Thursday, December 30, 2010

Ok, next 'enemy'.

Assalamualaikum.




"Hari-hari sebelum exam, belajarlah. Tapi malam exam, pergilah tidur. Tak guna study sepanjang malam, kalau esoknya terlelap time exam. Akhirnya kecundang. Bukan sebab tak bersedia, bukan sebab tak pandai, bukan sebab tak hafal, bukan sebab tak tahu. Cuma kerana mengantuk, ber'qiyam' pada malam sebelumnya"

Ha. Tu antara poin ter-best aku dapat daripada Sheikh Makmun kat masjid tadi. Orang kita selalu macam tu (aku pun kadang-kadang). Study pada masa yang paling hampir dengan exam, lebih fresh dan masih lekat, katanya. Agaknyalah. Peringatan buat aku juga.

Ok. Perang first leg dah setel. Tak lama, 40 minit je. Tak tahu siapa yang menang, 'dia' yang givap ke, aku yang malas nak 'layan' dia lagi ke, entahla. Nampaknya kami sama-sama hebat. Malam ni pulak dapat 'injection' free daripada Sheikh Makmun, memang pakej ah untuk siri perang seterusnya. Dua hari ni rehat kejap, kasi recharge semula skill perang, sebab musuh seterusnya ni bukan calang-calang. Dia banyak taktik, selalu psiko orang, dengar cerita dia power bab kira-mengira ni. Tengokla nanti macam mana..

Moga Allah permudahkan. Seiring doa kalian. Amin.

p/s: ingat tanak beli nasi bungkus kat masjid, tapi bila sampai rumah baru ah terbayang-bayang. Tup-tup, dah abes pulak...

p/s/s: serius, time aku tengah tulis ni, tiba-tiba semua rumah blackout. Arab kat luar dah jerit-jerit dah: Syu hai? Syu hai?? (Pehal ni??)

Wallahua3lam.





Jom Perang

Assalamualaikum.


Hari ni, 30 Disember. Hari untuk aku dan member ramai-ramai keluar perang. Masa untuk tunaikan tanggungjawab. Semalam aku dah tunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia yang berpatriotik dengan menyokong Sang Harimau baham Sang Garuda, walaupun hanya dengan agregat 2-4. Tak tau ah kalau suara aku bole dengar kat stadium yang beribu kilometer jauh tu. Hari ni, masa untuk tunai tanggungjawab sebagai pelajar pulak.

Pertempuran ni ada 6 leg atau 6 siri. Perang Dunia pun ada 2 je. Haha.

30 Disember- Biology Lab (Biulujia 3amali)
02 Januari- Physics (Fizia2 3ammah)
05 Januari- Biology  (Biulujia 3ammah)
10 Januari- Chemistry (Kimiyya 3ammah)
12 Januari- Bahasa Arab (Lughati 3arabieh lil 2ajanib)& Bahasa Inggeris ( Lughatil Injlizi)


Doakan kami menang dalam semua siri pertempuran. Kepada pihak musuh, sila jangan guna LASER dalam perang tu nanti, kalau tak kami upah BOMOH, takpun kami sewa PELAKON untuk menang secara kotor. Deal??


Wallahua3lam.

Tuesday, December 28, 2010

Memories of Youth

Assalamualaikum

Tup-tap-tup-tap rupanya tak lama lagi musim sekolah baru nak bukak. Patutlah aku tengok adik aku yang kecik bukan main over lagi, semua benda nak baru. Baju sekolah, kasut, beg, botol air Power Rangers, itu, ini. Nasib baik aku bukan kat Malaysia sekarang, kalau tak, kau tak merasa pakai attire baru sebab abang dengan kakak akan persuade mak dengan ayah supaya kau pakai yang lama je. Membazir kot.

Dah setahun kot aku tinggalkan sekolah. Memori betul ah. Kalau dulu, aku excited gaban nak tunggu sekolah bukak. Dari zaman aku main polis sentri sampai ah zaman aku main Counter Strike sekarang, aku rasa zaman sekolah ah zaman ter-best sekali. Haha. 

