Tuesday, August 3, 2010

bling bling malam INPRO

Khalas…Tamat sudah INPRO 2010. Part yang paling best mestilah malam kemuncaknya. Majlis yang dibuat kat Stadium Panasonic Seksyen 21 mula penuh dengan student INTEC sejak pukul 5 lagi. Tapi aku dengan budak2 kawad MEP lain mula gerak pukul 6. Saje datang lambat sikit..Hahaha…Lepas solat maghrib je, semua student yg masuk kawad mula siap2, pakai kostum diorang. Aku pun terpaksa jugakla berkejar2 pakai baju ala2 jaket yg budak perempuan dah siapkan. Huish, berpeluh. Cuba bayangkan, penganjur kasi setengah jam je untuk siap2. Aku tak tau la macam mane budak2 Jepun boleh sempat pakai kimono+yukata diorang. Kawad mula start pukul 8.30 gitu ah… MEP punya turn nombor 3. Malam tu, semua kontinjen bawak segala maskot, banner, entah apa2 lagi. Kontinjen Rusia masuk dulu dengan tema diorang “Toys and Dolls”. Hm, bole tahan jugak diorang kawad robot. Yang paling aku tertarik ialah maskot diorang, dua patung tradisional kanak2 Rusia (aku tak tau nama dia sebab panjang sangat). Second team yang masuk ialah kontinjen A-Level. Diorang bawak tema “Red Indian” . Masing2 bawak tombak ala2 orang asli. Ha…third team yg masuk…MEP!!!! Kami pun masuk dengan yakinnya..Haha. Kami bawa tema “Aladin”. Siap ada cerek gergasi lagi. Zack pulak jadi jin yang duduk dalam teko tu. Mantap ah Zack. Kau tetap smart walaupun aku tak tau betapa terseksanya ko terperap dalam teko tu lame2, dengan panasnya lagi dok bawah tu…Aku tak tau macam mana view dari spectators’ seats sebab aku pun ade kat bawah kan…Kami present  tarian Armenia sikit campur Hakka versi Arab. Aku sebenarnya tak berapa suka ide tu sebab tu idea tahun lepas!!! Tapi nak buat macam mana, dah ketua komanden orang lain…Dengar je la. Rupanya bukan aku sorang  je yang perasan pasal idea lama tu, budak2  yang buat Hakka tu pun perasan jugak. Sampai ade senior yg komen: “Ni konsep tahun lepas!”
 Hm, ikut je la labu….
The next kontinjen…ADFP (American). Aku tak berapa sure konsep diorang sebenarnya. Just buat tarian diketuai Lady Gaga…Hahaha…Mana diorang dapat idea Lady Gaga tu ha??? Yang penting aku tak berapa suka ah dengan ‘Lady Gaga’ tu pasal dia sebenarnya lelaki! Ta’abaaan…Ana ma baHib miyyeh bil miyyeh! Lepas tu masuk pulak budak AUSMAT (Australian Matriculation). Gempak jugak….Thumbs up!! Mereka bawa tema “Zombies’ Hunger for Excellency”. Kawad ala2 zombie. Maskot diorang tak lain tak bukan burung kiwi dengan Tasmanian Devil. Cantik jugak baju bertulang yang diorang pakai. Siap ade keranda lagi untuk gimik zombie hidup kembali.
Next, KTJ (Jepun). Mereka buat tarian Soran Bushi dan Bon Odori. Sedap ah lagu Soran Bushi tu. Maskot diorang Geisha. Mana dapat entah kimono dengan yukata  tu. Tapi smart jugak ah tarian diorang. Cantik. Auna de satu tarian tu diorang gune lagu Ayumi Hamasaki pulak tu.
Masuk pulak budak2 Korea…macam biasa, ade Hanbok, baju tradisonal Korea. Ade jugak gendang2 yang diorang bawak. Diorang buat tarian jugak guna kompilasi lagu2 Korea. Meriah habis! Yang budak2 Jerman pulak aku tak pasti diorang bawak tema ape, cuma yg aku nampak diorang pakai gaun labuh Jerman.


Finally, at the end of the occasion, result pun diumumkan sebijik seperti berikut:
Kawad:  1) Kumpulan Teknikal Jepun (diorang pun terkejut, bangga sensei diorang.                         Arigato!)
              2) Australian Matriculation dengan zombie2nya
              3) Middle East Programme (kami la tu!)

Keseluruhan:   1) A-Level
                      2) Australian Matriculation
                      3) Middle East Programme
Alhamdulillah. Apa2 pun keputusannya, yang penting semangat MEPiyyah yg terjalin berkekalanlah hendaknya. Aku bangga jadi sebahagian dari MEP sebab semangat kerjasama yg tinggi. Student2  n lecturer program2 lain banyak yg salute kat student2 MEP. Terima kasih kawan2, syabab2, akhowat, lecturer, penyelaras n semua student MEP. Mabruk MEP! Mabruk Jorgypt!

No comments:

Post a Comment

siapakah?

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
sk taman daya (99~04). smka johor bahru (05~09). intec shah alam (mei~ogos 2010). jordan university of science and techno (2010~2016). "fastaqim kama umirta"