Saturday, November 27, 2010

Control sikit marah tu!

Assalamualaikum.

Control perasaan, satu usaha yang tidak payah tapi tak mudah. Tak kisahlah, perasaan jiwang ke, sedih ke, marah ke. Kalau gembira pun kena control jugak, taku-takut orang cakap kau terlalu 'bahagia', takpun orang akan pandang badi, seolah-olah kau baru lepas pergi toilet, tapi kantoi tak flush appropriately.

Tapi aku nak cakap kat sini pasal anger management. Benda yang paling susah sekali kita nak conduct, pada pendapat akulah. Sebab kalau suhu darah dah capai boiling point, we tend to act 'involuntarily', including throwing out some you-know-what words, showing off our taekwondo skills, and even getting a gigantic brick to be thrown onto the opponent faces. Di kala tu, setan-setan gemok semua bertepuk tangan, bersorak-sorai, siap buat photoshoot lagi, meraikan tewasnya seorang manusia pada hawa nafsu tiga beradik yang bernama Marah, Dendam, dan Benci. Tapi kena ingat, kekasih kita, Nabi Muhammad (s.a.w) ada ajar banyak petua how to defeat and vanish them together with all of the setan gemok.

1) Ambik wuduk. Gerenti berkesan.
2) Pergi main jauh-jauh dari tempat kejadian. Blah je terus, tak payah nak tunggu-tunggu.
3) Berta3awwuz seinfiniti mungkin.
4) Duduk kalau kau hot time berdiri, baring kalau kau berang time duduk.
5) Doa


                         

 “Aku berlindung kepada Allah dari godaan syaitan yang terkutuk. Ya Allah, ampunilah dosaku dan hilangkanlah kepanasan hatiku dan lepaskanlah aku dari gangguan syaitan yang terkutuk.


Memang betul orang cakap, sabar kita ada limit. Lepas je limit tu, semua benda boleh jadi. Aku pun pernah berkali-kali rasa benda yang serupa. Kalau nak cerita budak Arab cari pasal, it's seems to be annoying to be stated here. Memang menyakitkan hati. Member-member aku yang kena, aku tak tahulah pulak apa diorang rasa. Seronok kot..hehe. Tapi benda ni dah seakan jadi penyakit (atau style?) dalam umat hari ni, umat yang aku dan kau adalah salah satu unitnya. Bukan ke Nabi Muhammad pernah gambarkan bahawa akan tiba satu masa di mana masyarakatnya kena penyakit yang orang-orang dulu kala pernah kena jangkit, iaitu MEWAH dan MARAH. 



Sampaikan pernah satu ketika sorang sahabat ni datang jumpa nabi, lalu berkata,

"Berilah aku pesanan.."

Nabi jawab,"Janganlah kau marah"... (Hadis riwayat Al-Bukhari). 

Nabi siap ulang 3 kali lagi, nak tunjuk, berapa pentingnya kalau kita dapat control marah tu.

Dalam situasi aku pulak, kadang-kadang aku rasa bersalah nak marah orang, lagi-lagi mat Arab. Time dia buat onar, aku boleh sabar lagi untuk kali pertama. Kali kedua, hm...tahan lagi, tapi kadang-kadang aku dah setting dalam otak, apa aku nak buat dengan mamat ni kalau terus buat hal untuk kali ketiga kejap lagi. Sampai tahap aku dah listkan apa kalimah-kalimah tak bagus yang aku nak ucap. 

Tapi tiba-tiba, dia buat baik dengan aku pulak! Boleh kata member aku sendiri pun tak buat baik macam tu. Siap offer bantuan lagi. Tu yang aku rasa bersalah tu. 

"Ish, kenapalah kau buat baik time macam ni..."

Ish...memang betullah, pemikiran orang Arab ni susah nak diramal. Sudahnya, aku pulak yang terharu, (apakah??) tak sangka, orang yang bikin aku panas, tiba-tiba  bikin aku sejuk sesejuk-sejuknya...Haih~

Dulu, kat sekolah, Ustaz Shakur selalu cakap satu quote tentang sifat manusia yang sampai sekarang aku lekat elok-elok dalam cerebellum aku.


Orang yang berbuat baik kepada orang yang berbudi kepadanya, itulah orang yang berjasa.
Orang yang berbuat jahat kepada orang yang mengkhianatinya, itulah orang yang biasa.
Orang yang berbuat jahat kepada orang yang berbudi kepadanya, mungkin itu istidraj kepadanya.
Orang yang berbuat baik kepada orang yang jahat kepadanya, itulah orang yang mulia.


Apa-apa pun, kita kena tahan sikap asyik nak marah tu. Memang boleh dihandle, tapi kena tahu teknik, gaya, dan caranya. Ada satu hadith yang sebut, "Mukmin yang paling kuat adalah yang dapat tahan marahnya". Bukan tak boleh nak marah, berdendam, tapi biarlah kena pada tempatnya. Yang paling penting, rasa marah tu disalurkan pada dasar mempertahankan agama, membela Islam dan syiarnya. Marah ni penting jugak sebenarnya. Kalau orang mencaci maki Islam, takkan nak dibiarkan je, betol tak? Ya, marah kerana sayangkan Islam itulah marah yang 'bermakna'!


Wallahua3lam.


2 comments:

  1. marah, kemudian berbaik. sifat orang arab yang mulia. mungkin sifat ini sudah terkikis pada kebanyakan muda-mudinya, tapi masih ada. aku sangat respek.

    kita manusia yang penuh khilaf...
    akan tetapi fitrahnya adalah berusaha memperbaiki akhlak dan menyuburkan iman...

    mafhum hadith, bukanlah orang yang paling kuat itu yang menang pertarungan, tetapi orang yang paling kuat ialah yang memiliki dirinya ketika dia marah...

    ReplyDelete

siapakah?

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
sk taman daya (99~04). smka johor bahru (05~09). intec shah alam (mei~ogos 2010). jordan university of science and techno (2010~2016). "fastaqim kama umirta"