Sekolah menengah ah yang paling banyak bawak cerita. Sekolah aku ni strategik. Letaknya betul-betul tengah kawasan perumahan elit. Keliling semua rumah orang Cina, orang Melayu berapa kerat je. Yang paling gerek, kawasan tu jugak dikenalpasti sebagai salah satu 'kawasan hitam' kat Malaysia (maknanya banyak jenayah ah..). Belakang sekolah ada masjid jamek. Kiri sekolah ada gereja yang dikatakan sebagai yang terbesar kat Asia Tenggara (tapi memang besar pun). Depan sekolah ada pusat kegiatan Kristian. Keluar pagar sekolah jumpa anjing liar. Jalan depan sikit ada Jusco, Tesco, bowling centre, sport complex, Giant, disko...semua ade. Itulah cabarannya,bila sebuah sekolah agama terselit kat tengah-tengah. Apatah lagi sebagai pelajar kat sekolah tu..


Sekolah.
Tempat aku dan kawan-kawan kenal ABC. Tempat kami belajar jadi 'manusia'. Tempat kami kena marah, kena puji. Tempat kami bina ukhuwwah, perkukuh mahabbah. Tempat kami membentuk karakter. Tempat kami ketawa. Tempat kami ber-party dengan lebihan makanan dewan makan pada waktu prep. Tempat kami mengampu cikgu untuk dapat markah lebih. Tempat kami bertekak bila budak perempuan naik minyak sebab budak laki malas bersihkan kelas.Tempat kami lenguh kaki sebab berdiri lama sangat time perhimpunan. Tempat kami ter-selalu tidur dalam kelas bila tengah hari menjelma (orang cakap sindrom ni memang kat semua sekolah berasrama ada, betul ke?) Tempat kami terus terjaga bila loceng akhir berdentang.


Asrama.
Tempat aku tido, makan, minum, solat, main, etc. Tak bole lupa time main basketball dengan member-member dalam hujan lebat walaupun warden dah bagi amaran. Tak luput memori main kejar-kejar kat koridor pukul 12 tengah malam. Tak terhapus kenangan melompat pagar untuk fly malam-malam. Tak lekang dari ingatan bila kami terjerit-jerit dari tingkat atas ke tingkat bawah untuk ajak member pergi makan malam setiap hari. Tak lupa kenangan tumpang tido bilik member bila ada khabar angin cakap ada budak kena sampuk. Tak bole lupa lagi bila kena marah sebab lewat pergi prep. 

Itu cuma sebahagian. Ada beribu lagi kenangan. Biar ah terus tersimpan. Yang baik boleh aku jadikan teladan. Pedoman masa depan.  Yang tak berapa nak baik bole buat sempadan. Agar tak terus tersungkur kat tengah jalan. 

Rindu ah dengan kenangan sekolah kita. Rindu dengan member-member lama. Rindu dengan ukhuwwah kita. Tadi aku terjumpa satu lagu, memang best ah:




Walau berapa banyak pun aku tulis, aku sedar bahawa giliran aku untuk zaman tu dah berlalu. Tak bole lagi dah nak gatal-gatal pakai seluar hijau, baju putih, kasut kulit hitam tu. Tapi zaman itulah yang membentuk manusia menjadi seorang hamba yang akur pada Pencipta. Zaman untuk kenal tulis baca, agar dapat menghargai dunia ciptaan-Nya, supaya dapat tangkap isi kalam-Nya. Zaman membentuk diri dan peribadi sejati seorang da'ie, seorang khalifah yang bakal memakmurkan bumi.

Kepada adik aku, junior sekolah lama aku, dan kanak-kanak sekalian, selamat kembali ke sekolah ye. Tajdid niat anda dalam menelusuri laluan jihad ni. Belajar jugak sebenarnya satu jihad. Semoga Allah mempermudahkan.

"sebahagian aku yang wujud pada hari ini adalah cebisan kenangan masa lalu"


Wallahua3lam.

