Thursday, March 31, 2011

hitam atau putih?

Assalamualaikum



Tak semua yang bersih itu putih
Dan tak semua yang kusam itu hitam

Tepat sekali, kapsyen gambar tu langsung takde kaitan dengan entri ni.


Kadang-kadang, yang kaler hijau, kuning, biru laut, coklat taik kambing, kelabu asap, merah menyala, kalau bersih takde kotoran, semua orang suka dan tak kisah.

Dan tak selamanya hitam itu simbol kekotoran sebab sehelai kain yang putih suci lagi murni pun boleh jadi hina hanya kerana butiran debu. Kena pijak dek orang je ah jawabnya.

Maka, jangan nilai sesuatu benda ikut warnanya. Tapi nilailah ikut apa sumbangan serta harganya. Bak kata nenek moyang aku yang ketujuh belas: jangan hakimi buku ikut kulitnya. Ok, aku tipu. Dan kau pun hampir-hampir percaya. Hehe.


Wallahua3lam.


aku yang biasa-biasa

Assalamualaikum




Semalam exam Anatomy. Alhamdulillah, selesai. 

Senang ke susah, tu lain cerita. Yang penting aku tengok budak-budak ni semua keluar dewan dengan muka berseri-seri, tersengih-sengih. Skor ah tu, sebab tu jadi macam tu. Alhamdulillah.

Maka, macam biasa, sesi mengumpul data markah member pun bermula...

"Kau dapat berapa??"

"30 je.." (contohnyalah..)

"Kau pulak?"

"Tak banyak, 2* je.."

Sesi soal selidik berlarutan, dari muka pintu dewan exam, ke kafe, ke masjid, dalam bas, dalam coaster, dalam tandas, tengah makan, tengah jalan, bla..bla..

Dan apabila soalan lazim tu tercampak kat aku, maka aku rasa segan nak jawab. Biar ah angka markah aku tu jadi misteri. Tak perlu korang tu pun. Haha. Cukuplah aku cakap, angka tu biasa-biasa je, tak jauh beza daripada korang punya. Bukan tak nak bagitau, cuma aku dah janji pada diri sendiri, markah aku bukan untuk siapa-siapa ambil tahu. Cuma kayu ukur untuk aku nilai diri sendiri. Kalau tinggi aku tak nak cakap, apatah lagi kalau rendah. Supaya aku terus beringat. 

"Bagitau jelah, mana tau sama je dengan kitorang..."

Taknak. Kalau aku bagitau, otomatik akan ada timbang tara dengan kau punya. Kalau markah aku tinggi, aku tak nak terus selesa. Kalau markah rendah, aku tak nak terus kecewa. Sebab tu aku malas nak bagitau. Mintak maaf banyak-banyak. Hehe.

"Aku mintak maaf banyak-banyak. Mungkin ni kifarah dosa aku," kata seorang member yang yang rasa kecewa dengan markah rendah dia (tinggi sangat-sangat-sangat sebenarnya!!!). Terima kasih kawan, peringatan untuk aku juga. Jarang kita sedar, itu mungkin cara Allah nak tarbiyah hambaNya. Betul, kita tak sedar, atau mungkin buat-buat tak sedar.

2 April- exam Histologi pulak dah.



Wallahua3lam.

Thursday, March 24, 2011

230311: tahniah!

Assalamualaikum




"Perhatian kepada semua warga Aspura-Aspuri, jam telah menunjukkan pukul 10 pagi. Jadi diminta kepada semua pelajar untuk turun ke Dewan Umar Abdul Aziz untuk menuntut keputusan peperiksaan anda. Anda diberi masa selama lima minit untuk melakukan demikian. Sekian. Assalamualaikum"



*turn-off mic sambil tangan lagi sebelah petik suis loceng lama-lama ala-ala ada kebakaran*


Okay, aku tipu. Aku tengah angau sebenarnya, gatal-gatal nak merindu waktu bertugas buat pengumuman pagi kat asrama sebelum pergi sekolah. Biasalah, budak-budak ni kalau tak dihambat, jadinya yang akan ada kat perhimpunan pagi kejap lagi cumalah budak-budak skema berspek besar, junior-junior yang kononnya taat, ada ah jugak dua tiga ketul pengawas yang jadi jaga.

*ah, melalut*

Sebenarnya aku cuma nak cakap tahniah je kat budak-budak sekolah aku yang dapat 'warna terbang' dalam SPM diorang. Memang aku respek korang ah. Gempak jugaklah. Aku yang prihatin ni tumpang bangga. Alhamdulillah.

Tahniah jugak untuk cikgu-cikgu yang mantap-mantap, yang basuh budak-budak ni selicinnya sampai boleh dapat result gempak macam tu, orang-orang PIBG, yang meluluskan dana  untuk brainwash dengan macam-macam motivasi, warden asrama yang penat menghempuk budak-budak yang tidur lambat, makcik dewan makan dan kantin yang menyediakan nutrien secukupnya untuk diorang, pekebun yang pandai menghias bunga, serta tak lupa makcik cleaner yang menyediakan persekitaran belajar yang lebih selesa. Syabas semua.

Kalau berminat, datanglah Jordan. Sekian.


p/s: rindu cikgu Add Math yang selalu menganiaya dengan soalan-soalan susah sampai berbelit otak.


Wallahua3lam.



Sunday, March 20, 2011

melankolik

Assalamualaikum





20 Mac 2011
Jam 9.30 pagi waktu Malaysia

Dia pergi menghadap Pencipta selamanya tatkala aku sedang 'mati' sementara bergulungkan hiram. Dia cikgu, dialah guru. Dia yang menanggap kami macam adik sendiri. Dia jugalah yang kami anggap macam abang sendiri. Dialah pemotivasi kami, dalam usahanya memotivasi diri sendiri mengutip butir-butir tabah berhadapan dengan dugaan yang dipikul keseorangan. Dialah pemeriah suasana tatkala kami bermasam muka. Dialah yang 'memaksa' kami senyum tawa, tika kami bermuram hiba. Dialah pemberi inspirasi, tatkala kami rebah ke bumi, tak mampu berdiri.

