Thursday, December 2, 2010

Orang Kita

NONA JAMAN SEKARANG
nona-nona jaman sekarang
tak boleh ditegur, tak boleh dilarang
bajunya pendek, bertambahlah jarang
itu menjadi hati gembira
nona jangan bikin keliru
tidaklah kenal cina melayu
pipinya merah pula disapu
sekarang sudah jadi tak tentu
nona-nona jaman sekarang
tak boleh ditegur, tak boleh dilarang
bajunya pendek, bertambahlah jarang
itu menjadi hati gembira
dalam dunia banyak musuhan
yang non dibuat perkara yang sopan
dalam dunia banyak penggoda
banyak yang jadi rusak binasa
(http://abuhasanchan.blogspot.com)


nak dengor lagu ni tak? meh klik sini...

dah lama aku cari lagu ni. kali terakhir aku dengar lagu oldskool ni waktu team koir sekolah aku buat persembahan time hari anugerah cemerlang. masa tu aku kecik lagi, darjah satu, tahun 1999. hingus pun terburai-burai lagi waktu tu. dah sedekad lebih kot. masa tu aku tak berapa nak faham sangat lagu ni, tapi sekarang baru aku 'maksud' sebalik lagu ni.

yup. itulah 'nona-nona' kita hari ni. perihal remaja-remaja, muda belia zaman 'moden'. pantang ditegur, dinasihat, cepat je nak melenting. belum kira lagi tentang penampilan. baju macam pinjam daripada adik yang bongsu sebab 'longgar' sangat. tudung pun dah kira trend semasa, bukan tuntutan agama. macam-macam pesen (dialek Johor yang bermaksud fesyen..hehe). daripada yang bersimpul entah macam mana, yang macam rahib pun ada, yang sanggul tinggi macam mak alien, stail sarang tebuan, ataupun gaya pocong, semua ada. tinggal pilih je...nampak cantek......kot...

tapi bukan semua macam tu. masih ada yang punya iman. miliki kesedaran untuk jaga penampilan, penuh sopan. sejuk mata memerhatikan.

yang si syabab pulak macam mana? sama je, pantang ditegur, ditarbiah. aduss, ego tinggi melangit. sekali nasihat diberi, seribu kali teruk dimaki. ya, hari ni punya manusia. namun, syukur masih ada yang mewarisi akhlak nabi-nabi, miliki hati hati yang masih tulus suci. Alhamdulillah. Agak co-dominant di situ...


Situasi 1

"Cik, sila ikut laluan ye..terima kasih.."

"E'eh? Kau sapa? Suka hati akulah! Yang kau nak nyebok apehal? Pergi m****s lah!"


Situasi 2

"Saudara, sila jangan merokok di sini. Orang lain tak selesa..."

"Lu pehal? Lantak diorang ah! Kalau yang mati sebab merokok pun aku, bukan kau, b**g*k!"


Situasi 3


"Bro, dah solat belom? Jom solat sama-sama nak...?"

"Ish, kau ni mada membebel je lah. Shuh, pergi! Pergi! Penyebok betol!'


Gaya orang kita. Itu cuma contoh situasi. Tiada kena-mengena dengan sesiapa, baik aku mahupun kau. Reply yang macam tu pun kira still 'sopan' lagi lah tu.

Moden, moden jugak, tapi macam mana dengan akhlak? Gaya? Tatacara?



"dalam dunia banyak penggoda

banyak yang jadi rusak binasa"

Wallahua3lam.


4 comments:

siapakah?

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
sk taman daya (99~04). smka johor bahru (05~09). intec shah alam (mei~ogos 2010). jordan university of science and techno (2010~2016). "fastaqim kama umirta"