Saturday, December 25, 2010

Sedarkan Diri

Assalamualaikum.


Akses Pemikiran Islam (API). Memang ber'api' bila aku join program ni. Tapi sayang, tak ramai yang sanggup menafikan godaan hiram untuk datang pagi tu. Kesian ahli-ahli kumpulan yang lain, kena call berkali-kali member yang lain. Lagi kesian pada naqib-naqib, diorang pulak yang busy, call sana sini, padahal program ni untuk orang lain.
Pagi tu, berlambak excuses yang datang. Exam, penat, bla..bla.. Nak kata exam, aku rasa semua orang ade exam. Pelik excuse tu.


Bro Syahmi ade cakap pagi tu kat kami:


"Benda ni bergantung pada kesedaran. Kita akan terkesan tentangnya bukan sekarang, tapi dua tiga tahun akan datang" 

Dia dah 4 tahun duduk sini, dia lagi tau ah. Nak ajak orang tanbih diri bukan mudah, tapi tak payah, kalau tau die punya kaedah. Memang best ah program ni. Walaupun program ni nampak 'berjaya' bila tiba time makan, tapi tabik spring ah, khas daripada aku. Apa-apa pun, tahniah ah pada mereka yang menganjurkan. Sekurang-kurangnya hujung minggu aku terisi dengan benda yang bawak manfaat, bukan ah asyik hibernate bawah hiram. Syukran.


Wallahua3lam.




p/s: post ni agak cikai sebab aku tengah ngantuk, baru balik program, nak tidoq..hehe

Wednesday, December 22, 2010

Surat Dari Hati

Assalamualaikum.

Hari tu, tengah-tengah aku kemas buku, tiba-tiba jumpa satu envelope putih. Aku keluarkan isinya. Satu kertas A4 warna hijau, penuh dengan tulisan, dalam Bahasa Arab.

Aku teringat. Ouh, ni envelope yang aku dapat time pergi liqa’ kat Red Hall, King Abdullah University Hospital hari tu. Liqa’ tu anjuran Lajneh Tibb Basyari (persatuan pelajar perubatan gitu ah..). Excited giler nak pergi liqa’ tu sampai ter-ghiyab kelas English. Rupanya siapa yang takde kelas waktu tengah hari je baru boleh datang. Ish. Mana aku tau, ingatkan semua kena pergi.

Masa kat hall tu, ada ahli persatuan yang edarkan envelope tu. Semua orang dapat satu. Tapi time tu aku tak ambik pusing sangat, terus sumbat sampul surat tu dalam beg.
Tapi sekarang aku baru baca kandungan envelope tu. Pelan,-pelan, aku try jugak terjemah perkataan demi perkataan, ayat demi ayat kat surat tu.

RISALAH MINAL QALB
(WARKAH DARI HATI)
Ha? Apakah?

Terus baca lagi.

Sampai akhir kalam, rasa seronok pulak baca surat tu. Subhanallah. Tak sangka, surat tu dihasilkan oleh sebuah persatuan pelajar perubatan, yang mana penulisnya for sure-lah budak medik jugak. Surat tu takde kaitan langsung dengan liqa’ tu yang mana pengisiannya cuma nak bagitau subjek-subjek second semester, macam mana nak tasjil, buku apa nak beli, bla..bla..  Walaupon aku tak dapat terjemah semua kalimah yang ada kat surat tu, tapi aku dapat tangkap apa yang dia nak sampaikan.

Peringatan tentang ikhtilat. Masalah percampuran tanpa batas. Tertera jugak apa yang selau kita pikir tentang ikhtilat. Excuses yang selalu kita bagi pun ada ditulis, siap dengan hujah-hujah yang memang smart.

“Saya dan kawan punya hati yang bersih, jiwa yang suci, niat yang baik, dan kami tidak risau dengan godaan ikhtilat”

“Kami budak medik, dan bidang ini adalah bi’ah ilmiah yang memerlukan kami bekerjasama”

“Mana tahu, Tuhan lembutkan hati, menyatukan hati pada masa depan dengan perkahwinan...kan ini sunnah..”