Gulungan pita kenangan itu macam kembali bermain dalam kotak minda kami. Memainkan lagu-lagu tawa, suka ria, sedih hiba. Dan apabila habis diputarkan, ia akan dimainkan lagi. Lagi dan lagi.


Allahyarham Mohd Ishak Mustapha Kamal
Pensyarah Biologi INTEC


Sir, semoga kamu bahagia di sana. Semoga kamu beroleh rahmatNya. Semoga kamu ditempatkan bersama-sama mereka yang soleh disisiNya. Amin.

Wallahua3lam.

Wednesday, March 9, 2011

sungguh, Dia lagi tahu apa yang aku tak tahu

Assalamualaikum


Tiba-tiba aku teringat balik zaman sekolah. Apehal entah. Banyak kenangan dekat sekolah aku dulu. Waa.. rasa nak balik sekolah semula ah. Nak-nak pulak waktu result SPM dah nak keluar ni. Memang dah semacam adat, kalau keputusan nak keluar, ramai veteran dan otai-otai sekolah yang datang turun padang, jumpa cikgu, itu ini. Kononnya sebagai remedy-lah untuk penyakit rindu tu. Ceit. Haha.

Seingat aku, dulu waktu sekolah ada dua benda yang aku nak sangat-sangat-sangat, dari Form 1 aku dah berangan-angan nak benda tu, tapi perancangan Allah tu adalah yang terbaik. Aku tak dapat pun benda tu sebab Allah dah sediakan untuk aku benda yang lagi baik daripada tu.

1) Nak masuk KISAS:

Wah, ingin seh nak masuk sekolah ni. Tapi waktu Form 4, pinangan dari sekolah lain pulak yang sampai. Sekolah tu SBP lah jugak. Tapi aku nak KISAS! Jeles betul dengan member-member yang dapat jadi pergi Bumi Waqafan tu. Mungkin aku eksaited sebab tengok ramai otai berintelek lahir kat sana kot... Last-last, aku ter-stay je kat sekolah lama, tolak rombongan peminangan dari Negeri Sembilan tu. Bubuy...Haha.


ingin nak masuk sini..hehe


2) Nak gi PLKN

Aku tau ramai orang terkezut monyet bila tau aku sangat berharap nak 'menyeksa' diri pergi kem tu. Dan aku dah tau reaksi kau jugak sebab aku dah biasa tengok mimik muka macam tu kat sekolah dulu. Mungkin orang lain pandang dari perspektif yang berbeza, horizon aku dengan diorang pun tak semestinya sama. Tak taulah kalau aku suka PLKN ni sebab disogok dengan iklan-iklan kencang kat TV tu ha. Aku suka nak pergi sebab ada aktiviti fizikal! Wah~ suka, suka, suka! Sampai aku pernah plan nak buat rayuan kat MINDEF, mintak kasi masuk jugak. Tapi bila dapat tau rayuan hanya untuk Kumpulan 3, so aku givap-lah. Kalau Kumpulan 3, maksudnya sah-sahlah aku kena gi hujung tahun, waktu tu orang lain dah masuk universiti dah.





Kalau aku dapat semua tu, sekarang ni belum tentu aku dapat hirup udara kat Jordan ni, belum tentu dapat makan falafel asli, belum tentu dapat belajar macam mana nak jadi doktor, belum tentu dapat main salji (memang belum pun), belum tentu dapat naik gonggok (erk!)..bla..bla..

Memang betul, perancangan Allah itu adalah yang terbaik, sebab Dia lagi tahu apa yang terbaik untuk aku.

Wallahua3lam.

Sunday, March 6, 2011

mari membunga semula...

Assalamualaikum

Sekarang, perjalanan nak ke universiti dah tak membosankan. Kalau dulu, gurun coklat, aroma semerbak taik kambing, debu segala..tapi sekarang dah lain. Dah transformed dah. Sejuk je mata tengok padang rumput hijau ala-ala kat New Zealand, tambah lagi dengan bunga-bunga kecik yang start tumbuh. Maka, kambing-kambing yang ada of course ah beraya sakan. Dapat makan puas-puas sebab tempoh berdiet dah tamat. Ceit, dulu time sejuk tak nampak muka....

Pejam mata, sebulan dah rupanya! Wow!

Bukak mata, dah nak exam rupanya! Oh!

musim bunga.
tapi ni bukan kat Jordan. harap korang faham ea...

Semoga musim bunga ni bagi aku semangat baru untuk menghafal segala nama-nama tulang dan otot yang boleh buat semua orang migrain. Rupanya setiap lekuk, bonggol, keluk kat badan kita ni ada nama rupanya...Oooohh....

Doakan kami untuk exam ni. Doa tu sedekah, tau tak? Kalau tak tau, aku dah cakap ni....Haha..

Bittaufiq semua. Jazakallahu kulla khair.

p/s: bunga kat Jordan cantik-cantik sebab dapat baja organik lagi istimewa, iaitu sampah.
p/s/s: ceit. kontroversi februari. nahayam betul member-member aku ni. haha.
p/s/s/s: ceciter, ceciter, ceciter. entah apa-apa.

Wallahua3lam.

siapakah?

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
sk taman daya (99~04). smka johor bahru (05~09). intec shah alam (mei~ogos 2010). jordan university of science and techno (2010~2016). "fastaqim kama umirta"