Friday, November 19, 2010

Jaulah Laut Mati

Assalamualaikum.

Laut Mati.
Pernah hidup padanya suatu bangsa.
Yang menjadi hina.
Kerana kufur nikmat Tuhannya.
Kerana menafikan seruan Rasul dan risalah yang dibawa.
Kerana melanggar fitrah kejadian manusia.
Akhirnya dibalas Tuhan dengan bencana.
Habis binasa tidak bersisa.

Al-Quran tu memang benar. Kisah kaum Nabi Lut yang tertulis di dalamnya dibuktikan dengan kewujudan Laut Mati ni, tempat paling rendah kat muka bumi nih. Lebih kurang 800 meter bawah paras laut biasa. Punya kemasinan tahap dewa iaitu 10 kali ganda daripada laut biasa, tempat ni dah jadi tourist spot kat Jordan.

ade satu umat terlaknat pernah hidup kat sini~



Baru-baru ni aku dengan 26 member yang lain pergi Laut Mati. Sebelum tu, kitorang main paintball dulu. Tembak sana sini. Agak seronok jugaklah walaupun gracilis dengan sartorius aku still sakit (cramp sebab tak warm-up sebelum main..hehe). Tahniah kepada Red Warriors (team aku beb..) sebab menang dalam match tu. Kepada Team Ijau, boleh cuba lagi di lain masa. Hahaha. Apa-apa pun, askar team Ijau memang kejam, sanggup tembak aku berdas-das pada jarak dekat. Sakit kau tau tak...

team aku yang power tu~haha
perang!!
Petang tu baru kami gerak ke Laut Mati yang femes tu. Beli tiket (JD3.50). Tukar baju, terus terjun masuk laut secara berjemaah. Seronok. For the first time ever, I swam in the sea effortlessly. Tak payah susah-susah nak berenang kuak dada ke, kuak lentang ke, sebab komfem-komfem kau akan timbul jugak. Kena hati-hati jugak, kalau kau ter-tenggelam, air masuk mata dengan mulut, agak ‘bahagia’ rasanya. Menjerit je ah kau kat situ. Hehe. Tapi aku dapat bertahan dalam laut tu sekitar 10 minit je kot. Sebab kulit aku dah mula rasa macam nak terbakar. Pedih siot!! Tambah pulak time tu memang kulit aku tengah kering, tambah dengan bekas-bekas Mr. Nyamuk gigit malam sebelumnya, memang perit ah. Sebenarnya, ada ah jugak member aku yang 5 minit dah givap. Jangan kata mandi, even member aku yang basuh kaki dan tangan pun dah mengaduh-aduh. Lepas mandi boleh je kalau nak bilas pakai air biasa kat shower berdekatan, tapi rasanya takde efek apa-apa pun, pedih tetap pedih. Pulak tu nak tunggu dapat mandi kat shower punya la seksa, berebut-rebut dengan mat Arab. Tahan je ah rasa pedih uh.

Habis mandi, tukar baju, main jap kat funfair yang ade tercongok kat situ. Jadi kanak-kanak kejap. Haha.
Tu je kot komentar hari ni pasal aku takde mood nak tulis. Cuti raya dah nak habis. Salam...

sekitar Jordan Valley, cantik kan?? kan??

muka-muka 'kepedihan'
anak-anak, ingat pesan mak ye!
*credit to Faiz Hassan*
kami
Wallahua3lam.

p/s: time terapung-apung tu serius seronok..haha
p/s/s:pakcik bas yang bawak kami memang sporting!

1 comment:

siapakah?

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
sk taman daya (99~04). smka johor bahru (05~09). intec shah alam (mei~ogos 2010). jordan university of science and techno (2010~2016). "fastaqim kama umirta"