Tuesday, September 21, 2010

away in jordan...

Akhiran wasolat lal Urdun. Pukul 10.30 pagi, kami tiba di Queen Alia International Airport, Amman. Ras teruja dapat pijak bumi anbiya. Dengan suhu sekitar 23 C, jelas ketara perbezaan dengan cuaca di Malaysia. Memandangkan Jordan ketika ini berada di penghujung musim luruh yang tak berapa nak luruh, angin yang bertiup amat nyaman dan boleh tahan sejuk walaupun matahari sedang memancar terik. Dari lapangan terbang, kami menaiki bas universiti untuk ke Irbid, lebih kurang 70km ke utara Amman. Aku cuba menyesuaikan diri dengan pelbagai perkara. Contohnya, kalau nak lintas jalan, sila lihat ke kiri terlebih dahulu ye, sebab orang2 kat sini bawak kereta belah kiri..haha. Pedih2 mata dan bibir pecah tu dah biasa dah. Dalam pejalanan ke Irbid, kami dijamu view yang takkan jumpa kat Malaysia. Dari ladang zaitun yang luas sampailah gerombolan biri2 yang digembala, memang buat aku kejakunan ah.. Sampai di Irbid, kami berpecah, tumpang rumah2 senior dulu sebab rumah sewa kami belum bersedia untuk diisi. Malam tu jugak, aku dah try pergi kedai. Memang gempak suasana kat pekan ni. Macam2 kedai ada, kau cari je ape, semua ade. Lagi satu, kedai2 kat sini mostly mengamalkan specialty. Kalu kedai aiskrim, memang semua benda dalam kedai tu aiskrim. Macam tu jugaklah dengan kedai coklat, kedai peralatan syisya, kedai daging, dll. Kalau nak cari pemakan, banyak je kedai makan kat sini. Makanan first aku try, beriyani Arab yang berkesudahan degan hampir separuh nasi dalam pinggan tu aku tak habis makan sebab kuantitinya seolah-olah untuk dua orang makan. Banyak giler. Tapi murah, 2 Dinar je. Syawarma pun ok jugak. Daging cincang yang dibalut dengan roti lebar, makan dengan sayur dan lada Benggala. Pun banyak jugak, tapi aku paksa jugak telan semua. Memang kenyang sampai ke petang. Fuh! Tapi yang aku lemah, kebanyakan makanan ni diorang hidang dengan sos tomato je. Tak pedas langsung! Ahh!!! Sandwich falafel sedap jugak. Simple je makanan dia, macam snek ah. Tapi kena pandai cari yang murah. Falafel ni ah makanan pertama yang aku beli sorang2, tak berteman macam selalu. Saje, nak enhance aku punya Arabic skill. Cakap pasal komunikasi ni, memang aku rasa benda paling penting kalau nak hidup kat sini. Benda ni aku rasa bertitik tolak daripada peristiwa aku dengan member2 nak beli SIM kad. Ambil masa nak dekat setengah jam, padahal beli SIM je. Haha. Sejak peristiwa tu, kami pun cuba tambah keyakinan diri untuk communicate dalam Arab, walaupun grammar entah ke mana. Entahlah, masing2 tiba2 rasa excited pulak nak cakap Arab. Kalu kat INTEC dulu, haramlah. Tak kisahlah, asalkan diorang faham. Yang bestnya, orang Arab ni hormat kita sebagai non-native speaker. Setakat ni takde pulak diorang kutuk2. Ketawakan aku bila ku salah cakap. Diorang betulakan lagi adalah. Peniaga2 kat sini jugak ade yang try nak cakap Melayu. Even budak2 kecik pun pandai sapa kitorang:

“Ya Malizi, salam sejahtera. Apa khabar?”

Kitorang pun reply: “Khabar baik. Alhamdulillah, maliih.”

Kalau nak jumpa student2 Melayu, senang je, pergi masjid. Memang berlambak. Dari pensyarah universiti sampailah orang awam, semua solat kat masjid Universiti Yarmouk. Susah nak jumpa kat Malaysia masjid yang penuh time solat subuh. Kalau nak praktis bahasa Arab pun, pergi masjid. Kadang2 ade je orang2 Arab yang akan sapa kita, tanya khabar, belajar kat mana. Kalau diorang bawak anak lagi bagus, sebab budak2 kecik ni friendly (ikut jugaklah, kalau yang gengster tu janganlah). Ha, tak caye ade gangster kat sini? Pernah je aku dengan kawan aku jalan2, tiba2 ade sekumpulan budak ni datang serbu, bebel2 dalam Arab. Baju yang diorang pakai pun entah apa2 entah. Siap bawak rokok lagi. Lepas tu tanya aku:

“Enta tadkhiin?” (awak merokok tak?)

Nak ajak aku merokok ke? Bila aku tanya nama, Muhammad. Kat sini jugak, tak sah kalau tak dengar bunyi hon...kat traffic light. Memang jenis tak penyabar. Kau tunggu je la lampu tu hijau, ini tidak, asyik hon je memanjang, bukan kereta depan tu boleh gerak pun sebab merah lagi. Pak-pak Arab ni kaya ye, kereta diorang semua jenis2 import. Even kereta polis pun jenis Audi. Pergh! Sekali je aku naapak kereta Proton Gen-2 kat sini. Orang Arab kat sini memang cantik, hemsem. Diorang makan ape entah boleh jadi macam tu. Kalau kat Malaysia memang dah layak sangat jadi model. Series, memang macam muka mat salleh. Berfesye pulak tu. Nak gi pasar pun pakai baju mahal. Tu je kot catatan setakat ni. Nanti kalau ade benda menarik, aku tulis lagi..Haha.

Sefer: bungkuskan

Biddi fa’tuurah: saya nak resit. (mesti mintak untuk elak ditipu)

Fi fakkah?: ade duit kecik tak? (penting sebab harga kat sini mesti ade sen kat belakang)

Ma fi tanziilat?: ade diskaun tak? (sebagai gurauan, kalau dapat, Alhamdulillah)

Biddi moy: nak air

1 comment:

siapakah?

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
sk taman daya (99~04). smka johor bahru (05~09). intec shah alam (mei~ogos 2010). jordan university of science and techno (2010~2016). "fastaqim kama umirta"