Wednesday, December 22, 2010

Surat Dari Hati

Assalamualaikum.

Hari tu, tengah-tengah aku kemas buku, tiba-tiba jumpa satu envelope putih. Aku keluarkan isinya. Satu kertas A4 warna hijau, penuh dengan tulisan, dalam Bahasa Arab.

Aku teringat. Ouh, ni envelope yang aku dapat time pergi liqa’ kat Red Hall, King Abdullah University Hospital hari tu. Liqa’ tu anjuran Lajneh Tibb Basyari (persatuan pelajar perubatan gitu ah..). Excited giler nak pergi liqa’ tu sampai ter-ghiyab kelas English. Rupanya siapa yang takde kelas waktu tengah hari je baru boleh datang. Ish. Mana aku tau, ingatkan semua kena pergi.

Masa kat hall tu, ada ahli persatuan yang edarkan envelope tu. Semua orang dapat satu. Tapi time tu aku tak ambik pusing sangat, terus sumbat sampul surat tu dalam beg.
Tapi sekarang aku baru baca kandungan envelope tu. Pelan,-pelan, aku try jugak terjemah perkataan demi perkataan, ayat demi ayat kat surat tu.

RISALAH MINAL QALB
(WARKAH DARI HATI)
Ha? Apakah?

Terus baca lagi.

Sampai akhir kalam, rasa seronok pulak baca surat tu. Subhanallah. Tak sangka, surat tu dihasilkan oleh sebuah persatuan pelajar perubatan, yang mana penulisnya for sure-lah budak medik jugak. Surat tu takde kaitan langsung dengan liqa’ tu yang mana pengisiannya cuma nak bagitau subjek-subjek second semester, macam mana nak tasjil, buku apa nak beli, bla..bla..  Walaupon aku tak dapat terjemah semua kalimah yang ada kat surat tu, tapi aku dapat tangkap apa yang dia nak sampaikan.

Peringatan tentang ikhtilat. Masalah percampuran tanpa batas. Tertera jugak apa yang selau kita pikir tentang ikhtilat. Excuses yang selalu kita bagi pun ada ditulis, siap dengan hujah-hujah yang memang smart.

“Saya dan kawan punya hati yang bersih, jiwa yang suci, niat yang baik, dan kami tidak risau dengan godaan ikhtilat”

“Kami budak medik, dan bidang ini adalah bi’ah ilmiah yang memerlukan kami bekerjasama”

“Mana tahu, Tuhan lembutkan hati, menyatukan hati pada masa depan dengan perkahwinan...kan ini sunnah..”

Tu antara excuses dan senario yang tertulis kat surat tu yang aku mampu terjemah. Ada banyak lagi. Untuk setiap alasan pulak, disertakan sekali hujah-hujah yang kuat untuk memangkah. Tak tinggal nasihat-nasihat keramat. Sabda nabi pun diselitkan. Tak lupa, kalam Tuhan Yang Maha Agung. Memang peringatan yang betul-betul ‘memperingatkan’. Untung, masih ada yang peka dengan masalah sekitar, masih ada yang sanggup mentanbih, mentarbiah, bukan hanya memandang sebelah mata. Alhamdulillah.

Hujung surat tu, diakhiri dengan satu quote.

Wa ma’a haza..fa innana jamee’an khatta-un...wa khairul khaati-een attawwaaboon

(Dan dengan ini.. maka kita semua sesungguhnya bersalah... dan sebaik-baik orang yang bersalah adalah mereka yang bertaubat)
                                                                     
                                                                                                                                                         Lajneh Tibb Basyari

Terima kasih buat mereka yang memperingatkan.

“ Dan berpesan-pesanlah kamu kepada kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran”
(Al-Kauthar: 3)

Wallahua3lam.

4 comments:

  1. samela. terghiyab satu kelas. huhu.. tapi rugi la plak keluar awal. tak dpt surat.. sobs..

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah

    mmg nie la yg diexpect dr student mid east kan~

    ReplyDelete
  3. Wa ma’a haza..fa innana jamee’an khatta-un...wa khairul khaati-een attawwaaboon

    (Dan dengan ini.. maka kita semua sesungguhnya bersalah... dan sebaik-baik orang yang bersalah adalah mereka yang bertaubat)

    ~astaghfirullahal'azim.

    ReplyDelete

siapakah?

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
sk taman daya (99~04). smka johor bahru (05~09). intec shah alam (mei~ogos 2010). jordan university of science and techno (2010~2016). "fastaqim kama umirta"