Tu antara excuses dan senario yang tertulis kat surat tu yang aku mampu terjemah. Ada banyak lagi. Untuk setiap alasan pulak, disertakan sekali hujah-hujah yang kuat untuk memangkah. Tak tinggal nasihat-nasihat keramat. Sabda nabi pun diselitkan. Tak lupa, kalam Tuhan Yang Maha Agung. Memang peringatan yang betul-betul ‘memperingatkan’. Untung, masih ada yang peka dengan masalah sekitar, masih ada yang sanggup mentanbih, mentarbiah, bukan hanya memandang sebelah mata. Alhamdulillah.

Hujung surat tu, diakhiri dengan satu quote.

Wa ma’a haza..fa innana jamee’an khatta-un...wa khairul khaati-een attawwaaboon

(Dan dengan ini.. maka kita semua sesungguhnya bersalah... dan sebaik-baik orang yang bersalah adalah mereka yang bertaubat)
                                                                     
                                                                                                                                                         Lajneh Tibb Basyari

Terima kasih buat mereka yang memperingatkan.

“ Dan berpesan-pesanlah kamu kepada kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran”
(Al-Kauthar: 3)

Wallahua3lam.

Wednesday, December 8, 2010

Pesan Pada Pensel

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Cuti tahun baru Hijrah yang pertama aku kat Jordan ni. Ramai member aku pergi meronggeng, merendek kat Umm Qais, Jerash, Ajloun. Best sebenarnya jalan ramai-ramai ni, meriah campur seronok. Sebenarnya diorang ada ajak join sekali, tapi bila memikirkan yang aku ada program malam tu, so aku refuse baik-baik. Lagipun aku tengah takde mood nak gi jalan mane-mana buat masa ni. Tambah pulak nak struggle for final exam nanti. Lagipun Jumaat ni Insya Allah akan ke Jerash jugak masa on the way nak pergi Kedutaan Malaysia kat Amman. Penaja ajak, aku join je ah. Haha.

Agenda malam tu, kami ade sikit talk. Dah lame kot tak kumpul ramai-ramai macam tu, denagn senior-senior. Seronok gua cakap lu. Murabbi yang bagi talk pulak diimport khas dari Malaysia. Bukan calang-calang, dia akauntan lulusan negara Big Ben. Bini dia pulak dokter pakar kat Kuantan. Anak dia pulak sekolah menengah kat Mesir. (baca: sekolah menengah). Memang usrah sa3idah ah aku cakap. Gred A+ punya baitul muslim.

Nama murabbi tu Pakcik Husni. Dia lebih selesa pakai 'pakcik' instead of 'ustaz'. Aku respek spring toing-toing ah kat dia. Tak macam orang kebanyakan, ilmu ala kadar je sibuk mempromote diri sebagai ustaz.

Pakcik Husni.
Nampaknya kepala Harith memenuhi ruang~huhu

Aku suka satu cerita yang Pakcik Husni ni kongsi dengan kami. Cerita pasal sebatang pensel. Ya, pensel. Tak kiralah, Staedtler ke, Stabilo ke, Istana Faber ke, pensel kontot pun jadiklah...
aku yang oren. kau yang mana satu? haha
*****
"Sebatang pensel baru sahaja dibuat. Cantik ukirannya, kukuh badannya. Senang cerita pensel tu perfek ah. Lalu Sang Pencipta pun sampaikan beberapa pesanan pada pensel tu...

Satu: Kau takkan dapat menulis atas kertas kalau kau tak dipegang oleh tangan.

Dua: Kalau kau nak jadi tajam, kau akan rasa betapa sakitnya diasah. 

Lagi-lagi kalau pakai pengorek yang ada bekas habuk kat bawah dia tu, ah, yang macam mesin parut kelapa tu~

Tiga: Kau kena ada kemampuan untuk betulkan kesilapan yang kau lakukan dan bagilah ruang orang betulkan kesalahan pada tulisan yang kau tulis. 

