Sunday, January 15, 2012

kembara

Assalamualaikum


Irbid makin terasa sepi apabila sorang-sorang ghaib entah ke mana, pulang bercuti kat Malaysia, pergi mengembara, bla..bla.. Sebenarnya sejak mula cuti hari tu, ramai yang dah 'lesap'. Ajaib. 

Dan malam ni jugak, ada rakan sebatch yang akan terbang ke Kerajaan Bersatu, sebelum merewang ke seluruh Eropah. Esok lusa pun sama, akan ada lagi yang turut terbang. 

Sebenarnya, kembara juga adalah satu tarbiyah, yang disampaikan melalui pengamatan, penilaian, dan pengalaman. Inilah tarbiyah tidak langsung, yang memerlukan pemahaman melalui ciptaan Tuhan. Juga menuntut kefahaman melalui pergaulan dengan masyarakat setempat. Untung, Tuhan bagi kita peluang melihat negara orang, agar kita sedar, dunia ini wujud dengan pelbagai warna, budaya dan bangsa, untuk dinikmati dan dihargai. Dan yang paling utama adalah untuk disyukuri.




Selamat bermusafir untuk semua yang akan berkelana ke negara orang. Kepada yang stay untuk menjaga Irbid, selamat bercuti. Hehe.


p/s: Insya Allah, lusa giliran kami pula untuk mengembara. Ke Bumi Fateh tentunya. Doakan perjalanan kami, selamat pergi dan kembali. Tesekkur ederim.


Jazakumullah khairan jaza.

No comments:

Post a Comment

siapakah?

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
sk taman daya (99~04). smka johor bahru (05~09). intec shah alam (mei~ogos 2010). jordan university of science and techno (2010~2016). "fastaqim kama umirta"