Thursday, March 8, 2012

nafas: setiap sedutan membawa iman!


Assalamualaikum

Hari pertama modul Sistem Respirasi untuk semester ni dimulakan dengan keterlewatan ke kelas pagi akibat terpengsan lepas Subuh. Masih tersisa lagi kepeningan semalam, lepas membaham nota-nota Sistem Darah dan Limfa. Kalau ikut jadual yang baru dimuat turun semalam, kelas pagi tu cumalah Kelas Suai Kenal (baca: Introductory Course) sebelum disambung dengan Anatomi sebagai kelas terakhir. Firasat awal tentang kadar kehadiran yang aku kongsi bersama dengan member menjadi benar bila melihat dewan lengang. Intro je pun.


Kelas intro terasa lama. Satu, satu slaid bertukar. Laju je doktor yang mengajar bercerita tentang apa tu pernafasan, tujuan, objektif bla..bla..


Sehinggalah kat slaid terakhir, barulah rasa best, melihatkan ayat ni sebagai kandungan slaid. 




A125
Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman. ( Al-An'aam 6:125 )


Tak payah tunggu ada asthma, emphysema, COPD untuk tunggu dada terasa sempit. Nikmat terbesar yang Allah bagi, lebih daripada cukup sebenarnya untuk melapangkan dada. Cuma kadang-kadang, tentang nikmat ni, kita jarang untuk akur dan bersyukur.

Jazakumullah khairan jaza.

No comments:

Post a Comment

siapakah?

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
sk taman daya (99~04). smka johor bahru (05~09). intec shah alam (mei~ogos 2010). jordan university of science and techno (2010~2016). "fastaqim kama umirta"