Sunday, January 15, 2012

kembara

Assalamualaikum


Irbid makin terasa sepi apabila sorang-sorang ghaib entah ke mana, pulang bercuti kat Malaysia, pergi mengembara, bla..bla.. Sebenarnya sejak mula cuti hari tu, ramai yang dah 'lesap'. Ajaib. 

Dan malam ni jugak, ada rakan sebatch yang akan terbang ke Kerajaan Bersatu, sebelum merewang ke seluruh Eropah. Esok lusa pun sama, akan ada lagi yang turut terbang. 

Sebenarnya, kembara juga adalah satu tarbiyah, yang disampaikan melalui pengamatan, penilaian, dan pengalaman. Inilah tarbiyah tidak langsung, yang memerlukan pemahaman melalui ciptaan Tuhan. Juga menuntut kefahaman melalui pergaulan dengan masyarakat setempat. Untung, Tuhan bagi kita peluang melihat negara orang, agar kita sedar, dunia ini wujud dengan pelbagai warna, budaya dan bangsa, untuk dinikmati dan dihargai. Dan yang paling utama adalah untuk disyukuri.




Selamat bermusafir untuk semua yang akan berkelana ke negara orang. Kepada yang stay untuk menjaga Irbid, selamat bercuti. Hehe.


p/s: Insya Allah, lusa giliran kami pula untuk mengembara. Ke Bumi Fateh tentunya. Doakan perjalanan kami, selamat pergi dan kembali. Tesekkur ederim.


Jazakumullah khairan jaza.

Wednesday, January 11, 2012

damba salji

Assalamualaikum


Mengharap salji
Menyelimut bumi
Juga tiupan angin
Meniup dingin


Tapi
Alangkah lebih elok lagi
Jika pengharapan
Hanyalah pada Yang Tertinggi?




Dua tiga hari ni mungkin hari yang paling kerap Irbidians melihat langit. Termasuklah aku. Kejap-kejap tengok langit. Kejap-kejap tengok langit. Melihat langit mendung musim sejuk, yang selalunya menabur bumi dengan air rahmat. Harapan makin menggunung untuk melihat hujan yang turun bukan dalam bentuk cecair, tetapi butir-butir putih halus yang lembut dan ringan. Salji!!


Ramalan cuaca terkini menyebut salji akan turun di Amman dan beberapa tempat yang lain. Wah, satu berita baik! Tapi, ramalan tetap ramalan, kerana semua ketentuan tetap milik Tuhan. Turun hujan di bumi gersang pun sudah cukup baik, apatah lagi kalau bersalji. Satu nikmat yang jarang-jarang kita syukuri. Alhamdulillah.


Jazakallah khairan jaza.

pastries by dummies

Assalamualaikum

Memasuki hari Rabu, saya semakin terlupa hari ini hari apa. Belum seminggu bercuti, sindrom 'lupa hari' dah bermula. Saya tidak sedar akan itu sehinggalah seorang rakan yang datang melepak bertanya tentang hari. Kalau ada kelas, saya selalunya mengingat hari melalui subjek-subjek yang akan saya hadiri pada hari tersebut. Tapi kalau waktu cuti macam sekarang, tiada kelas, dan terasa setiap hari sama (baca: bosan) saja. Hampeh.


Maka, kebosanan lebih bagus kalau dirawat dengan sesuatu. Inilah rawatan kebosanan: masak dan makan!

Pai epal. Berguru dengan Encik Gugle. Karya saya.


Kek keju.
Tunjuk ajar rakan akhawat. Karya rakan serumah saya.

Kalau hari biasa, jangan harap benda-benda macam ni terhasil. Cuti-cuti macam ni barulah ade kesempatan nak buat dan makan benda bukan-bukan (baca: rare). Sementara menunggu tarikh untuk bercuti ke Eropah kononnya. Esok lusa, planning kuih buah melaka pulak. Ceh.


p/s: banyak benda perlu dibuat dalam masa yang singkat.


Jazakallah khairan jaza.

Sunday, January 8, 2012

ringan bahu untuk empat minggu

Assalamualaikum




Bro Azam. Tahun 4.


Ingat Allah di waktu senang, maka Dia ingat kita di waktu susah.


Bermulanya cuti sekolah untuk budak-budak medik pada hari ni. Untuk dentist, pemegang mohor menunda cuti anda kepada 4 hari kemudian. Hehe.

Jika dalam fatrah exam pun kita punya masa untuk main bola, Facebook, pergi rumah member, inikan pula dalam fatrah cuti yang seharusnya lebih banyak masa yang ada untuk ke masjid, Al-Quran, dan sebagainya.

Alhamdulillah. Tamat paper terakhir untuk semester ini, Pharmacology. Euphoria dan zaman kebosanan dah mula melanda budak-budak ni. Terlalu bosan sebenarnya, sampai 'terpaksa' menyakat rakan-rakan dentist yang masih mempunyai baki dua kertas lagi. Sengaja je bunyi-bunyikan roda beg bagasi, pos status gembira di FB. Haha.

Dan hari ni juga, keputusan peperiksaan tak rasmi keluar. Alhamdulilah. Masih ada dua keputusan exam berbaki.

Buat rakan-rakan dentist, bittaufiq. ^^


siapakah?

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
sk taman daya (99~04). smka johor bahru (05~09). intec shah alam (mei~ogos 2010). jordan university of science and techno (2010~2016). "fastaqim kama umirta"