Monday, December 6, 2010

Syukran Ya Rahman

Assalamualaikum.

Hari ni hujan turun.


6.4 juta masyarakat Arab Jordan bergembira.
Sejuta penduduk kota Irbid melafazkan syukur tak terhingga.
893 pelajar Melayu di daerah ini turut menumpang bahagia.
Jutaan pohon zaitun yang menghampar dataran Syam turut bersuka-ria.
Ribuan biri-biri gemuk juga meraikan suasana.


Pagi ni, hujan yang ditunggu sekian lama kat bandar Irbid ni akhirnya turun juga dengan izin Pencipta. Walaupun tidak selebat kat Malaysia (sampai boleh banjir), nikmat rezeki yang Allah bagi tu sudah lebih dari cukup untuk membuatkan bumi Anbiya' ni terus subur, terus makmur. Berbahagialah wahai petani-petani semua. Alhamdulillah. 

Subhanallah, nampaknya ada antara kita yang telah dimakbulkan doanya. Doa siapa? Biarlah terus menjadi rahsia Ilahi.


"Dan Tuhanmu berfirman: berdoalah kepadaKu nescaya Aku perkenankan bagimu. Sesugguhnya orang-orang yang sombong, akan memasuki neraka dalam keadaan hina.” 

Ghafir:60


~hujan rahmat~
credit: deviant art


"Tatkala dahi ini menekan lantai sujud kesyukuran,
tatkala itu jugalah,
 rasa kehambaan, terus mekar di taman iman"

-pujangga-

Wallahua3lam.

1 comment:

  1. amin ya rabb, aku rase betul2 terharu pagi tadi masa naik bas...

    ReplyDelete

siapakah?

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
sk taman daya (99~04). smka johor bahru (05~09). intec shah alam (mei~ogos 2010). jordan university of science and techno (2010~2016). "fastaqim kama umirta"