Friday, February 3, 2012

ke Turki si Bumi Osmani


Assalamualaikum

Perancangan bercuti ke sana telah dibuat lama sebenarnya. Sejak dari pertengahan semester lagi, aku simpan angan nak ke sana. Nak memburu winter yang betul-betul winter kononnya. Hehe. Mula-mula plan nak naik bas je dari rumah ke sana, tapi bila tengok keadaan politik kat Negara jiran yang masih belum stabil, kapal terbang jadi pilihan. Dan sebab ni jugalah ramai kawan yang cancel planning dorang nak ke sana juga. Dengar cerita boleh je masuk negara jiran pakai bas, sebab rusuhan hanya di sesetengah kawasan, tapi aku tak nak ambil risiko. Lagipun, perjalanan dengan bas aku rasa memakan masa dan penat..kot. 

Cukup 3 orang dengan Shahir dan Apek, kami start research sikit-sikit.

Dua hari sebelum perjalanan, Faiz mohon untuk tumpang join sekaki. Cun. Cukup 4 orang.

Dengan bekalan sebuah buku travel, sedikit nota, sehelai dua sweater dan pakaian, sedikit makanan, sebuah beg tidur, dan serba sedikit kemampuan berbahasa  yang terhad pada kata-kata sapaan, kami mulakan journey pada 17 Januari 2012.





Ya, kami ke Turki, bumi warisan Bani Uthman, negara yang padanya pernah wujudnya sebuah empayar Islam yang gah sebelum lemah, empayar yang sangat kukuh sebelum lumpuh. Menyayat hati bukan?

No comments:

Post a Comment

siapakah?

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
sk taman daya (99~04). smka johor bahru (05~09). intec shah alam (mei~ogos 2010). jordan university of science and techno (2010~2016). "fastaqim kama umirta"