Guna pemadam kat punggung kau tu, jangan asyik dok simpan, elok, putih je~

Empat: Bahagian badan kau yang paling penting adalah apa yang di dalam. Corak kat badan kau tak menggambarkan apa-apa.

Kelima: Tak kisahlah macam mana keadaan pun, jangan pernah berhenti menulis, dan tinggalkan tulisan yang jelas dan baik untuk dibaca orang.

Kau mesti faham dan janji untuk teus ingat pesan Pencipta kau apabila kau dah masuk dalam pencil box nanti, bergaul mesra dengan marker, pembaris, pemadam, highlight, Shaker, pen, krayon, dan segala jadahnya."

*****

Bagus betul analogi yang Pakcik Husni bagi tu. Cuba nisbahkan pensel tu pada diri kita sekarang ni. Tuhan dah bagi siap-siap pesanan yang mampu bentuk diri kita jadi hambaNya yang bagus dan berbakti, tak kira di mana jua, tak kira masa. Tapi kita ingat lagi ke segala 'pesan-pesan' tu?

Wallhua3lam.




p/s: ayat yang kaler merah tu cuma penambah perisa...haha

Monday, December 6, 2010

Syukran Ya Rahman

Assalamualaikum.

Hari ni hujan turun.


6.4 juta masyarakat Arab Jordan bergembira.
Sejuta penduduk kota Irbid melafazkan syukur tak terhingga.
893 pelajar Melayu di daerah ini turut menumpang bahagia.
Jutaan pohon zaitun yang menghampar dataran Syam turut bersuka-ria.
Ribuan biri-biri gemuk juga meraikan suasana.


Pagi ni, hujan yang ditunggu sekian lama kat bandar Irbid ni akhirnya turun juga dengan izin Pencipta. Walaupun tidak selebat kat Malaysia (sampai boleh banjir), nikmat rezeki yang Allah bagi tu sudah lebih dari cukup untuk membuatkan bumi Anbiya' ni terus subur, terus makmur. Berbahagialah wahai petani-petani semua. Alhamdulillah. 

Subhanallah, nampaknya ada antara kita yang telah dimakbulkan doanya. Doa siapa? Biarlah terus menjadi rahsia Ilahi.


"Dan Tuhanmu berfirman: berdoalah kepadaKu nescaya Aku perkenankan bagimu. Sesugguhnya orang-orang yang sombong, akan memasuki neraka dalam keadaan hina.” 

Ghafir:60


~hujan rahmat~
credit: deviant art


"Tatkala dahi ini menekan lantai sujud kesyukuran,
tatkala itu jugalah,
 rasa kehambaan, terus mekar di taman iman"

-pujangga-

Wallahua3lam.

Sunday, December 5, 2010

The Green Kebab

Assalamualaikum...

Ha?? A green kebab?

I already knew that it was the your first thought when you first read the title at the top of this post.

Or, it should be like this: How could it be green? What is? (in translation of Apakah??)

Okay, let's make it clear. Neither the first nor the second thought are related to my post. I just wanna 'promote' a great kebab restaurant that has existed here, for centuries, I thought. Initially, I don't think the restaurant should be promoted this way, because it's tooooo 'special' to be translated into words! Yet my two stubborn accompanies during my first visit there, let I called them as Nyat (Mo-Nyat, Mo-Nyet, or whatever...) and Fart-me (What a 'smelly' name!) urged me to write this precious experience in my blog. Oh, not to forget, Lemang, an innocent Kelantanese guy who psychologically refused to go to the restaurant....initially. However, he agreed to go after he was being persuaded by the other two that I had mentioned earlier.

Alkisah...

We, the four happy guys rushed to the balad, just a few moments after the Arabic exam had ended. So, 'celebrating' the event was a must-do for the other three (not for me, I was only an innocent follower..haha). We went to the kebab restaurant, or officially called Kebab Hijau by Malay students.

