Assalamualaikum.
Argh...aku penat sikit. petang tadi baru balek balad. Habis je kelas, terus aku rush pergi balad, (bukan nak mengelak muraqib, harap maklum), saje nak cari selipar baru buat ganti selipar lama yang dah ‘selamat’ kat tangan orang lain. Hilang lah tu maksudnya. Aku tak tahulah apa yang ade kat cerebellum penyangak tu time dia rembat selipar aku macam tu je. Nak kata branded, selipar lama tu aku beli kat balad jugak kot. Biasa-biasa je. Main tibai je selipar aku, sampai terpaksa aku bersegan-segan pinjam selipar toilet masjid buat teman aku sehari-hari. Takpelah.
Aku rasa hari ni aku banyak belajar benda baru, rasa pengalaman baru, dari pagi sampai petang, ade je benda baru yang aku dapat. Antaranya...
PAGI YANG SEJUK
Masa keluar rumah, terjumpa sorang budak Arab ni, nama dia Abdullah. Sambil jalan-jalan nak pergi tempat tunggu coaster, kami bual-bual sikit. Bangga seh aku dapat bual dengan dia, paling tidak pun dapat tambah sikit ke-masyi-an aku berbahasa Arab. Yang best sekali, aku yang tegur dia dulu bhai, nak tunggu budak-budak Arab yang mesra dengan kami dulu, hm...harapan..
TENGAH HARI BUTA
Sebelum kelas English, aku nampak si Zaper dengan Acap Fami dok borak dengan mat-mat Arab. Ramai kot, ade ah dalam 9-10 orang dok kerumun diorang. Siap gelak-gelak lagi. Aku pun menyebok ah jugak kat situ. Nak tau jugak apekebende yag lawak bebeno kat situ. Singgah kat situ je, secara automatiknya tiba-tiba aku pun ter-join dalam geng-geng tu. Mereka ni kira macam geng-geng otai ah kalau kat Malaysia. Kami borak macam-macam. Lama jugak ah. Siap ambik gambar lagi. Segan jugaklah, ramai student lain yang tengok. Tanya nama aku, belajar apa, aku pulak ajar mamat tu Bahasa Melayu sikit... tu pun diorang yang mintak diajarkan. Aku baru belajar cara orang Arab bergaul, memang ganas, cakap terjerit-jerit, tapi sebab dah budaya mereka macam tu, nak buat macam mana...Yang aku tak boleh handle bila ade sorang mamat ni try nak pedajal kami dengan mendakwa dia anak Presiden Universiti. Agak-agak ah kalau nak bohong pun. Baru kejap tadi lu cakap nama lu Obeidat, macamlah aku tak tau nama Presiden tu Dr. Wajih Owais. Kan jauh Owais dengan Obeidat...Hahaha... Tapi sampai satu level, diorang mintak terjemah kata-kata kesat dalam Bahasa Melayu. Aku dah start fed-up. Ape kejadah kau nak tau?
"Syu *@#$%^&^ bil malayuwiyy?" (Apa $@#$%^ dalam Bahasa Melayu?)
Gulp! Kaget jugak aku time tu.
" 'Araftash~", aku reply. (Saya tak tau.) Kalau aku bagitau, memang habis ah...
"Mish 'arafta? Bla..bla...bla.."
Dia terus desak nak tau jugak. Aku pulak time tu dah takde idea macam mane nak mengelak mat Arab ramai-ramai ni. Aku pun bagitau yang perkataan tu tak wujud. Diorang tak percaya. Lantak kaulah.
Seterjal-terjal mereka pun, boleh layan lagi kot (kecuali part-part mencarut tu ah) sebab langsung mereka tak kutuk orang Melayu, perkecil-kecilkan Malaysia macam yang mat Arab lain pernah buat. Gila-gila jugaklah diorang ni....
PETANG
- Yuhuu..first time gua pergi balad sorang-sorang. Lagi berbual dengan mat Arab dalam coaster. Yang ni dari Dubai pulak, katanyalah. Budak Mechanical Engineering. Sampai je kat balad, start melilau cari kedai selipar. Yang aku bosan time pergi balad mestilah berasak-asak dengan orang ramai. Lepas tu, ada je mata-mata yang heran tengok orang Melayu, dah jalan jauh ke depan pun nak toleh tengok aku lagi. Tu belum kira budak-budak yang dok nganjing, halang jalan. Alhamdulillah, setakat ni aku belum lagi kena baling batu sampai berdarah, kena ludah, kena tempeleng, macam yang ramai kawan aku kena.
- Kat balad, aku jumpa sorang pakcik kedai baju ni, mesra, peramah. Sempat ah jugak aku ajar dia Bahasa Melayu sikit sebab dia mintak. Siap tuliskan, ajar macam mane nak sebut, maksud ape...Hahaha. Jadi cikgu bahasa tak bertauliah kejap. Seronok berbual dengan pakcik ni.
- Nak balik, naik teksi. Kalau aku tunggu coaster yang nak pick-up aku, haram. Alamatnya aku tak balik lagi ni. Lepas penat berjalan dan di-reject oleh beberapa pakcik teksi (tak tau kenapa, mungkin sebab aku sorang je kot, dia tak nak ambik), akhirnya ade satu teksi berhenti. Alhamdulillah. Baru nak naik, tiba-tiba dua mamat Arab yang muncul entah dari mana main tibai masuk je dalam teksi tu. Ape hal pulak mamat ni? Nasib baik pakcik tu prihatin, negotiate sikit dengan diorang, suruh keluar dan bagi aku masuk. Mamat yang tak puas hati keluar, aku pun masuk dengan bangganya sebab ade orang bekap aku. Hahaha. Mana taknya, aku yang susah payah tahan teksi, main sedap punggung pulak dia masuk. Kau memang dah lebih mat....
selipor baru. sape tibai lagi siap ah.... penat kot aku asyik nak ganti selipor je. kesian ah sikit.. hehe |
selipor musim sejuk. pakai indoor je. haha. yang penting bukan aku sorang je yang ade, berlambak lagi member2 aku yang ade jugak. yang watak kartun pon ade! |
" Ya ma'allim, ana mit-asef lianno lughati dha'eef"
( Pakcik, mintak maaf sebab bahasa saya kureng sikit). Aku senyum kambing je..
"Mish mushkelah. Hahahaha." (Takpe, hahahaha...)
Wallahu3alam.
p/s: berita terkini, baru kejap tadi aku sembang dengan anak jiran yang main masak-masak dekat dengan rumaah aku pulak...
p/s/s: tadi Hakim Awang ajak pegi murakib sebab ade request lepas isyak, katanya ramai akhowat yang mintak murakib, so atas arahan senior, kami berenam jalan kaki masuk Yarmuk, jauh jugalah, tapi bila dah jumpe akhowat yang nak dimuraqib, dia kata mana ade mintak request murakib? Kami mengeluh...lepas ni kalau ade syabab yang tak nak jadi murakib tu, faham-fahamlah...(=.=)
p/s/s: banyak betul gelak hari ni akibat kes kehilangan identiti kat Fesbuk. Tak bagus ye... Ni semua angkara Fahmi dengan Azwan yang godam laptop Zaper..Hahahaha...(ketawa lagi..ish)
kenapa org sane nk baling batu and so on kt kita ?
ReplyDelete