari pada tanggungjawab. Dan aku pun sedang melaui proses yang sama. Tak lupa, kau juga. Hehe.

Menggalas kepercayaan yang tidak ringan, mungkin tidak berat dititip doa sahabat. Cuaknya!


p/s: pehal banyak analogi pasal budak ni?

Jazakumullah khairan jaza.

Friday, March 9, 2012

melihat tanglung alam

Assalamualaikum


Malam tadi baru aku perasan, bulan berwajah penuh lagi. Tengah malam, bila rasa mengantuk datang menyerang, aku petik suis lampu bilik. Gelap. Terus aku masuk dalam hiram, menggeletar kesejukan seminit dua sebelum segalanya bertambah selesa. Tiba-tiba perasan, langit macam cerah lau ternampak silau bulan mencapah, mengisi gelap alam. Cantik. Katil aku betul-betul sebelah tingkap, jadi bila dapat baring beralas lengan sambil melihat rembulan, berlatar langit tak berawan, rasa macam best. Seingat aku, kali terakhir aku baring macam ni masa join rakan-rakan se-batch buat BBQ kat Wadi Syuib, menghayati indah bulan malam raya haji yang lepas. Nyaman je. Subhanallah.



senyumlah bulan..
"Sampaikanlah rindu ini pada dia, dia, dan dia, yang melihat bulan terang yang sama"


Ini status FB seorang rakan yang aku cilok dengan kebenaran penggubah status. 


Andai bulan itu tersenyum, mari berkongsi senyuman itu. 
Andai ada bahagia menguntum, mari berkongsi kuntuman itu.


p/s: hujung minggu memang senang lapar ke?


jazakumullah khairan jaza.


Thursday, March 8, 2012

nafas: setiap sedutan membawa iman!


Assalamualaikum

Hari pertama modul Sistem Respirasi untuk semester ni dimulakan dengan keterlewatan ke kelas pagi akibat terpengsan lepas Subuh. Masih tersisa lagi kepeningan semalam, lepas membaham nota-nota Sistem Darah dan Limfa. Kalau ikut jadual yang baru dimuat turun semalam, kelas pagi tu cumalah Kelas Suai Kenal (baca: Introductory Course) sebelum disambung dengan Anatomi sebagai kelas terakhir. Firasat awal tentang kadar kehadiran yang aku kongsi bersama dengan member menjadi benar bila melihat dewan lengang. Intro je pun.


Kelas intro terasa lama. Satu, satu slaid bertukar. Laju je doktor yang mengajar bercerita tentang apa tu pernafasan, tujuan, objektif bla..bla..


Sehinggalah kat slaid terakhir, barulah rasa best, melihatkan ayat ni sebagai kandungan slaid. 




A125
Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman. ( Al-An'aam 6:125 )


Tak payah tunggu ada asthma, emphysema, COPD untuk tunggu dada terasa sempit. Nikmat terbesar yang Allah bagi, lebih daripada cukup sebenarnya untuk melapangkan dada. Cuma kadang-kadang, tentang nikmat ni, kita jarang untuk akur dan bersyukur.

Jazakumullah khairan jaza.

siapakah?

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
sk taman daya (99~04). smka johor bahru (05~09). intec shah alam (mei~ogos 2010). jordan university of science and techno (2010~2016). "fastaqim kama umirta"