The kedai was so isolated, yet Nyat and Fart-me could find the path to it just by closing his two eyes because  they were the regular customers of the kedai. Sometimes I keep thinking whether the pakcik kedai had muttered around, "Ish, budak ni lagi...." each time they paid a visit there. Sumpah, kalau kedai tu buat kad membership, dua ekor ni lah yang register dulu. Haha. Okay, let's take a look on the kedai's location. It was near to Clock's Roundabout (is it true?). At first sight, it was really like Diagon Alley in Harry Potter series, completed with small lanes squiggling around and crowded people. In Malay, it was called 'tempat solok'. Not to forget, a horrific kedai which sells life chickens (the worker will slaughter your desired chickens just in front of your naked eyes) was just a stone throw away from the kedai kebab. Strategic, isn't it? Haha...

We took our seats on old chairs that seems to be crushed if a small additional force was applied on it. Then we ordered our kebabs and kibdah. Several seconds later (minutes actually), our kebabs were brought to us. Wah, mengancam betul bau dia...The recipe was still unknown, though rumors said that the peluh pakcik kedai plus cigarettes ashes had added a special mouth-watering taste to the kebabs. FYI, the kebabs here are served with a large bread and reusable sauce. So, if you are willing to have a meal here, please make sure you have a good nerve responses and a pair of 'high-speed' hands to catch the breads before the waiter lands them on the 'very very very clean' table.It's a serving-style, I think.  Luckily, Nyat has that ability, so our bread were still 'suci'. About the sauce, I don't even know (and never want to know), how many customers had used it, hundereds, perhaps? Yeah, believe me, the sauce was reusable. Maybe it was the reason why Nyat and Fart-me were addicted to kebabs here so much. Haha. After all, wasting is a bad behavior and one of setan-gemok's lifestyle, isn't it? Fine...

Drinks were another 'interesting' matter. Each table was provided with water, filled in an ancient-looked jar. One crucial tip taught by Fart-me before you drink the water was not to uncover the jar, just to look on what had 'existed' inside it. Oh, I see...

"Tak payah bukak-bukak. Teruih minum ja...persetankan apa yang ada kat dalam tu." 

"Hahaha. Meragukan. Mana tau ada pathogen beranak-pinak dalam ni," Lemang added instantly. He is a medical student, of course.

At first, we refused to have a drink.When I saw that Fart-me was still alive and healthy after several big gulps of that water, then I realized, nothing to be worried about. The moy was so solihah li syarb actually.

We sank in a huge laugh after Lemang told that he used to see cockroaches and its offsprings crept happily on the floor. It was an apparent indicator to show that the kedai was so 'bersih', even Mr. Lipas was proudly bringing his big-happy-family to have their lunch at that kedai.

"Takpalah, depa nak makan kebab jugak..,"said Nyat, almost making my laughing-box inside my throat broke down.

Suddenly, a big group of akhowat were peeping from outside, still considering, whether to have their meals at the kedai. All of the syabab inside were flabbergasted (there are many Malay syabab at that time). 

"Aku tak pernah pikir pulak akhawat nak makan kat kedai yang macam ni...". Laughing.

Finally, they entered the kedai, guided by one of our friend. Bukan apa, langkah berjaga-jaga. Haha.

Before we left the kedai, an abang senior, who coincidentally also had his meal there told us and laughing:

"Belum pernah ada dalam sejarah akhowat makan kat kedai macam ni...Hahahaha..."

It's a great experience at all, at least for me. Hahaha....


Wallahua3lam.


p/s: akhawat, kalau nak makan kebab sangat, pergilah kedai yang hygiene sikit. Banyak je kat balad tu. Aku prefer kedai putih. Hahaha.

p/s: cerita ni suka-suka je. takde makna lain, ok?




Saturday, December 4, 2010

Ada Satu Soalan

Assalamualaikum..


Aku bukan nak post ape-ape, cuma nak tanya satu soalan yang agak pelik. Aku pun baru nak terpikir hal ni.




