Wednesday, November 10, 2010

thank you Lord

Assalamualaikum

Baru-baru ni aku dengan housemate aku masak sama-sama. Seronok jugaklah. Kalau dulu kat rumah aku cuma jadi ‘juri’ masakan mak dan kakak aku je, tapi sekarang aku menghakimi masakan aku sendiri. Nyesal pulak tak belajar masak kat Malaysia dulu. Mak dengan kakak aku boleh je nak ajar masak, tapi masalahnya aku yang selalu escape cooking session tu. Haha. Padan muka aku, sekarang nak masak benda simple pun tak tahu, payah Skype, call family kat Malaysia, just to know the right way to make sambal tumis. Even kari yang aku buat pun entah berapa kali tong sampah yang tolong ‘habiskan’.

Nyesal seh tak belajar masak. Dulu aku pikir makanan kat sini adalah sikit-sikit unsur Melayu, rupa-rupanya takde... Terpaksalah hari-hari aku bantai roti, takpun syawarma, sampai aku naik muak dah. Tambah pulak makanan peberet aku, mi, takde kat sini... Sambal setitik pun haram nak jumpa ( nampaknya aku makin lapar ah). Habis je masak, kami pun mentakdarah dengan lahapnya. Lapar kot. Tengah-tengah makan, baru aku teringat zaman muda remaja dulu bila makan berjemaah kat dewan makan sekolah. Seronok siot. I miss those days-lah...

Dulu kat sekolah, ramai asyik muttering pasal lauk yang tak kena dengan selera. Tiap-tiap minggu pekena lauk yang agak-nak-lebih kurang serupa sampai aku dah hapal dah menu sepanjang tahun. Aku OK je bab-bab makanan dewan makan ni sebab kalau dah kebuloq, rumput pun nampak macam brokoli. Tapi adelah jugak certain dishes yang aku anti jugak. Takde chemistry. Memang lemah ah senang cerita kalau dengar kat dewan hidang lauk ikan masak taucu, takpun ikan rebus. Tu yang sampai ade member-member aku yang terus tukar planning, sampai sanggup berpuasa sepanjang malam, nak ngelak jumpa ikan-ikan tu. Haha.

Then, sekarang aku sedar rupanya makanan yang paling tak kick itulah yang paling aku dambakan kat negara orang ni. Sebabnya, bila kita dalam kesempitan, baru kita nak ngidam macam-macam. Nak itu, nak ini, padahal dulu nak pandang sebelah mata pun pikir dua kali. Bila dah datang rasa rindu kat masakan Melayu, baru ah nak dok teringat makanan dewan makan yang selalu kena caci maki tu. Kesian.



Sama jugak dalam hidup yang kita (aku dan kau) tengah lalui sekarang ni. Appreciate betul-betul apa yang Allah telah, sedang dan akan bagi pada kita. Baru le jadi hamba yang bersyukur pada Tuhannya.

Tapi macam mane ek nak bersyukur?? (Tengok aku dah start cakap Johor!)
  • Hargai betul-betul apa yang Allah dah berikan pada kita. Kadang-kadang kita tak perasan (atau buat-buat tak perasan) yang sebenarnya benda alah yang kita tak suka tulah yang the best untuk kita.
  • Guna nikmat yang Allah dah bagi tu pada jalan dan cara yang betul, pada tujuan yang betul..
  • Tanbih diri bahawa setinggi mana pun kita, sebenarnya masih kekal di taraf dan darjat sebagai seorang hamba kepada Tuhannya, takkan pernah berubah status itu.
  • Terus mutaba'ah 'amal, tak kisah time susah ke, senang ke...



Even Rasulullah pun every time tak pernah berhenti dari bersyukur pada Allah. Kita macam mane ye? Lu pikiaq ah sendighi..Hehe. 

Aku suka nak kongsi satu cerita bila Rasulullah pernah kena tegur dengan isterinya, Aisyah apabila tengok baginda terus-menerus solat sampai kaki baginda yang mulia bengkak.

"Bukankah Allah telah mengampunkan dosamu yang terdahulu dan yang akan datang?
Baginda menjawab: "Salahkah aku menjadi seorang hamba yang bersyukur?"


Rasulullah adalah contoh paling-sangat-terbaik bagi kita. Baginda ajar kita macam mane nak bersyukur kepada Allah. Iaitu segala nikmat yang telah kita terima mestilah dibalas dengan semakin mendekatkan diri kepada Allah.


Wallahu3alam.

2 comments:

siapakah?

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
sk taman daya (99~04). smka johor bahru (05~09). intec shah alam (mei~ogos 2010). jordan university of science and techno (2010~2016). "fastaqim kama umirta"