Monday, November 22, 2010

S.P.M

Assalamualaikum

Ya, pasal exam terhebat kat zaman sekolah dulu tu. Baru beberapa hari lepas aku tahu yang SPM nak start 23 November. Apalah, outdated betul. Tadi aku online Fesbuk kejap. Berlambak member-member aku yang tukar status diorang kepada “SPM wish mode”. Macam-macam gaya, macam-macam cerita. Seronok aku baca. Baguslah, bagi semangat sikit kat adik, junior sekolah lama, kawan-kawan. Yang paling tak menahan bila siap ada yang bagi last minute tips, soalan-soalan spot...Fufufu.

Rupanya dah lama dah aku tinggalkan zaman sekolah aku. Rasanya baru semalam aku ambik SPM. Stay-up bagai nak rak kat bilik prep sampai 2-3 pagi. Cuma bertemankan biskut yang dirembat dari locker kawan (dengan keizinan ye..), secawan Milo yang dibancuh oleh budak Tingkatan Satu dengan penuh ‘ikhlas’, aku study dengan kawan-kawan. Buat discussion sikit walaupun kadang-kadang terkeluar topik. Nak discuss pasal Biologi, tapi ter-bincang pasal movie baru yang nak keluar, nak buat Add Math, terbuat Sudoku. Tapi serius, Add Math memang best!

Pagi hari exam pulak sempat lagi ramai-ramai serbu dan usha-usha tips daripada cikgu. Masuk dewan, jawab soalan. Dah setel, keluar dewan, bincang-bincang apa aku jawab, apa kawan aku jawab. Ha, part ni aku memang paling anti. Tak suka betul bincang-bincang benda dah lepas, boleh buat aku cuak je. Sebab tu selalunya lepas habis exam aku terus blah, takdenya nak tunggu-tunggu, buat second round discussion kat depan dewan tu. Tipu ah kalau aku tak cuak, lagi-lagi kalau dapat tau jawapan yang aku bagi tadi salah.

Yang bestnya SPM ni sebab ada gap, betul tak? Hari ni exam, petang main basketball, malam keluar fly kejap, tak pun borak-borak. Tambah pulak tinggal ‘kita-kita’ yang senior ni je kat asrama, budak junior dah cuti akhir tahun, apa lagi asrama tu kami punyalah. Lepas tu baca buku untuk exam lusa pulak. Ish, tak bagus betul....jangan ikut ye..

11 Mac 2010. Pukul 10 pagi. Calling daripada cikgu pagi tu memang betul-betul istimewa. Pulak tu aku memang baru bangun tidur masa dia call.  Alhamdulillah. Syukur tak terhingga pada Yang Maha Esa. Nikmat diberi tak terkata, takde tolok bandingnya, tidak terbayar dengan harga. Memang rugi kalau disia-siakan. Sampai kat sekolah, rasa gembira lagi sebab member-member aku ramai yang well-performed. Alhamdulillah.

ahh, rindunya kelas form 5 aku!
meja aku yang ade tanda cross tu.
baris depan kot~
kenangan time last paper, Pengajian Syariah Islam 2.
habis je exam ni, semua bersorak-sorai~

da abes exam~


Tu kenangan aku. Kau macam mana? Hahaha...

Kepada semua SMKAJB-ians dan 467,970 calon yang lain, selamat berjaya. Good luck to all of you. Bergantung haraplah padaNya semat-mata. Moga kejayaan mengiringi kalian semua...

“...And there is no victory except from Allâh, the All-Mighty, the All-Wise.
 (Terjemahan Surah Ali ‘Imraan: 126)


p/s: terima kasih cikgu-cikgu...
p/s/s: dua benda yang aku tak suka jugak time exam ke, kuiz ke, tutor ke..: stomachache dan meniru! Haha~

4 comments:

  1. masa spm lah masa yang seronok...alhamdulillah...
    detik yang aku tak nak ingat ialah masa budak2 asrama balik rumah lepas habis paper..last paper masing lain...duduk pulak jauh2...
    sedih gila..T_T
    lagu yang aku allergic: aizat-pergi

    ReplyDelete
  2. sah dalam hati ade playground...
    sbb tu ko dok lyan industan..

    ReplyDelete
  3. hakikatnya aku masih budak2 ag hahaha

    ReplyDelete

siapakah?

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
sk taman daya (99~04). smka johor bahru (05~09). intec shah alam (mei~ogos 2010). jordan university of science and techno (2010~2016). "fastaqim kama umirta"