Monday, November 15, 2010

Aidiladha punye cerita..



Assalamualaikum.

Lagi beberapa hari, seluruh umat Islam di seluruh pelusuk dunia akan menyambut kemuncak perayaan paling ditunggu-tunggu dalam takwim Hijri iaitu perayaan Aidiladha. Kalau dulu kat Malaysia, aku rasa perayaan yang orang panggil Raya Haji ni letaknya kat tangga kedua dalam “Carta Kemeriahan”. Aku rasalah. Manakan tidak, time Raya Haji tak banyak sale, rancangan TV tak best, raya sehari je pulak tu, paling koman pun seminggu.

Itu dulu. Kisah lama.

Sekarang, bila Allah bagi aku peluang nak rasa macam mana beraya kat tempat orang, aku bersyukur sangat. Rasa suasana raya yang cukup indah. Sungguh, tak keterlaluan kalau aku cakap, memang jauh berbeza. Belum raya pun aku dah rasa aura-aura raya bertiup gemalai. (ceh!). Memang betul apa yang aku pernah dengar, masyarakat Arab lagi excited nak sambut Aidiladha. Buktinya, time aku pergi balad Amman, memang meriah dengan 1001 macam barang yang dijual, sale sana-sini, dan yang paling aku teruja mestilah bila takbir raya bergema melalui corong-corong pembesar suara. Lain nadanya. Aku tak rasa sedih, malah lebih gembira dan teruja, tak tipu. Bila jumpa orang pulak, mesti dia bagi wish raya yang sarat dengan doa. Seronok bhai...




Serius aku cakap, daripada aku kecik sampailah aku besar panjang dan hensem lagi macho macam sekarang ni, sekali je aku tengok istiadat menyembelih lembu dan kambing secara live, bukan delayed telecast. Lepas tu, aku dah tak berani nak jenguk kalau ada orang buat korban. Aku duduk tepi je sambil main gameboy. Padahal banyak kali aku attend upacara tu, cuma aku tak tengok, dengar bunyi something mengerang-ngerang je. Takut kot. Akibatnya, habis aku kena ketawa dengan siblings dan parents. Apelah aku ni, dulu time sekolah rendah, bila cikgu tanya nak jadi apa, cakap nak jadi doktor, tapi lembu kena sembelih pun tak berani tengok...

“Kamu nak jadi apa bila besar nanti?”

“Saya nak jadi doktor cikgu, boleh tolong orang!”

“Oh. Jadi kamu tak boleh takut lihat darah..

“Erk~”

Lagi sekali, itu dulu. Sekarang lain.

ouh...waa~


KITA DAH BERKORBAN BELUM?

Bila aku dah sampai kat Bumi Anbiya ni, aku cuma orang biasa-biasa, punya misi yang luar biasa. Aku sedar, nak capai misi tersebut perlukan sesuatu sebagai galang ganti. Compensation, nenek aku cakap. Kat sinilah letaknya nilai seketul PENGORBANAN (betul ke seketul?). Pengorbananan untuk berkesanggupan meninggalkan keluarga, rumah, bantal busuk, komik, di negara tercinta. Pengorbanan untuk menerima segala cabaran, pahit manis, masam masin, hidup di negara orang secara bersendirian. Pengorbanan masa, tenaga ATP, jiwa raga di perantauan. Bukan untuk tujuan biasa-biasa, tapi nak galas tanggungjawab yang Allah dan beri kat aku untuk disempurnakan. Aku bukanlah si penakut yang pengsan melihat darah. Darah bukan penghadang yang menghalang misi ni.

Tapi macam mana nak suburkan jiwa sanggup berkorban dulu? Ya, semestinya dengan sekeping hati yang Allah kurniakan untuk setiap orang. Ruh nak nak berkorban tu sebenarnya terbit dari hati serta niat yang ikhlas... Sebab tu bila Nabi Ibrahim (a.s) diperintahkan oleh Allah supaya sembelih anak sendiri, baginda buat je. Tak banyak songeh. Macam tu jugak dengan anak baginda, Nabi ‘Ismail (a.s) yang sanggup merelakan tenggorokannya dihunus pisau oleh bapa sendiri. Tak kisah pun, sebab mereka punya hati yang suci, dibaluti iman yang hakiki, serta glittering dengan niat yang murni. Apa-apa pun, hati kena mapan, baru boleh berkorban.

Kalau cakap berkorban, mesti orang ingat kena angkat pedang besi, angkut perisai sikit, tak pun bawak M16, pergi medan perang. Pengorbanan ada banyak versi. Even kalau tengah menuntut ilmu pun sebenarnya tengah berkorban. Kita bersedekah pun dikira berkorban. Pengorbanan meninggalkan sanak saudara untuk sahut jemputan Allah sebagai special guest kat Tanah Suci pun dikira berkorban. Dan ramai orang tak tahu, perjuangan melawan nafsu tu merupakan pengorbanan paling utama. Apa yang jelas, pengorbanan bukanlah hanya dalam konteks mengorbankan nyawa semata. Banyak lagi pengorbanan yang boleh kita buat sebagai bukti kita syangkan Islam. Jangan kecilkan pemikiran bahawa tiada lagi bentuk pengorbanan yang lain, tapi kalau dapat anugerah penghormatan sebagai seorang syahid yang berkorban untuk agama yang tertinggi ni, alangkah seronok dan bahagianya!

Buat julung-julung kalinya aku raya kat negara orang, pasti jadi memori. Insya Allah. Salam Aidiladha. Kollo 3amun wa entum bi5aeer.

Wallahua3lam.


p/s: buat ayah, mummy, kakak, Kak Cik, Kelly, Sufi, selamat hari raya Aidiladha. Dah lama tak makan sup gear box dan kaki lembu fresh di hari raya kat rumah nenek...Hehe. tapi takpe, kat sini, insya Allah ada....kot..




2 comments:

siapakah?

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
sk taman daya (99~04). smka johor bahru (05~09). intec shah alam (mei~ogos 2010). jordan university of science and techno (2010~2016). "fastaqim kama umirta"