Wednesday, August 25, 2010

sayonara INTEC...

Hari ini, kembaraku dan rakan–rakan di bumi INTEC sampai ke penghujungnya. Bila habis je exam Chemistry, ramai dah mula bersorak-sorai. Seronok. Tapi aku kecut pulak bila dengar ada result yang dah keluar. Hm...macam manalah result aku. Part yang paling meriah bila ambik gambar reramai, wah, seronoknya. Yang pasti kolej lepas ni akan beransur-ansur sunyi sebab budak-budak ni da h mula nak gerak. Ada yang dah mula packing nak balik, dah buat clearance. Ramai yang start plan nak cari housemate kat Jordan, nak belajar masaklah, nak buat kenduri.... Aku pun ada plan aku jugak. Nak jumpa kawan-kawan lama, nak belajar masak, nak tu nak ni... Lepas ni aku dah bukan student INTEC lagi. Rasa syahdu pulak. Banyak lagi benda yang aku belum buat kat kolej ni. Kolej Akasia aku belum ronda lagi, boling kat Ole-Ole aku belum pernah cuba, makanan kat kafe belum habis try. Yang paling seronok mestilah pengalaman berbuka puasa kat bawah pohon cemara ramai-ramai sambil ambil angin petang...Pergh!!!! Lagi satu aku rasa untung sangat dapat ta’aruf dengan kawan dari seluruh pelusuk Malaysia ni. Dengaq dan belajaq loghat-loghat depa. Kepada member-member kelas MEJ1, terima kasih bebanyak sebab bagi kenangan indah kat INTEC ni.(ceh). Aku tak boleh lupa yang kita pernah sama-sama gelak terbahak-bahak, saling kutuk-mengutuk (keji betul!), makan minum sama-sama.  Lagi satu yang aku tak tersangka, akhowat kelas aku ni boleh tahan gila jugak rupanya. Dulu masa baru-baru masuk nak tegur pun takut, yalah, semua jenis-jenis ‘nasyid’ kan... Tapi rupa-rupanya...
Sedikit sebanyak tentang budak kelas aku yang tak boleh nak lupa. Ammar yang sibuk dengan segala perkara tahyul dan mistiknya (peminat fanatik cerita seram), Amir dengan loghat Ganu yang sunnguh pekat dan tak tercair-cair, Zaper a.k.a Boss, our brainy professor and topap retailer, Harith yang sibuk bernasyid, Nuar and Berg, si belangkas, Moon, gadis Kelate yang kelakar, tambah pula denagn sekutunya, Yanyan and Raz. Dengarnya mereka nak tubuhkan kelab minah-minah Kelate. Lagi Cik Nab yang ade kamera facebook ter’canggih’, Wiah yang saiznya agak ‘mikro’ dan selalu kena sakat dengan budak lelaki. Tak lupa kawan-kawan lain yang selalu buat lawak antarabangsa sampai rosak kotak ketawa aku dibuatnya. Lagi kenangan denagn lecture-lecture. Sir Ishak Yang Hebat, pensyarah Biologi yang memang hebat dengan segala lawak Senarionya, Sir Fadh, orang Johor yang komited dan selalu bagi tazkirah sebelum start bagi lecture, Ustazah Nabila yang kami anggap sebagai kakak, Ustazah Fatahiyah, adik pendakwah terkenal, Usatazah Bahiyah, yang begitu komited layan karenah budak-budak MEP, Ustaz Muammar, pensyarah Arab yang tak pernah kering dengan lawak selamba dan ramai lagi lecturer yang lain. Wah..banyaknya kenangan. Tak sia-sia aku merantau jauh dari Johor, banyak pengalaman aku dapat, belajar jadi dewasa dan mendewasakan diri. Lepas ni aku sure kita semua mesti rindu kat tempat dan suasana ni, library INTEC yang terkenal dengan suhu melampau di bawah tahap beku tu, pasar malam happening, pakcik bas yang berkarisma, makcik guard yang selalu menyaman student....Macam-macam lagilah!
Sebenarnya, penghujung sesuatu adalah permulaan kepada sesuatu yang lain, “ The end point is actually the beginning of another,” nenek aku cakap. Tak lama lagi , kita akan mulakan kembara baru ke bumi anbiya’, bumi barakah. Sama-sama nak kaut ilmu Allah. Bukan aku je, bukan kau je, tapi kita semua. Harap-harap connection yang kita buat kat Malysia istiqamahlah hendaknya kat negara orang nanti walaupun ada yang masuk fakulti lain (pergigian). Sama-sama doakan kejayaan kita. Apa-apa pun, jumpa lagi kat Jordan, jumpa lagi kat JUST nanti. Kalau ada sesiapa yang rasa-rasa nak start pecah tanah untuk buat baitul muslim tu, ehem..ehem..layang-layangkanlah kad ye. Hahaha... Harith ado jemput mari rumoh dio kat Kelate nun, dio ghoyak kenduri. Insya Allah, kalo mok ayoh aku bagi lampu ijo, aku mari. Sapo lagi nok join aku???  Hahahahaha.......
My business partner, tenkiu: Munmun, Yanyan@Zeli, Raz, Acap, Azwan@An-an, Ammar Baba Fein, Berg, Nuar@K.A, Tasnim, Husna@Mama, Adila, Izzat, Izzati, Tiqah, Falahin, Cik Nab Kuih, Amir@Mirmir, Harith, Izham, Weewee, Zaper@Big Boss.




come on MEP!!!

No comments:

Post a Comment

siapakah?

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
sk taman daya (99~04). smka johor bahru (05~09). intec shah alam (mei~ogos 2010). jordan university of science and techno (2010~2016). "fastaqim kama umirta"