Mana satu yang betul, tanpa mengira hukum nahu, sorof, tatabahasa, grammar, balaghahnya?


"Weh, bab ni keluar exam esok tak?"

"Weh, bab ni masuk exam esok tak?"




Agak aneh dan mengkompiuskan di situ ye...Haha..


Fikir-fikirkan dan selamat beramal!




Wallahua3lam.



Thursday, December 2, 2010

Orang Kita

NONA JAMAN SEKARANG
nona-nona jaman sekarang
tak boleh ditegur, tak boleh dilarang
bajunya pendek, bertambahlah jarang
itu menjadi hati gembira
nona jangan bikin keliru
tidaklah kenal cina melayu
pipinya merah pula disapu
sekarang sudah jadi tak tentu
nona-nona jaman sekarang
tak boleh ditegur, tak boleh dilarang
bajunya pendek, bertambahlah jarang
itu menjadi hati gembira
dalam dunia banyak musuhan
yang non dibuat perkara yang sopan
dalam dunia banyak penggoda
banyak yang jadi rusak binasa
(http://abuhasanchan.blogspot.com)


nak dengor lagu ni tak? meh klik sini...

dah lama aku cari lagu ni. kali terakhir aku dengar lagu oldskool ni waktu team koir sekolah aku buat persembahan time hari anugerah cemerlang. masa tu aku kecik lagi, darjah satu, tahun 1999. hingus pun terburai-burai lagi waktu tu. dah sedekad lebih kot. masa tu aku tak berapa nak faham sangat lagu ni, tapi sekarang baru aku 'maksud' sebalik lagu ni.

yup. itulah 'nona-nona' kita hari ni. perihal remaja-remaja, muda belia zaman 'moden'. pantang ditegur, dinasihat, cepat je nak melenting. belum kira lagi tentang penampilan. baju macam pinjam daripada adik yang bongsu sebab 'longgar' sangat. tudung pun dah kira trend semasa, bukan tuntutan agama. macam-macam pesen (dialek Johor yang bermaksud fesyen..hehe). daripada yang bersimpul entah macam mana, yang macam rahib pun ada, yang sanggul tinggi macam mak alien, stail sarang tebuan, ataupun gaya pocong, semua ada. tinggal pilih je...nampak cantek......kot...

tapi bukan semua macam tu. masih ada yang punya iman. miliki kesedaran untuk jaga penampilan, penuh sopan. sejuk mata memerhatikan.

yang si syabab pulak macam mana? sama je, pantang ditegur, ditarbiah. aduss, ego tinggi melangit. sekali nasihat diberi, seribu kali teruk dimaki. ya, hari ni punya manusia. namun, syukur masih ada yang mewarisi akhlak nabi-nabi, miliki hati hati yang masih tulus suci. Alhamdulillah. Agak co-dominant di situ...


Situasi 1

"Cik, sila ikut laluan ye..terima kasih.."

"E'eh? Kau sapa? Suka hati akulah! Yang kau nak nyebok apehal? Pergi m****s lah!"


Situasi 2

"Saudara, sila jangan merokok di sini. Orang lain tak selesa..."

"Lu pehal? Lantak diorang ah! Kalau yang mati sebab merokok pun aku, bukan kau, b**g*k!"


Situasi 3


"Bro, dah solat belom? Jom solat sama-sama nak...?"

"Ish, kau ni mada membebel je lah. Shuh, pergi! Pergi! Penyebok betol!'


Gaya orang kita. Itu cuma contoh situasi. Tiada kena-mengena dengan sesiapa, baik aku mahupun kau. Reply yang macam tu pun kira still 'sopan' lagi lah tu.

Moden, moden jugak, tapi macam mana dengan akhlak? Gaya? Tatacara?



"dalam dunia banyak penggoda

banyak yang jadi rusak binasa"

Wallahua3lam.


siapakah?

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
sk taman daya (99~04). smka johor bahru (05~09). intec shah alam (mei~ogos 2010). jordan university of science and techno (2010~2016). "fastaqim kama umirta"